Saturday, December 5, 2009

UMNO Juara Rakyat, Program 2010



UMNO Juara Rakyat, Program 2010
Dec 5th, 2009 | By administrator | Category: Berita Utama

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat Majlis Tertinggi malam ini telah meluluskan program-program UMNO untuk tahun hadapan dan antara yang akan diberikan tumpuan adalah yang bertemakan UMNO Juara Rakyat. Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO juga akan mempelawa Parti-parti Komponen Barisan Nasional yang lain untuk bersama-sama di peringkat Bahagian untuk melaksanakan pelbagai program yang menepati konsep tersebut.

Menurut beliau lagi, program-program ini yang disifatkan sebagai satu initiatif yang berterusan sepanjang tahun akan meliputi pelbagai jenis bidang seperti pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi.

Selain dari itu Pihak Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan Perlembagaan UMNO yang baru. Pindaan Perlembagaan UMNO tersebut mula berkuatkuasa 10 November 2009. UMNO juga akan mengambil tindakan untuk menentukan satu kaedah pemutihan ahli-ahlinya supaya mempunyai senarai keahlian yang terkini dan dikemaskini, tambah Datuk Seri Najib Tun Razak. Mengikut perlembagaan UMNO yang baru, disebabkan yuran tahunan tidak perlu lagi dikutip setahun sekali maka keperluan untuk menentukan kesahihan senarai ahli UMNO adalah begitu penting dan menjadi keutamaan. Ibu Pejabat UMNO Malaysia pula akan dipertanggungjawab untuk menerangkan kepada semua di peringkat Bahagian mengenai kaedah pemutihan tersebut .

(sumber;http://umno-online.com/?p=5168)

No comments: