Monday, December 14, 2009

Kickdefella, Husam dan politik Anwar



NEWS: Kickdefella, Husam dan politik Anwar

Melihat besar kepala kaum Cina, kita usah tertinggal dengan apa berlaku di Kelantan. Semua ini perancangan Anwar Ibrahim.

Dalam episod terbaru di Kelantan, ada antara kita percaya bahawa blogger Kickdefella atau namanya Syed Azidi menentang Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menolak neoptisme dalam kerajaan negeri kelantan.

Kickdefella hanya seorang Pengarah filem yang menulis skrip dan memainkan wayang. Di pergi dimana ada wang dan wang yang didapati adalah gaji di PMBK sebanyak RM15 ribu.

Dulu dia berpura-pura menentang Pak Lah sebab menantu PM, Khairy Jamaluddin. Orang seperti Kickdefella ini penuh dengan pembohongan. Ada antara orang PAs yang menuduh Kickdefella adalah agen UMNO. Bodoh sekali orang PAS. Taat setia Shieh adalah kepada Husam. Prospek politik lebih menjanjikan wang dari prospek lain yang terbuka kepadanya.

PAS sepatutnya mengetahui siapa kah Husam? Berikut petikan dari blog Pokka:

Dalam politik Pas pasca 1998, Husam merupakan antara tokoh dalam Pas bersama Kamarudin Jaafar yang menjadi alat tunggangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain menjadi mata dan telingan Anwar di dalam Pas, mereka juga akan bermatian menjadi penjaga kepentingan Anwar dalam Pas dan di Kelantan.

Sebab itu usaha menubuhkan kerajaan campuran BN - Pas di Perak dan Selangor selepas pilihan raya lalu gagal. Ini kerana Husam dan Kamaruddin Jaafar telah memberi maklumat kepada Anwar. Selain itu Husam yang merupakan orang kepercayaan Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi Nik Aziz agar menolak sebarang rundingan tersebut.


Tindakan Husam yang menjadi alat Anwar dalam mempengaruhi keputusan Nik Aziz telah menimbulkan kemarahan sebahagian pemimpin Pas yang mahu parti meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan politik. Kumpulan ini termasuk anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh kecewa melihat Pas terpaksa tunduk kepada DAP dan Anwar Ibrahim.

Baca seterusnya sini.

Untuk mengetahui lebih mendalam, ikuti siri penuh butiran mengenai Husam dalam The Unspinners.
Posted by The Unspinners at 8:33 AM 27 comments

(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/)

No comments: