Wednesday, August 18, 2010

MCA tidak takut kongsi pendirian dengan DAP

MCA tidak takut kongsi pendirian dengan DAP

KUALA LUMPUR 16 Ogos – MCA menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA yang kini diterajui kepimpinan baru percaya bahawa pendirian itu mempunyai asas dan wajar.

“MCA tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab menyuarakan pandangan dan keinginan masyarakat Cina. Jika tidak parti ini akan kehilangan sokongan rakyat.

“Oleh itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden UMNO) tidak boleh menyalahkan MCA hanya kerana parti ini mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas peringatan Hishammuddin agar MCA tidak mengambil pendirian yang menyimpang daripada perjuangan yang sudah disepakati sekian lama dalam BN.

Semalam, Hishammuddin dilaporkan berkata, MCA tidak boleh ‘melarikan diri’ daripada prinsip asal yang dipersetujui bersama BN dalam usaha parti itu mengatasi pengaruh DAP.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)

No comments: