Tuesday, January 11, 2011

PRK DUN TENANG: PAS Tidak Tenang di DUN Tenang

Monday, January 10, 2011
PAS Tidak Tenang di DUN Tenang

Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor, AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK) pada awalnya dikatakan menjadi calon popular PAS di DUN Tenang. Mazlan katanya adalah calon sesuai kerana anak jati Johor dan mampu untuk menarik undi daripada pengundi Felda di Tenang. Namun ketika hari penamaan calon makin hampir pada 22 Januari ini, nama Mazlan Aliman dilihat kurang popular di kalangan orang Felda.

Ini kerana tindakan Mazlan Aliman berbohong kepada 354 orang Felda Kemahang 3 untuk menyaman Felda sebanyak RM11 juta, sedangkan secara tidak sedar Mazlan dan kumpulan peguam akan cuba mengaut 30% untung daripada jumlah saman tersebut. Termasuklah tindakan Mazlan menipu letter head surat, isi kandungan surat palsu yang mengatakan ada projek naik taraf jalan bernilai RM185 juta di Felda serta menipu tandangan dan jawatan dalam surat yang dijadikan modal kempen Mazlan Aliman memburukkan Felda. Mazlan dilihat menjadi liabiliti kepada PAS disebabkan pembohongan tersebut telah diketahui oleh pengundi pengundi Melayu di Felda. Jika Mazlan diletakkan juga sebagai calon, PAS bakal hilang undi dari pengundi saluran satu di Felda serta golongan wanita yang menjadi pengundi penentu di Tenang.


Normala (berbaju hijau) bersama pemimpin wanita PKR dalam Konvensyen Keadilan Wanita Johor di Hotel Paragon, Johor Bharu. Normala mewakili Dewan Muslimah PAS Negeri Johor.

PAS mula mencari calon yang lebih ideal dan mampu menarik pengundi atas pagar, wanita muda, golongan pendidik dan golongan pengundi Cina. Calon yang dilihat sesuai oleh PAS adalah Normala Sudirman (Ketua Muslimat PAS Segamat, 38 tahun). Berasal dari Felcra Sekijang dan merupakan bekas guru di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Kemelah (SK LKTP). Normala dikatakan sudah berkempen sejak 6 bulan yang lepas di Tenang untuk PAS. Malah khabarnya meletak jawatan dalam masa 24 jam semata-mata untuk menjadi calon di Tenang. Berdasarkan background sebagai seorang ustazah, Normala dikatakan mampu pergi lebih jauh berbanding Mazlan Aliman.

Nasi ayam turut menjadi bahan kempen PAS di Tenang.

Kekuatan Normala terletak pada kawan baiknya dalam muslimat PAS iaitu Dr June yang mempunyai sebuah klinik keluarga di Pekan Labis. Pengaruh dari Dr June dan sokongan daripada 38% pengundi Cina di Labis dilihat mampu memenangkan PAS di Tenang. Mengapa PAS dilihat begitu teliti dalam soal calon di Tenang? PAS sebenarnya mahu jadikan Tenang sebagai platform mereka untuk menjaja isu di kawasan Felda seluruh negara serta Johor.



14 November 2010, Normala Sudirman menjadi pembentang dalam Program Munasaqah Ucaputama Ketua Dewan Muslimah PAS Pusat di di Kolej Inspens.

Jika Mazlan Aliman yang dipilih dan jadi ADUN suatu hari nanti, pastinya Mazlan Aliman tidak akan sempat duduk di kawasan kerana sibuk menjelajah Felda di seluruh negara bagi memburukan Felda. PAS sebenarnya tidak tenang dalam soal calon kerana bimbang kekalahan berterusan di Galas dan Tenang adalah petanda tidak baik untuk mereka dalam politik. Itu adalah petanda orang Melayu sudah tidak suka pada PAS bila berkawan baik sangat dengan DAP. Sementara di pihak DAP pula, mereka juga tidak tenang bila ada perjumpaan tertutup antara Presiden UMNO dan Murysidul Am PAS pada 25 Disember 2010 lepas. Isi kandungan perjumpaan itu yang membuatkan DAP jadi lebih tidak tenang. Pada 16 Januari 2011 ini, PAS akan umumkan calonnya di Tenang, kesilapan memilih calon seperti di Galas tentunya tidak mahu diulangi oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Posted by Azrinizam Ibrahim at 7:59 PM

(tqvm sumber;http://anginperubahan.blogspot.com/2011/01/pas-tidak-tenang-di-dun-tenang.html

No comments: