Tuesday, April 27, 2010

P94: PKR Kalah Tapi Menang 85 Undi?


Monday, April 26, 2010
P94: PKR Kalah Tapi Menang 85 Undi?
(ipohmalay)

Dulu mereka dapat 23,177 undi. Semalam mereka peroleh 23,272. Saguhati 85 undi itu bukanlah trend yang sihat. Masalah ini jika dikaji, datang dari mana? Jelas, ianya melambangkan undi orang Melayu yang berubah corak 'from bad to worse'.

Tetapi laporan Bernama menyebut bahawa undi kaum Cina tidak bertambah. Sokongan mereka terhadap penguasaan DAP atas negeri Selangor semakin kukuh dan 85 undi itu mungkin saki-baki yang dahulunya belum mendaftar.

Jika trend ini diambil kira, ini bermakna sokongan orang Cina terhadap pembangkang semakin utuh di saat sokongan orang Cina meningkat dari 12% kepada 25% mengikut kata Koh Tsu Koon?

Mana satu yang betul ni? Jika nelihat melalui kempen-kempen dan pendedahan media, sokongan kaum Cina dan India dikatakan beralih menyokong BN.

Jika bangsa pada kertas undi boleh diketahui, wajar diletak nama nombor kad pengenalan hatta cap jari. Rumusan analisis tersebut pastinya hanya mengikut peti-peti undi yang bercampur baur.
Sentimen lama berkenaan isu yang sensitif sedikit masa lalu mungkin menjadi senjata puak PAS tempatan yang memainkan isu kaum.Tambahan pula Zaid berkempen dari masjid ke kuil. Kamalanathan kurang satu.

Jadi, kesimpulannya, Melayu Kuala Kubu perlu dipujuk kembali dan kekecewaan mereka perlu diubati. Mereka tahu PKR itu hampas namun mereka sanggup juga pangkah. Perlu diberi perhatian ialah dakwaan pengundi Cina semakin menyokong Pakatan Rakyat.

Jika ramai orang Melayu menyokong BN nescaya orang Cina terpaksa mengundi BN demi periuk nasi mereka. Kajilah guna logik akal dan intelegensi.

DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 7:19 AM
LABEL: Jawapan, Masyarakat, Pilihanraya, Politik Semasa, Post-Election, Sinis, Soalan, Thoughts

(sumber;http://ipohmalay.blogspot.com/2010/04/p94-pkr-kalah-tapi-menang-85-undi.html)

3 comments:

orangkampung said...

Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..

Kenapa susah sangat nak bersatu????

Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..

Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...

Pena Agenoz BERBISIK... said...

SALAM UKHWAH & SALM 1 MALAYSIA.

MAAF PAB BERBISIK...

PAB HAIRAN DENGAN ORG PR NIE.. KALAU DAH KALAH TETAP KALAH... JGN JADI MCM BUDAK KECIK.. ZAMAN PAB DULU2 ADALAH ISTILAH KALAH TAPI MENANG...

PAB INGAT DULU MASA MAIN BOLA KAMPUNG. TEAM PAB DAH SCORE 2 BERBALAS 0. MASA DAH NK MAGHRIB. SO KENA TAMATKAN PERLAWANAN. TIBA2 PASUKAN LAWAN BUAT PERATURAN "SIAP YG SCORE LAST DIA MENANG" DAN AKHIRNYA DIA PUN SCORE DAN DIKIRA MENANG.

PAB INGAT ZAMAN DULU JER ADA PERATURAN MCM TUE.. SEKARANG PUN ADA LAGI. YG BUAT PERATURAN TUE ORG BIJAK PANDAI PULA.. HMM... BERTAUBATLAH...

WASSALAM
SAYONARA...

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女