Thursday, January 20, 2011

PRK Tenang: Azahar Bukan Calon Payung Terjun – Ahmad Maslan


Azahar Bukan Calon Payung Terjun – Ahmad Maslan

Oleh : Tg Azman Tg Abas

LABIS 19 JAN – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ahmad yang diumumkan untuk menggalas amanah parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bukanlah calon payung terjun sebaliknya merupakan seorang yang aktif di dalam parti.

Menurut beliau Mohd Azahar bukan sahaja pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Pemuda Labis malah turut komited membantu parti selain berkhidmat dengan baik terhadap penduduk setempat.

“Sebenarnya beliau bukanlah calon payung terjun kerana beliau pernah berkhidmat dalam parti sebelum ini dan sehingga ke hari ini beliau begitu komited membantu parti.

“Justeru perkara itu tidak timbul dan kepimpinan bahagian mengalu-alukan keputusan terbabit dan tugas kita selepas ini adalah untuk membantu kemenangan BN pada pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas majlis pengumuman calon yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Datuk Hj Muhyiddin Yassin, di perkarangan UMNO Labis di, sini, hari ini.

Ahmad Maslan seterusnya yakin dengan pengalaman serta kewibawaan yang ada pada Mohd Azahar, beliau mampu memberi khidmat yang terbaik kepada penduduk Tenang sekiranya diberikan peluang kelak. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=29534)

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah UMNO , TAHNIAH MAZLAN , KERANA TELAH BERHASIL MEMBODOHKAN AHLI AHLI UMNO ..

BETUL ... CALON BN SEORANG AHLI UMNO YANG AKTIF ... AKTIF TIDUR WAKTU MESYUARAT ..

SDR MAZLAN .. GUA NAK TANYA SAMA LU ... BILA MASA PULAK DIA AKTIF DALAM UMNO .. DUDUK DIRENGIT TEMPAT LU ..

NAK BODEK , NAK AMPU PUN PATUT PATUT LA ...

DIA NI ORANG ROSDIN alias ORANG KJ

TUNGGU ..... BANYAK LAGI YANG BOLEH DIKOREK

Anonymous said...

BETUL BEB .. BUKAN CALON PAYUNG TERJUN .. TAPI CALON TANKER TERJUN

SELEPAS NI SEMUA DO , ADO KENA RAMAI RAMAI BANTU PASANG BENDERA .. ORANG KAMPUNG DAN AHLI AHLI UMNO BAHAGIAN NI CUMA BARUA PARTI ...ORANG ORANG BODOH YANG PATUH MACAM LEMBU...

Anonymous said...

aku setuju

Calon ni bukan dikalangan ajk bahagian

sebab dia ado, bapak dia juga dulu bekas wakil rakyat, jadi teruskanlah tradisi membela keluarga

arang orang melayu dan ahli ahli UMNO ni apalah ... mereka ni semua lembu ... ikut aje apa pemimpin kata ... sebab itu orang melayu terutama ahli ahli UMNO mudah dibodoh bodohkan ....

HIDUP TOK TENANG

Anonymous said...

kalau macam ni aku pun pening nak pilih sapa sebab kedua duanya bukan bagi untung kat aku

aku pakai kriteria ini sajalah

yang satu boyak kaki tido
yang satu cun

AKU PILIH YANG CUN LAH