Tuesday, April 13, 2010

Cuit: 1Malaysia, 1Israel: Apa yang kalut sangat?

1Malaysia, 1Israel: Apa yang kalut sangat?

Oleh Zaini Hassan

MARAHKAH Anwar Ibrahim apabila 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel? Mengapa beliau sensitif sangat? Dalam dunia tanpa sempadan sekarang macam-macam idea boleh menjadi sama. Apa yang peliknya? Ketua pembangkang (yang ikut buku sudah patut turun kerusi) mempertikaikan gagasan itu yang dikaitkannya dengan slogan negara Yahudi tersebut.

Samakah konsep di Malaysia dengan negara Yahudi itu? Di Israel, ia hanya mengiktiraf satu bangsa sahaja iaitu Yahudi yang agung. Anwar takkan tidak tahu perkara ini, kan beliau mempunyai ramai rakan berpengaruh dari keturunan itu.

Mengapa secara tiba-tiba beliau mahu mempertikaikannya? Jika idea itu bagus - apa salahnya kita pakai. Israel marahkah kita guna slogan itu? Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan umatnya supaya menimba ilmu dari mana-mana tempat sekali pun asalkan ia boleh memberi manfaat kepada umatnya.

Kita belajar ilmu fizik dari orang Yahudi, Einstein. Malah orang Iran yang membina reaktor nuklear pun perlu belajar ilmu itu. Jadi, apa yang hairan sangat.

Seperti yang semua kita sedia maklum, Anwar membangkitkan isu itu hanya semata-mata mahu mencabar minda orang Melayu Islam di Malaysia supaya membenci pemerintah. Israel dan Yahudi memang menjadi tabu - ketakutan, kebencian - orang Melayu Islam di negara ini. Seorang kenalan berbangsa Amerika pernah memberitahu saya bagaimana hasratnya mahu memperisterikan seorang gadis Kelantan gagal setelah keluarga gadis itu di saat-saat akhir mengetahui dia seorang berketurunan Yahudi. Akhirnya dia membawa diri ke Filipina dan mengahwini gadis di sana. Mereka hidup aman damai di New York hingga ke hari ini.

Jadi untuk membangkitkan rasa benci mereka kepada kerajaan kaitkan apa-apa saja dengan Yahudi atau Israel, pasti orang Melayu Islam akan marah.

Anwar kan bijak dengan perang sarafnya. Psy-warnya, atau dalam bahasa mudah ilmu putar-belitnya, memang hebat. Semua orang mengiktiraf kehebatannya dengan permainan itu. Ingat lagikah dengan isu pendakap leher, isu racun arsenik dan lain-lain..?

Oleh itu, apa yang kalut sangat di Parlimen itu. Orang kita, termasuk para pemimpin kerajaan cukup kalut apabila Anwar membangkitkan soal-soal macam ini. Mereka cukup cepat merasa defensif atau mengalah.

Sepatutnya, baguslah Anwar membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya beliau sudah secara tidak langsung mengakui pengaruh yang ada pada 1Malaysia itu.

1Malaysia pun yang pada mulanya disangsi oleh banyak pihak termasuk mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, kini diterima sebagai satu gagasan yang bijak. Orang Cina dan India menerima gagasan itu dengan senang hati.

Pakatan pembangkang melihat 1Malaysia sebagai musuhnya. Mereka sebenarnya takut dengan gagasan itu dan sedang berusaha keras mahu memecahkannya.

Mereka tahu kekuatan yang hanya boleh mereka capai ialah apabila orang Cina dan India membenci orang Melayu. Orang Melayu membenci orang Melayu; orang Melayu membenci orang Cina dan India; dan orang India membenci orang Melayu dan Cina. Serta, orang Iban membenci orang Bidayuh; orang Sarawak membenci orang Semenanjung dan Sabah.

Itulah yang mahu dilihat oleh pakatan pembangkang yang masih diketuai oleh Anwar. Bencinya rakyat kepada kerajaan, bermakna kemenangan kepada mereka.

Oleh itu, jangan jadi kalut tak tentu pasal.

Cuit diiktiraf...

TERIMA Kasih kepada Kelab Wartawan Malaysia (NPC) kerana memberi pengiktirafan kepada penulis sebagai Wartawan Terbaik 2010 NPC dalam satu majlis, malam Jumaat 19 Mac lalu.

Ia menandakan Cuit diiktiraf oleh rakan-rakan wartawan sebagai wadah kontroversi yang membina. Itupunlah tujuan tulisan ini dibentuk. Ia mahu membuka minda pembaca kepada satu dimensi baru dunia kewartawanan arus perdana, dengan menyuntik daya berfikir secara kritis tanpa rasa bimbang dan terhutang budi.

Selagi situasi membenarkan, tulisan ini akan terus mencuit, insya-Allah.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm&arc=hive)

2 comments:

Wakaka said...

Biasalah bro... dah tak de modal... dia ingat orang kampung bodoh macam dia...

tebing tinggi said...

We have one Malaysia ,does we have one Malaysian ?, i guess not.
We have verity of Malaysian who cant even communicate with each other becouse they dont speak the Malaysian language,that is bahasa Malaysia.
There could be millions who cant even understand what more to speak,so are we on the right parth to talk about one Malaysian just yet ?.

After 52 years of independent we still failed to reconized the core factor in devoloping 1 Nation that is the language ,could we claim we belong to the Nation when we couldent speak the language and how could we ever felt as 1 Malaysian if we cant even communicate.
If you are lost, and asked for the direction ,they just 'geleng kepala' make you wonder are they deaf or dump or couldent understand you,just giving you ONE MALAYSIA answer !.

1 sekolah, 1 bahasa, 1 Malaysia