Sunday, September 27, 2009

PAS vs DAP Demi Bagan Pinang

Saturday, September 26, 2009
PAS vs DAP Demi Bagan Pinang

Skrip cerita politik Malaysia masih seperti begitu. Dengan pilihanraya kecil yang berlaku sepanjang tahun, dengan dakwaan lompat parti dan dakwaan perpecahan dalaman.

Pembangkang turut mempunyai skrip yang sama. Setiap kali akan berlangsungnya pilihanraya kecil, maka pasti timbul isu pergaduhan dalaman pakatan mereka. Yang pasti semestinya melibatkan parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil seterusnya. Lalu hampir semua lawan mengharapkan perpecahan sememangnya bakal terjadi.

Maka media massa, blog-blog malah sebahagian pemimpin Umno terikut-ikut menjayakan watak skrip ulangan ini. Malangnya pada kempen pilihanraya kecil, pemimpin-pemimpin yang bergaduh berceramah bersebelahan sambil menafikan pergaduhan mereka. Kononnya hanya perselisihan pendapat dan menuduh BN sebagai tukang propaganda.

Rakyat pun mula percaya kerana sebelumnya mereka membaca suratkhabar dan menonton TV cerita perpecahan pembangkang, tiba-tiba di depan mata empunya badan menafikan sambil bersalaman erat menandakan kemesraan mereka.

Lalu BN menjadi mangsa tohmahan sedangkan itu semua sememangnya sudah di atur. Malangnya plan menjatuhkan imej BN tidak dapat dibaca malah pemimpin kita sendiri tertipu.

Oleh itu, sempena pilihanraya Bagan Pinang, lupakan sebentar kes Hasan Ali, Tony Pua dan Selangor. Usah beri kenyataan berlebihan. Usah beri publisiti meluas. Sememangnya itu yang mereka cari dan rancang.

Tumpukan pada jentera BN, pemilihan calon dan penyatuan dalaman. Biarlah PAS dan DAP melakonkan watak mereka di hadapan penonton sendiri!

Posted by Anak Muda Johor at 9/26/2009 12:31:00 PM

(sumber:http://umnojohor.blogspot.com/2009/09/pas-vs-dap-demi-bagan-pinang.html)

No comments: