Thursday, December 31, 2009

Sial menerima pendatang – part 3

December 31, 2009 • 6:18 pm
Sial menerima pendatang – part 3

“..Al-Quran and the Sunnah of His Prophet (peace be upon him) is the Constitution of the Federation and any law which is INCONSISTENT with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, BE VOID..”

Cuba bayangkan jika kita pinda artikel 4 Perlembagaan Persekutuan kepada seperti di atas.

Pindaan akan beransur-ansur membatalkan undang-undang bercanggah Al-Quran dan Sunnah. Sistem Mahkamah beransur-ansur merujuk undang-undang negara Islam lain yang mengamalkan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi negara.

Hanya ada satu cara untuk menyatupadukan orang Melayu iaitu dengan perlaksanaan hukum Allah. Hukum Allah tidak wajar dilihat daripada hanya satu sudut iaitu perlaksanaan hukuman semata-mata. Namun jika dilihat secara luas, perlaksanaan Hukum Allah akan menyatukan umat Islam tidak kira latar belakang bangsa mereka dan keturunan mereka.

Namun segala-galanya terletak di bahu pemerintah, jika DS Najib mahu lihat 1Malaysia berjaya, beliau mesti berani melakukan revolusi kebangsaan. Jangan sampai terlewat, bila DAP memerintah nanti, revolusi yang bakal kita lihat adalah revolusi Republik Malaysia. Pada masa itu orang Melayu Islam akan tepuk dahi dan menyesal tidak gubal undang-undang sementara ada kuasa.

Dalam politik ada masa kita perlu ambil langkah berisiko. Jika takut dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai.

“...(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu. Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya… Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah, amatlah sedikit kamu mengambil peringatan…”

- Al-A’raaf:3-4

UMNO mempunyai 78 kerusi, manakala PAS mempunyai 23 kerusi, campur 1 dari PKR – YB Zulkifli Nordin yang menyokong gagasan Syariah Islam kesemuanya ada 102 kerusi. Total orang Melayu Islam yang terdapat dalam Dewan Rakyat berjumlah 131 daripada 222 ahli Dewan.

131 merupakan jumlah yang besar. Namun mengapa orang Melayu masih lemah dalam politik? Kerana perpecahan parti orang Melayu telah melemahkan keutuhan kita sesama Muslim. Dan kalau kita lihat 15 kerusi yang MCA pegang pada hari ini – kesemuanya di kawasan majoriti Melayu. Beri saya satu kawasan majoriti Cina yang memberi undi kepada MCA? Tiada. Mereka semua mengundi DAP.

Ini sekali lagi membuktikan sikap toleransi orang Melayu. Walhal orang cina tidak akan biarkan parti selain DAP menang di kawasan mereka. Orang Melayu harus sedar. Sudah tiba masanya orang Melayu berhenti bertoleransi dan mengamalkan sikap kiasu.

Kita sering dimomokkan oleh masalah orang Melayu yang masih ketinggalan walaupun UMNO sudah 53 tahun memerintah. Apakah mereka tidak buat kajian dahulu sebelum bercakap? Kadar kemiskinan negara semakin berkurangan sejak tahun demi tahun. Kadar kemiskinan di Malaysia berkurang kepada 3.6 peratus pada tahun 2007 daripada 5.7 peratus pada tahun 2004. Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar turun kepada 7.1 peratus berbanding 11.9 peratus pada tahun 2004. Pada tahun 1960, kadar kemiskinan negara berada pada tahap 48.3 peratus.

Usaha kerajaan dibawah DEB berkesan membangunkan orang Melayu. Namun malangnya hasad dengki DAP dan Melayu-Melayu bullshit yang kecewa tidak dapat jawatan dalam UMNO mahu DEB dihapuskan.

Sekurang-kurangnya Melayu susah sekarang, kerajaan masih Melayu. Jika kerajaan dikawal oleh Cina DAP, apakah anda fikir nasib golongan Melayu ini akan bertambah bagus?

Bercakap soal rasuah, kalau sudah namanya manusia, pasti rasuah itu akan berlaku di mana-mana. Melainkan lembu-lembu atau kambing yang jadi pegawai kerajaan, pastilah masalah rasuah tidak berlaku. Jangankan UMNO, tapi MCA, DAP, PKR dan PAS juga terlibat dalam gejala rasuah. Malah lebih teruk lagi, rasuah seks pula sekarang.

Bukan, sedekah seks…

Bangkitlah orang Melayu. Sedarlah sebelum terlambat.

(sumber;http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/12/31/sial-menerima-pendatang-part-3/)

No comments: