Tuesday, August 3, 2010

Insiden memalukan di Selangor


Tuesday, August 3, 2010
Insiden memalukan di Selangor

SHAH ALAM 2 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor akan menghadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bagi memohon maaf terhadap insiden memalukan yang berlaku ketika baginda hadir merasmikan acara Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa 4 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail hari ini, antara insiden memalukan itu termasuk kegagalan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut. Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut.

Pengurus Besar Pelancongan Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din berkata, kerajaan negeri sedang menunggu pihak istana bagi memaklumkan tarikh untuk pihaknya menghadap Seri Paduka bagi menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya yang diketuai Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong akan menghadap Tuanku Nur Zahirah nanti.Noorul Ashikin berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan baginda lebih awal memandangkan jadual ketat Raja Permaisuri Agong sebelum ini.

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Abdul Khalid sebelum ini telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor ekoran insiden tersebut. Katanya, kerajaan negeri telah membincangkan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu. - Utusan Malaysia

Nak uruskan majlis pun dah gagal, inikan nak urus pasir. Opsss..
Posted by Nasionalis1982 at 8:10 AM

(sumber;http://nasionalis1982.blogspot.com/2010/08/insiden-memalukan-di-selangor.html)

2 comments:

Anonymous said...

Itu adalah reaksi anti-establishment yang terang2 yang ditunjukkan oleh pemerintah Selangor terhadap kedudukan raja2 Melayu. Sudah terang lagi bersuluh...memang puak2 ini tidak suka dengan DEB, Raja2 Melayu dan keistemawaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan. Inilah puak (serta PAS) yang akan memusnahkan kesejahteraan dan keamanan negera Malaysia tercinta.

luahfikiran said...

Salam,
Mengapa sampai begini ? Mungkinkah ia memang dirancang sebegitu ? Apapun LF cukup sedih !