Wednesday, May 26, 2010

Vell Paari Kurang Ajar -Syed Ali


Vell Paari Kurang Ajar -Syed Ali
May 25th, 2010 | By Isa Nikmat | Category: Berita Pilihan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan anak Presiden MIC, S Vell Paari supaya jangan kurang ajar menuduh UMNO mengamalkan ‘pembunuhan politik’ untuk memecahbelahkan komponen Barisan Nasional (BN).

“UMNO tidak bermasalah dengan rakan-rakan komponen BN yang lain, kecuali MIC sentiasa bergolak kerana ahlinya meluat dengan kepimpinan diktator presiden parti itu,” tegas Ketua Bahagian UMNO Cheras itu.

Beliau berkata, Datuk Seri S. Samy Vellu bukan terlalu penting kepada politik Malaysia malah kerjaya politik beliau selama ini pun banyak bergantung kepada ehsan orang Melayu dan UMNO.

Sehubungan itu, Syed Ali menegaskan, tuduhan tersebut selain tidak berasas, malah dilihat amat melampau dan ianya menyakitkan hati ahli-ahli UMNO.

“Jangan terlalu biadap kerana masyarakat India di negara ini berada dalam keadaan selesa termasuk keluarga Samy Vellu hasil pertolongan UMNO,” tegasnya.

Katanya, tanpa UMNO yang mendominasikan kerajaan BN, masyarakat India termasuk Vell Paari belum tentu lagi menikmati kesenangan dan kemewahan hidup seperti hari ini.
Beliau memberitahu, kerana permuafakatan BN dan atas belas kasihan UMNO, Samy Vellu diberikan bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu dan diberikan jawatan menteri.
Oleh itu katanya, tuduhan tersebut juga secara tidak langsung telah menghina reputasi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO serta Pengerusi BN.

“Mulut Vell Paari terlalu celupar buat tuduhan karut, jangan salahkan UMNO apabila masyarakat India sudah bosan dan jelek dengan kepimpinan bapanya yang dilihat sebagai kuku besi,” uajrnya.
Serentak itu, beliau mahu Vell Paari menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli-ahli UMNO.

Syed Ali mengulas kenyataan Vell Paari yang turut menuduh pemimpin tertinggi UMNO berada dibelakang kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) dan turut membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menyebabkan berlakunya pelbagai masalah dalam BN.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini, beliau juga dilaporkan berkata : “parti-parti komponen hanya penumpang di dalam bas yang dipandu oleh UMNO,”

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, UMNO tidak ada masa untuk mencampuri urusan dalaman MIC yang bergolak sekian lama.

“Saya minta Vell Paari sedar diri bahawa politik di negara ini tidak diasaskan oleh kepentingan atau perbezaan kasta,” tegasnya.

Katanya lagi, lanskap politik di Malaysia tidak sama dengan apa yang berlaku di India sehingga ada di kalangan pengikutnya berlutut di kaki presiden parti.

Beliau berkata, anak Samy Vellu itu sengaja mengaitkan UMNO dengan kemelut MIC bagi menutup segala kepincangan sebenar.

“Vell Paari sepatutnya berasa malu kerana masyarakat India di negara ini,” tambahnya.

(sumber;http://umno-online.com/?p=9821)

1 comment:

Anonymous said...

Ini India Vell Paari kalu sudah
mabuk politik 'estet style'jangan di layan.Apa sumbangan nya kepada MIC.atau BN...yeelek?