Saturday, May 29, 2010

MIC KENA JAWAB

MIC KENA JAWAB

Berikut merupakan soalan-soalan yang perlu dijawab (atau diingat kembali) oleh mereka yang mendakwa UMNO terlibat dalam krisis kepimpinan MIC, dan menuduh UMNO punca kemerosotan sokongan masyarakat India kepada BN.

Apakah kepentingan UMNO dalam merancang cubaan ‘membunuh karier politik’ Presiden MIC tersebut? Dengan tiadanya Datuk Seri S. Samy Vellu, apa keuntungannya kepada UMNO, lebih-lebih lagi kerana beliau merupakan seorang pendukung dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan dan penyokong kuat Datuk Seri Najib Tun Razak?

Tidakkah UMNO menunjukkan semangat setiakawan kepada MIC dan juga parti-parti komponen lain, dengan memberikan jawatan-jawatan menteri dan timbalan menteri kepada pemimpin-pemimpin dari parti tersebut, walaupun sungguh nyata tidak ‘setimpal’ dari segi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi parti-parti mereka?

Berikan satu contoh, sama ada dalam BN mahupun pakatan pembangkang, di mana kerusi yang diberikan tidak mencerminkan komposisi majoriti penduduk kawasan terbabit. Parti manakah yang kerap kali ‘beralah’ dan menyerahkan kerusi-kerusi ini, kalau bukan UMNO? Pernahkah pula MIC dan MCA memberikan peluang kepada UMNO bertanding di dalam kawasan majoriti Cina serta India?

DR. FAIZAL TAJUDDIN,

Pasir Salak, Perak

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm)

No comments: