Thursday, September 24, 2009

BAGAN PINANG - SEPERTI CERITA ARNAB DAN KURA-KURA




Bagan Pinang: 30% undi bukan Melayu akan menjadi penentu. Ujian sebenar slogan 1Malaysia?






Pada 17hb September lalu parti PAS telah melancarkan Jentera Pilihanraya Bagan Pinang dengan melantik YB Salahudin Ayub sebagai Pengarah PRK N.31 Bagan Pinang. Sepanjang minggu pertama Hari Raya, saya difahamkan para pemimpin PAS Negeri Sembilan diketuai Pesuruhjayanya Zulkifli Omar keluar dari rumah ke rumah bertemu dengan orang kampong. Kempen PAS dah mula.
Rumah terbuka? Ramai pemimpin UMNO buat rumah terbuka. Salam-salam "eat and go". Tak sempat kempen, ramai orang dari jauh datang rumah. Tak sempat nak jumpa orang kampung. Layan media. Layan taukeh. Layan member-member dari KL

Bagan Pinang bukan kerusi PAS. Pada PRU 2004, UMNO pertahan kerusi itu dengan majority 4411. Pada PRU 2008, UMNO juga pertahankannya dengan majority merosot 2333. Menyedari hakikat itu PAS mula kerja awal. Seperti Sang Kura-Kura yang ingin menang satu perlumbaan dengan Arnab, kura-kura kena jalan awal ketika Arnab masih terkial-kial mencari formula nak menang.

PAS tidak timbulkan isu calon. Dalam UMNO Tun Mahathir yang dah pencen pun terlibat dengan isu calon. Tun Mahathir pula ulangi kenyataan itu ketika berada di rumah terbuka Datuk Mohamad Hasan, MB Negeri Sembilan. Ada kumpulan yang sokong Isa Samad. Ada kumpulan yang tidak sokong Isa. Namun kumpulan Arnab masih tidak risau. Arnab boleh lari laju, lena sekejap pun tidak apa. Banyak lagi rumah terbuka pemimpin UMNO nak di kunjungi.

Factor sokongan Cina dan India yang merupakan 30% daripada pengundi Bagan Pinang sekali lagi mendapat perhatian. Kaum Cina tidak sokong BN di 8 PRK lalu, terutama di Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Permatang Pasir. Kaum India pula bersikap tidak menentu. Isu kepala lembu dan pembinaan kuil mungkin mempengaruhi sokongan kaum India. Macam-macam dituntut kaum India, tapi sokongan entah kemana. Slogan 1Malaysia bagaimana? Masih lagikah kaum-kaum ini menolak gagasan Najib di Bagan Pinang?

Pada PRU, jumlah undi pos yang menyokong PAS ialah 1189, iaitu 25% daripada jumlah undi pos. Menurut Anwar Ibrahim, kali ini undi pos akan memihak kepada PR. Katanya, ramai pegawai tinggi tentera telah menyatakan sokongan kepada PR. Secara keseluruhan 33.7% daripada 13,664 pengundi adalah undi pos. Satu jumlah yang signifikan. PAS dah mula kempen dengan anggota tentera. UMNO masih di rumah terbuka.

Kalau pilih Tan Sri Isa Samad semua kata gerenti menang. Kalau tak pilih jentera bahagian akan meradang dan mungkin calon BN akan kecundang. Arnab tidur dulu….

Posted by musli oli at 3:06 PM

(sumber;http://muslioli.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-seperti-cerita-arnab-dan.html)

No comments: