Tuesday, December 22, 2009

Ahli Parlimen BN kesal laporan blog

AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN), termasuk Menteri dan Timbalan Menteri semalam kesal dengan laporan sinis sebuah blog yang menyifatkan ketidakhadiran ramai wakil rakyat parti itu sebagai 'terponteng' ketika undian belah bahagian sehingga menyaksikan hanya kelebihan tiga undi bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Mereka menyifatkan dakwaan 'terponteng' itu sebagai tidak adil kerana ada menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen BN terikat dengan tanggungjawab tugas masing-masing atau mempunyai masalah kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menjelaskan beliau tidak hadir pada hari itu kerana dinasihatkan doktor supaya berehat berikutan komplikasi terhadap kandungannya yang sudah berusia lapan bulan.

Malah, Ketua Puteri Umno itu berkata, surat sijil sakit juga diberikan kepada Ketua Whip, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menerusi pegawainya.

"Saya kesal dengan pendekatan yang cuba dibawakan individu (di sebalik blog) ini. Bagaimanapun, kita ambil iktibar atas apa yang berlaku baru-baru ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Sebuah laman blog semalam melaporkan senarai nama dan wajah menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen yang didakwa 'terponteng' dan hampir mengakibatkan 'takhta' Najib diserahkan kepada pembangkang.

Seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan. Kehadiran Ahli Parlimen BN hanya 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota berbanding 77 peratus pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ketidakhadirannya ketika itu adalah kerana mempunyai tugas yang tidak dapat dielakkan.

"Tetapi kejadian itu sudah berlalu dan terdapat cadangan menyusun kembali pengurusan di Parlimen, (malah) saya tidak tahu ada pengundian pada hari itu. Perlu ada penambahbaikan di masa depan," katanya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata beliau tidak menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat, Isnin minggu lalu kerana berada di India atas urusan rasmi kerajaan.

"Saya berada di India selama dua hari bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Jalan dan Lebuh Raya India.

"Ini adalah lawatan rasmi atas urusan rasmi kerajaan dan turut mendapat pelepasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya selepas majlis perjumpaan menteri bersama peserta program perintis bekerja dari rumah di kementeriannya di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi enggan mengulas mengenai laman blog berkenaan yang turut memaparkan wajah mereka sebagai sebahagian wakil rakyat tidak menyertai ujian belah bahagian.

(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091222014655/Article/index_html)

Tuesday, December 22, 2009
Yb TERponteng : Ahmad Maslan Nak Salahkan Orang Lain…?


Panas…! Panaaasss….!!!

Blog Medan Info Kita menjadi santapan berita sejak semalam apabila menyiarkan secara Exclusive laporan penuh “Wajah Wajah Ahli Parlimen BN Yang TERponteng”.

Ada sahabat sahabat Bloggers yang menyiarkan secara penuh [full published] penjelasan melalui sms oleh seorang Timbalan Menteri yang berada didalam kelompok Yb Yb BN TERponteng. Blog Parpukari - klik sini dan juga blog Pisau.net, klik sini.

Ahmad Maslan sebenarnya berada di Ampang Puteri tetapi memberikan alasan beliau tidak menerima sms supaya hadir segera ke Parlimen untuk menyokong meluluskan Bajet 2010. Satu alasan yang bodoh bertaraf bangang..!!

Boleh baca komen Medan Info Kita di blog Parpukari, klik sini

Sebagai manusia biasa, kita cukup memahami akan masalah beliau apabila perlu menguruskan keadaan bondanya yang uzur setelah dikesan menghidapi sakit batu karang didalam pundi hempedu oleh doktor di Ampang Puteri ketika itu. Marilah kita bersama sama mendoakan agar bondanya cepat sembuh.

Tetapi pada penghujung sms Ahmad Maslan dilihat seakan akan mahu menyalahkan orang lain kerana dikatakan beliau tidak terima sebarang sms ataupun maklumat serta arahan untuk menyokong meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat……

Cerita beliau ini terlalu jauh kontra pula dengan laporan oleh Agendadaily.

Menurut kandungan jalan cerita Agendadaily, pada malam tersebut, Penyelaras Ahli Parlimen BN, Datuk Zainal Abidin Rahim telah cuba menalipon kesemua Yb Yb BN dan juga telah menghantar sms kepada mereka, sila klik sini.

Manakala sewaktu siaran Buletin Utama TV3 hari Ahad yang lepas menyebut ada ramai juga Ahli Parlimen BN telah gagal dihubungi ketika itu.

Pada malam bersejarah tersebut, YAB PM kita sendiri terpaksa bergegas meninggalkan suatu majlis. Begitu juga dengan TPM kita yang turut sama muncul di Dewan Rakyat.

Antara cerita yang menarik dalam laporan Agendadaily ialah kehadiran Datuk Johari Baharom yang ketika itu berada di Kuala Klawang sedang menuju ke Bandar Muadzam, namun setelah menerima sms, beliau segera berpatah balik ke Parlimen.

Seorang lagi Ahli Parlimen, Datuk Ir Zin yang baru tiba di Arrival Hall KLIA, sebaik sahaja menghidupkan handphone beliau turut sama terima sms dan memecut laju ke Parlimen tidak sempat pulang kerumahnya….

Adakah Ahmad Maslan berada diluar kawasan sehinggakan tidak dapat dihubungi..??? Ataupun waktu itu beliau off handphone kerana tidak mahu diganggu tetapi apabila menghidupkannya semula barulah terima sms dari Datuk Zainal, namun ketika itu sudah sedia maklum bahawa undi BN tetap menang….. Sepertimana biasa, sesiapa pun akan menyatakan tidak terima sms sebagai jalan mudah untuk menyelamatkan diri sendiri…!

Apakah seorang wakil rakyat bertaraf Timbalan Menteri perlu mendapat sms ataupun arahan barulah beliau akan berada di Parlimen menjalankan tugasnya.?


Sehubungan dengan kisah Ahmad Maslan ini, sekalung TAHNIAH diucapkan kepada seorang Timbalan Menteri iaitu Senator Datuk Maznah Mazlan kerana beliau tetap menghadirkan diri untuk membuat pengulungan perbahasan Bajet 2010 di Dewan Negara semalam walaupun menerima berita kematian ayahandanya pada jam 9.50 pagi.


“saya terpaksa hadir pada sidang hari ini bagi menjawab soalan sesi soal jawab dan menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 bagi Kementerian Sumber Manusia”

“saya hadir sebab saya tahu jika bapa masih hidup, dia memang mahu saya sempurnakan tugas hari ini” katanya kepada wartawan dilobi Parlimen semalam.

Sebaik sahaja selesai menjawab soalan dan menyampaikan ucapan penggulungan kira kira jam 12.15 tengahari, beliau bergegas ke Pusat Perubatan Glenagles Ampang yang tidak jauh dari Ampang Puteri bagi mengiringi jenazah ayahandanya dibawa ke Cameron Highland untuk disemadikan.
Berita dipetik dari Utusan Online tajuk “ Maznah Tetap Hadir Sidang Walaupun Bapa Meninggal”, klik sini

Ucapan takziah kepada Datuk Maznah daripada Blog Medan Info Kita.


ADA MENTERI & TIMBALAN MENTERI RESPON
Bukan sahaja posting ini telah dicedok oleh blog pro Pakatan tetapi ianya telah menjadi rujukan beberapa media tanahair. Beberapa akhbar hari ini turut menyiarkan pula respon daripada beberapa pimpinan kanan kerajaan keatas pendedahan identiti mereka yang tidak hadir ke Dewan Rakyat pada malam pengundian meluluskan Bajet 2010.

Timbalan Menteri dari Papar Sabah yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO memberikan alasan beliau sedang sarat mengandung maka tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat.

Sementara itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal pula mahu diadakan penyusunan semula pengurusan di Parlimen kerana beliau sendiri tidak tahu akan diadakan pengundian pada malam tersebut.

Seorang lagi wakil rakyat BN dari Tampin, Datuk Shaziman Mansor memaklumkan beliau ketika itu sedang berada di India kerana urusan rasmi kementeriannya sebagai Menteri Kerja Raya.

Kesemua respon yang dinyatakan diatas boleh dibaca menerusi Berita Harian Online, klik sini

(sumber:http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/12/yb-terponteng-ahmad-maslan-nak-salahkan.html)

Monday, December 21, 2009

EXCLUSIVE..!! Ini Dia Wajah Wajah Ahli Parlimen "TER"Ponteng
Sepertimana yang Blog ini janjikan pada posting bertajuk “Eloklah Kalau PM Buat Kenduri Kesyukuran”, boleh KLIK sini untuk membaca lagi.

Maka untuk kesekian kalinya di sajikan disini wajah wajah wakil rakyat BN yang TERponteng pada hari pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember 2009.

Kemenangan hanya dengan perbezaan 3 undi mengekalkan kerajaan Najib-BN tetapi yang menjadi persoalan pokok disini ialah kehadiran Ahli Parlimen BN sangat sangat MENGECEWAKAN rakyat jelata…!

Sungguhpun kita sudah menarik nafas lega apabila usaha usaha dari wakil rakyat DAP, PKR & PAS gagal untuk mengambil alih kerajaan secara teknikal, tetapi kehadiran wakil BN hanya 48% mestilah dianggap GAGAL..!!!
Manakala kehadiran wakil rakyat Pakatan sebanyak 78% dilihat jauh lebih bertanggungjawab dimata rakyat 1 MALAYSIA.

Ramai juga pemerhati politik yang menyedari peristiwa ini telah memanjatkan rasa syukur kehadrat Alllah swt kerana negara kita TERSELAMAT daripada menerima bala menyaksikan Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa Perdana Menteri dan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan beliau…..

Berikut adalah wajah wajah Ahli Parlimen yang TERponteng dan hampir hampir menyebabkan tahta YAB PM Najib Tun Razak diserahkan kepada Anwar Ibrahim!
Senarai berikut terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang tiada jawatan dalam kabinet kerajaan.

MENTERI


Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok, Sembrong – Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi


Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim



Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor


Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI


Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany


Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin


Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon


AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI


Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri


Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang, Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan


K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin


Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong


Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Rahman


Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan


Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang


Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing


Dimaklumkan juga bahawa seramai lima [5] Senator yang dilantik menjadi Menteri dan tujuh [7] lagi Senator yang turut dilantik sebagai Timbalan Menteri tidak layak untuk menyertai pengundian didalam Dewan Rakyat.



(sumber:http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/12/exclusive-ini-dia-wajah-wajah-ahli.html)

zmsegamat kata; MOHON agar Yang Berhormat Ahli Parlimen BN yang tidak hadir pada masa pengundian 14.12.2009 itu, dapat beri TUNJUK SEBAB kerana zmsegamat bimbang peristiwa ini akan di putarbelitkan oleh pembangkang dan juga musuh-musuh politik Yang Berhormat Ahli Parlimen BN tersebut.

No comments: