Friday, August 20, 2010

Kunta Kinte original: Bahaya persoal kuota Bumiputera

Kunta Kinte original: Bahaya persoal kuota Bumiputera


2010/08/20
MINGGU ini Kunta Kinte nak ulas sikit mengenai bahas kuota Bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru yang dicetus oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA).

Sedikit sebanyak, bahas ini kena mengena dengan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria, berkenaan adanya pihak politik yang hendak pinda Perlembagaan untuk hapus hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama Islam.
Click Here
Nampaknya, dalam keadaan politik negara kita yang bergelora ini, kedua-dua perkara itu saling kait mengait dan ada kena mengena dengan pendapat kononnya politik orang Melayu lemah.
Tapi mula-mula sekali Kunta Kinte nak kata, kalau lepas 20 tahun DEB tamat kita masih bahas, ertinya DEB dah jadi darah daging dan sebahagian daripada minda kita. Baguslah kalau macam tu sebab kita pun tak mahu rakyat jelata kita lupa sejarah dan yang muda-muda pula tak tahu sejarah.

Kunta Kinte tak ada masalah dengan bahas ini. Kalau MCA, DAP atau PKR kata orang bukan Bumiputera tak suka dengan kuota DEB, Kunta Kinte boleh faham pasal orang Bumiputera pun ramai yang tak puas hati dengan kuota DEB.

Mereka tanya pasal apa 30 peratus bukan 60 peratus mengikut nisbah penduduk negara kita ini?

Bukan itu saja. Lepas 40 tahun kuota DEB diperkenal, hasil yang Bumiputera dapat tak sampai banyak itu, sebaliknya apa yang bukan Bumiputera capai lebih besar. Malah lebih daripada kuota yang dibagi kepada mereka.
Kepada Kunta Kintelah, kita buatlah apa pun dasar, model atau transformasi, kalau masalah berat sebelah antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera ini tak diatasi, keadilan tidak tercapai.

Kalau diikut cakap orang yang tamak haloba, tak kiralah bangsa atau kaum apa, sudah-sudahnya nanti kaum majoriti Bumiputera akan lebih jauh tercicir dalam arus pembangunan negara.

Sekiranya keadaan macam ini terjadi, lama kelamaan kesabaran dan toleransi mereka akan luntur. Yang ini semua bangsa kena ingat.

Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata, bahas Melayu-Cina, Melayu-bukan Melayu dan Bumiputera-bukan Bumiputera sekarang ni dah mula nampak macam masa kempen Pilihan Raya Umum 1969.

Kunta Kinte tahulah pasal masa tu Kunta Kinte dah berumur 22 tahun dan dah terbabit dengan politik di kampung Kunta Kinte.

Tapi masa tu, PAS lawan UMNO. Sakan punya lawan. PAS kata siapa sokong UMNO kafir sebab UMNO kerjasama dengan orang kafir.
MCA pula dihentam oleh DAP dan Gerakan kononnya tak bela nasib orang Cina. Masa tu, Gerakan parti pembangkang.

Tapi lepas pertumpahan darah 13 Mei, PAS dan Gerakan sertai UMNO, MCA, MIC dan parti-parti kerajaan di Sarawak dan Sabah tubuh Barisan Nasional (BN). Kemudian pada 1977, Allahyarham Tun Hussein Onn pecat PAS daripada BN.

Sekarang, PAS dah berubah. Kerjasama dengan bukan Islam tak jadi kafir lagi. Bukan apa, tapi sebab PAS sendiri dah kerjasama dengan orang bukan Islam dalam DAP dan PKR. Sebaliknya yang dok pertikai kuota Bumiputera sekarang adalah MCA, parti BN sendiri.

Malah, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan berkata, partinya tak takut berkongsi pandangan dengan DAP dalam perkara yang boleh bawa keuntungan kepada masyarakat Cina.

Kunta Kinte faham. Memang dari dulu pun macam tu. Parti-parti Cina, tak kira parti kerajaan atau pembangkang, mereka fikir cara yang sama dan dengan tujuan yang sama mengenai kepentingan kaum mereka. Mereka berbeza ideologi, tapi tujuan mereka sama.

Pasal itulah Kunta Kinte kata orang Melayu dan orang Islam jangan taksub sangat dengan politik parti sampai pecah-belah, jadi lemah dan diperalatkan.

Kunta Kinte rasa tak ada salahnya orang Melayu, Orang Asli dan kaum-kaum Bumiputera Sarawak dan Sabah tuntut kuota ekonomi dinaikkan sebab bilangan mereka semakin ramai sedangkan nisbah kaum lain makin kurang pasal mereka tak mahu banyak anak dan ramai pula berhijrah ke negara lain.

Mengenai dakwaan Mufti Perak, Kunta Kinte tak hairan langsung. Ia masuk akal. Cuma boleh atau tak boleh berlaku saja. Itu saja.

Mana-mana pihak atau parti yang ada majoriti dua pertiga dalam Parlimen boleh pinda Perlembagaan. Jadi, kalau ada mana-mana pihak atau parti yang ada majoriti dua pertiga dalam Parlimen pada masa depan dan hendak pinda Perlembagaan untuk buang hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hapuskan Islam sebagai agama rasmi, mereka boleh buat.

Perang besar atau gaduh besar, itu cerita lain. Ikut dasar dan prinsip demokrasi yang kita amalkan melalui pilihan raya, siapa yang ada sokongan boleh pinda Perlembagaan dan apa-apa saja.

Kita pilih wakil kita ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ertinya kita bagi kuasa kepada mereka buat undang-undang. Jadi, kalau mereka nak pinda Perlembagaan, itu hak mereka.

Kalau pada masa itu kita tak setuju, ternganga sajalah. Kena tunggu pilihan raya baru boleh buang mereka. Tapi pada masa itu, nasi mungkin dah tumpah ke tanah. Kalau setakat jadi bubur, boleh makan lagi. Fikir-fikirkanlah.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuntaKinteoriginal_BahayapersoalkuotaBumiputera/Article)

1 comment:

Anonymous said...

Selagi aku tak nakpak sepuluh kedai kat Bukit Bintang Plaza, jgn lah dok ada banyak sangat orang dok kata depa tu telus and mementingkan merit...kepala hotak depa.

Kalau betul jujur dan murni nak kan kesamaan dan kerataan tanpa ada kuota, la ni patut aku nampak pemimpin pemimpin kaum cina berusaha untuk memecahkan monopoli satu bangsa di premis ni dan memjalankan initiative untuk meratakan ratio pemilikan kedai di Bukit Bintang Plaza...LauYat Plaza...Sungai Wang Plaza...Pavillion...Lot 10...Mid Valley...Tropicana Mall...

Aku akan sokong kita hapukan kuota Bumiputra bila 30% kedai worshop kereta kat KL ni milik Bumiputra...bila 30% kedai runcit...30% kedai kereta 2nd hand...bila 30% stesen minyak...bila 30% kondo-kondo di pusat Kuala Lumpur...bila 30% pasaraya...30 kedai audio...30% kereta Ferari, Lotus, BMW dan Merc atas jalan...tu milik orang melayu...bila 30% jawatan senior manager di Bank Bank Perdagangan, Bank Komersial...bila 30% orang orang terkaya di Malaysia...bila 30% Doktor di Malaysia...bila 30% Lawyer di KL...bila...?

Taming Sari