Wednesday, April 14, 2010

Had tempoh keistimewaan orang Melayu

Apabila seorang ahli parlimen pembangkang mempersoalkan selama manakah kerajaan hendak mengekalkan keistimewaan orang melayu di negara ini, tindakannya itu sepatutnya sudah dilihat sebagai malampaui batas dan tindakan sewajarnya boleh di ambil dibawah Akta Hasutan walaupun dipengakhirannya dia mengatakan tidak mempersoalkan hak itu sekadar bertanya kepada kerajaan selama mana hak keistimewaan itu hendak dikekalkan?

Tidakkah itu mempersoalkan namanya? Kenapa tindakan tidak boleh diambil ke atas orang ini atau pihak-pihak yang berwajib tidak berani mengambil tindakan ke atasnya di atas reputasinya sebagai seorang pengamal undang2 yang terkenal di dalam negara?


Kehendak majoriti rakyat sudah diterjemahkan melalui pemilihan wakil-wakil di Parlimen yang berlatar belakangkan parti-parti politik tertentu dan hala tuju parti tersebut. Jika pada satu masa yang lain dimana rakyat memlihi parti yang tidak mementingkan keistimewaan orang melayu sebagai majoriti melebihi 2/3 di Parlimen, maka ketika itu tukarlah sebanyak mana pun yang mahu ditukar, bukan sekarang.

Soalan ini perlu ditujukan kepada rakyat kerana rakyat yang mahukan perlembagaan sekarang dikekalkan seadanya, bukan kerajaan maupun pihak lain.

Tiada siapa pun yang lebih tinggi dari undang-undang walau sebijak mana pun dia memanipulasi undang-undang tersebut. Rakyat terutama orang melayu tidak boleh menerima kenyataan ini yang keluar dari mulut orang yang asalnya mendapat kerakyatan negara ini hanya kerana ada ehsan dari konsep Jus Soli.

Kita berharap pihak-pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang serius ke atas orang ini, jangan sampai orang melayu mempersoalkan pula hak-hak bukan melayu yang dijamin di dalam perlembagaan dengan menggunakan helah yang sama.

Jika itu berlaku, apakah kesannya kepada keamanan dan kestabilan negara ini dan apakah kerajaan mau mengambil risiko itu?

Bukan niat mengugut tapi rasanya orang melayu sudah jelak dengan tekanan demi tekanan secara terselindung yang dikenakan oleh puak-puak ini. Akan sampai waktunya bila kesabaran ini berakhir dan sesuatu yang buruk pasti berlaku. Sesuatu perlu dilakukan dari sekarang untuk memastikan perkara yang tidak diingini berlaku.

Jika sebalah kaki boleh dipotong jika mendatangkan bahaya kepada kesihatan anggota yang lain, kenapa yang ini tidak boleh?

(sumber;http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9404)

3 comments:

Anonymous said...

Dia seorang Lawyer, buat pura pura tanya pulak?

Bota

Anonymous said...

Salam kome disana..

ermm..sampai bile ? sampai semua pendatang balik kenegara asal..then tanah melayu kembali diduduki sepenuhnya oleh orang melayu..then time tulah keistimewaan org melayu dah tak perlu lagi..as simple as that !..

-OghangKuale-

AJAI62 said...

Salam Bro

Cuba tanya dia sampai bila kaum dia nak menumpang kat TANAH MELAYU. Cabar dia balik Negeri datuk moyong dia kalau tak nak duduk kat Tanah Melayu.Belum tentu dia boleh bersuara macam kat Tanah Melayu ni bila mereka di negara asal mereka. Payahnya bila ada menteri suka beri AMARAN aje...