Wednesday, June 29, 2011

Panasss..!!! Warkah "cinta" untuk Wardina Safiyyah..!!! Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap Wardina balasss..!!!


DukeOfUMNO: Panasss..!!! Warkah "cinta" untuk Wardina Safiyyah..!!! Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap Wardina balasss..!!!


Saya tertarik untuk menyentuh tentang penjelasan Wardina Safiyyah yang bertajuk "Satu Jawapan..." di sini. Wardina dah jawab panjang lebar. Sekarang, ini jawapan saya untuk Wardina dan ada penjelasan yang perlu ditagih dari ibu manis jelita ini..!!!

Antara yang di"jawab" oleh Wardina ialah...

"Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)

Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.

Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu.Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap.Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?"


Saya siarkan gambar Wardina dan Datin Seri Rosmah..nanti Wardina kata "unfair" pulak!

Nampaknya, Wardina sudah diperdaya oleh Nik Nazmi. Wardina tidak sedar bahawa dia akan dipermainkan oleh ahli politik PKR itu. Tiada sesiapa memberitahunya mengenai agenda malam itu dan kehadiran "istimewa" Azmin Ali.

Tapi, mengapa Wardina sanggup menurut perintah Nik Nazmi? Mengapa Wardina menurut apa yang "disuruh" oleh ahli politik PKR itu? Dia boss Wardina, kah? Dia bayar gaji Wardina? Jika Nik Nazmi sekadar kawan Wardina, tidak salah rasanya menolak jemputan itu. Lagi pun Wardina "letih" dan "tak suka dikaitkan dengan mana-mana kepentingan politik", bukan?

Sehingga fakta penjelasan Wardina ini, saya belum lagi menuduh Wardina memihak kepada PKR. Tidak salah bersembang sebentar dan makan malam dengan Azmin. Mengenai gambar bersama Datin Seri Rosmah, kita tidak highlight kerana majlis itu tiada kena mengena dengan politik dan Datin Seri Rosmah bukan politician..!

Selain itu, Wardina juga berkata...

"Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik...."


Wardina sedar implikasi kehadiran dan tindakannya malam itu. Jadi mengapa hadir? Sebab "disuruh"? Kalau Nik Nazmi suruh Wardina makan taik, maka perlu diikut juga sebagaimana yang "disuruh"? Sudah sedar implikasinya negatif, tapi Wardina harung juga. Jadi, sendiri tanggunglah...

Hanya diberi tempoh 10 minit untuk Wardina berucap? Berbaloi ke? Nampaknya Wardina dipermainkan Nik Nazmi lagi. Orang macam tu ke yang Wardina kawan? Kawan yang mempergunakannya untuk tarik crowd? Wardina tak sedar ke dia jadi alat politik Nik Nazmi??? Atau sengaja membiarkan diri diperalatkan?

Rasanya, Nik Nazmi mungkin cuba mengatur pertemuan antara Azmin dan Wardina. Ucapan yang hanya mengambil masa 10 minit mungkin hanya "alasan". Azmin ada "crush" pada Wardina ke? Mungkin Azmin sudah lama makan hati berulam jantung akibat "dimadukan" isterinya Shamsidar!

Dan Wardina tambah perasanya lagi...

"Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir...."


Opsss..!!! Tidak semua blogger berfikiran sebagaimana Wardina. Yang berfikiran seperti yang Wardina katakan itu majoritinya adalah blogger-blogger Pakatan Haram yang hilang rasional berfikir. Blogger pro-UMNO/BN jarang begitu. Jika berlaku pun, kami akan mohon maaf. Tak caya tanya rakan-rakan saya yang lain...

Biasanya, yang mencaci cerca, mencarut dan sebagainya ialah blogger Pakatan Haram. Ini memandangkan mereka telah diberi lampu hijau dan di"halal"kan untuk berbuat demikian oleh Mursyidul Am agama PAS, Nik Aziz Nik Mat. Lagi pun, mereka sudah "dijamin syurga" oleh Nik Aziz. Tak caya? Tanya rakan-rakan saya lagi...

Saya ingin sarankan agar Wardina menggunakan akal dan fikirannya yang matang untuk perjelaskan perkara di bawah ini...


Apa maksud Wardina dengan apa yang dikatakan pada twitternya kepada Shahrizat Jalil itu? Wardina nak "sitting in there doing what you're doing"?

Wardina nak buat ucapan penggulungan di Parlimen juga? Jika begitu, Wardina kena jadi politician dan kemudian perlu menjadi seorang Menteri seperti Shahrizat! Wardina juga perlu buat apa yang Shahrizat buat...kan?

Wardina nak jadi ahli politik dari parti mana? Wardina nak bertanding di Parlimen mana? Siapa yang nak lantik Wardina jadi Menteri? Katanya tadi tak mahu dikaitkan dengan parti politik, nak libatkan diri dengan politik pun tak hingin, katanya.

Ni apa cerita ni? Ni cakap pakai akal dan secara ilmiah ke tidak ni? Menjengkelkan ke tidak ni? Tu laaa...kawan lagi dengan Nik Nazmi tu..kan dah jadi lebih kurang macam dia jugakkk...!!!

Rasanya perkara ini Wardina belum jawab dan kita perlukan penjelasan dari ibu cantik jelita ini...!!!

p/s: Asyik lawan Mak Lampir jer...nak jugak usik Wardina sesekaliii..! Heh!
Posted by DukeOfUMNO at 8:30 PM

(sumber;http://dukeofumno.blogspot.com/2011/06/panasss-warkah-cinta-untuk-wardina.html)



YB Dr.Halimah (Adun PAS Selat Kelang) Dan Wardina Di BANGI...
zmsegamat kata: JANGANLAH la malu2 nak mengaku. tak kesah pun, dan tak jadi kudis pon kalau wardina nak sokong PKR,PAS,DAP dan pembangkang. tu hak wardina. CUMA harap jangan jadi HIPOKRIT sudah la, dan jangan MENGIGIT jari yang sedang menyuap makanan ke mulut kita..

8 comments:

I Am a Full-Time Housewife said...

Salam. Kepada Wardina,

Jika benar puan tidak mahu diri puan dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Jangan memperlihatkan diri anda menyokong mana - mana parti politik.

Seperti tidak menghadirkan diri dengan acara yang dianjurkan oleh parti membangkang dan yang lebih penting sekali jika benarlah puan memang tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti politik JANGAN sekali lagi JANGAN berkerja dengan mana - mana syarikat yang dinaungi oleh KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

Saya sarankan kepada puan agar berhenti dari berkerja dengan TV3 kerana ia adalah sebuah syarikat GLC dibawah naungan KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

Anonymous said...

pemepuan ni dia perasan dia cantik sangat, pandai sangat, bagus sangat. padehal sekolh pun setakat so so jer. cakap artis lain selain dia adalah bodoh. TV3 , RTM , ASTRO ,boikot pempuan perasan ni. biar kan dia di bayar oleh PAS masa pegi ceramah tu..melingkup lah kau pempuan bernama wardina perasan..minah perasan ni janagn di biar kelaur televisyen lagi..biarkan dia pergi berceramah dan orang2 PAS/PKR kutip derma bayar upah ceramah tu..

Anonymous said...

Wardian nak sokong sesapa pon suka hati la. Takde orang kesah pon. Tapi wardina selalu hipokrit, mengaku tak sokong sesapa, tapi gerak geri, tulisan wardina di tweeter tu selalu membayangkan ideologi wardina ke arah mana.

Orang "bijak" macam wardina ni patutnya pandai fikir, implikasi atas setiap perbuatan wardina. Bukan sekali 2 wardina menampakkan ideologi wardina tapi dah berkali2.

Saya sarankan wardina berhentila dengan TV3, keje dgn TVSelangor. InsyaAllah akan lebih mudah kerja wardina sebab ideologi yang sama. Jgn kerja dgn TV3 lagi sebab TV3 ni memang asyik kena balun, sumpah seranah dengan kawan2 wardina dalam PR tu....

Anonymous said...

Cakap berbelit2 la wardina ni..

Klu sokong PKR cakap jer la...apa yg payahnya..dah terikut dengan perangai mat jubo, nuar al bontoti ker?? sikit2 nafi..sikit nafi..nyampah pulak aku..

Baru jadi pengacara tv dah nak berlagak hebat...ni la hasilnya ideologi yg di bawa oleh mat jubo penutuh china doll..

org semua salah dia jer betul..lantak kau la wardina..bukan aku kesah pun ko nak jadi aper...x luak pun kat aku...klu ko x jadi pengacara MHI berlambak lagi org lain bolh buat la kerja ko...

Gi la ikut ceramh PAS, PKR yg ko agung2kan sgt....dasar lidah biawak jer dia ni...tok sah kita dok layan la perempuan macm ni...

Shida said...

Allah menguji kepada hambanya yang mampu. Siapa kita untuk menilainya. Bukan kah kita dipersoalkan disana nanti apa sumbangan kita kejalan Allah. Diakhir zaman fitnah semakin berleluasa. Ini lah antaranya!!!

Anonymous said...

Salam, Di harap semua pihak dapat berfikiran rasional didalam hal ini. Kita hendaklah tengok Wardina hadir sebagai NPO...NON POLITIC ORGANIZATION yang menyampaikan ceramah tentang Kekeluargaan...sebagai selebriti, dia tidak bersalah kerana dia tidak wajar dipersalahkan kerana dia hadir untuk kepentingan rakyat bukan untuk PARTI POLITIK...Di harap blogger yang memfitnah beliau agar dapat memohon maaf diatas keterlanjuran...jangan hanya kita tidak suka PARTI PEMBANGKANG...kita menidakkan hak mereka untuk menyampaikan khidmat mereka kepada masyarakat....mudahan2 kita akan beroleh rahmat...Amin...

Anonymous said...

Aku malu pada diriku, dikurniakan Allah - akal fikiran, tetapi tidak dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan.

Aku malu pada diriku, dijadikan Allah - sebaik-baik kejadian (makhluk), tetapi berkelakuan buruk dan lebih teruk dari makhluk binatang.

Aku malu pada diriku, dianugerahkan Allah - kesempurnaan (tidak cacat), tetapi tidak digunakan untuk mendapat keredhaan Allah dan menafaat makhluk lain.

Aku malu pada diriku, diberikan Allah - nikmat rezeki yang melimpah ruah, tetapi tidak dapat digunakan untuk imfak,sedekah dan membangunkan ummah.

Aku malu pada diriku, dikurniakan Allah - sihat (fizikal dan mental), tetapi tidak dapat digunakan untuk jihad dan perjuangan Islam.

Anonymous said...

In this modern world, telling truth, voicing our thoughts is WRONG. Thats why JEBAT DIED AND TUAH IS THE HERO.