Friday, August 27, 2010

Anwar Oh Anwar…masih ‘pusing keliling’ tentang hudud


Anwar Oh Anwar…masih ‘pusing keliling’ tentang hudud

Mereka yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup masak dengan stailnya.Bila nampak macam nak jem Penasihat PKR itu beliau mulalah ‘pusing keliling’ dan cepat-cepat alih perhatian ke isu lain.

Inilah halnya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Petaling Jaya Khamis bila beliau ditanya mengenai pertikaian isu undang-undang hudud antara DAP dan PAS yang sedang hangat.

Para wartawan yang hadir memang bertekad nak dapat jawapannya setelah DAP tetap menolaknya manakala PAS mempertahankan impian nak laksanakan undang-undang itu jika berkuasa.

Ini dilihat satu suasana no go bagi pakatan pembangkang itu.

Apa yang semua nak dengar tentulah pendirian rasmi pakatan rakyat dan bagaimana pendirian Anwar sendiri samada memihak pada DAP atau PAS dalam isu berkenaan.

Namun Anwar tidak bodoh hendak menempa nahas politik menyokong pendirian mana-mana satu antara dua parti itu yang sangat diperlukan untuk menunjang impiannya menjangkau Putrajaya.

Maka beliau pun memberi jawapan yang secara umum ‘ selamat’ dengan berkata pakatan rakyat itu tetap berpegang kepada rangka dasar bersama (CPF) - yang dipersetujui oleh pakatan itu Disember lalu – dimana masing-masing parti tidak mempromosi pendirian yang diluar rangka berkenaan.

Katanya masih terdapat ruang untuk berbincang dan tiada siapa dinafikan hak untuk mengemukakan pendirian mereka.

Beliau sebaliknya mendakwa UMNO yang membangkitkan isu hudud dan bertanya apakah pendirian parti itu mengenainya.

Anwar kemudiannya mendakwa perang mulut antara DAP dan PAS mengenai hudud cuma salah faham hasil mainan media yang dikuasai kerajaan untuk alih perhatian pada isu yang lebih besar iaitu mengenai kehilangan ekuiti bumiputra sebanyak RM52 billion.

Beliau berkata fokus harus diberikan pada salahgunakuasa dan penyelewengan kerajaan pusat dari isu seliseh faham antara parti-parti dalam pakatan rakyat.

Anwar semacam lupa isu terbaru polimek undang-undang hudud ialah antara Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Karpal Singh bukan ciptaan UMNO atau sesiapa.

Sebaliknya ia meletus bila Menteri Besar Kelantan menyatakan undang-undang hudud ialah jalan terbaik menyelesaikan masalah sosial di negara ini manakala Pengerusi DAP itu yang sudah diketahui pendiriannya tentang itu tetap menolak.

Apakah UMNO atau BN yang mencipta kenyataan Nik Aziz mendakwa Karpal Singh saja pemimpin DAP yang bising tolak hajat PAS nak laksanakan undang-undang hudud jika berkuasa?

Apakah UMNO dan BN yang cipta jawapan balas Karpal Singh kata bukan beliau seorang saja dalam DAP yang tidak setuju.

Apakah UMNO dan BN yang cipta kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang kemudiannya menyokong Karpal Singh dengan menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.- 26/8/2010
(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

3 comments:

Anonymous said...

Mana berani Anwar kata sokong hudud kes liwat dia banyak nanti jubo kena sula baru padan muka dia..Pasal hudud nanti dia akan bawa bincang dengan Al Gore dan Paul Wolfowitz semasa dia buat lawatan ke AS kelak.....

Anonymous said...

kENAPA MASA JADI TPM DIA TOLAK HUDUD BULAT BULAT KENAPA SEKARANG TAK NAK BAGITAHU YG DIA TOLAK HUDUD JANGAN PERMAINKAN UGAMA WAHAI ANUAR MASA TPM TOLAK HUDUD BILA JADI PEMBAKANG TAK BOLIH NAK BOLIH JAWAB LEPAS TU SALAHKAN ORG LAIN APA APA PUN RAKYAT SUDAH TAHU SIAPA ITU ANUAR IBRAHIM SELALU BUAT ONA DALAM NEGARA.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

AYAT-AYAT SPIN:

"Ini semua mainan UMNO dan medianya".....