Friday, January 14, 2011

Tak Perlu Tunggu PRU 13, Tunaikan Janji Di Selangor Dahulu


Tak Perlu Tunggu PRU 13, Tunaikan Janji Di Selangor Dahulu

Oleh : Mohd Nasri Zakariah

KUALA LUMPUR 13 Jan – Penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 untuk melaksanakan Program 100 yang dicadangkan itu malah mampu melakukannya sekarang tanpa menunggu pilihan raya akan datang jika mereka benar-benar berkemampuan.

Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed berkata, sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar dan pakatan pembangkang mampu membuat perubahan seperti yang dicanangkan itu di Selangor kerana negeri itu dibawah pemerintahan pakatan pembangkang.

“Mengapa perlu menunggu sehingga PRU 13, dia boleh lakukan perubahan yang dikatakan itu di Selangor, dia adalah penasihat ekonomi Selangor, jangan hanya pandai bercakap sahaja tapi tidak mampu melakukannya.

“Ini adalah perangai Anwar dan pembangkang, mereka akan menabur pelbagai janji untuk menagih sokongan daripada rakyat, pembangkang sudah banyak membuat pelbagai janji tetapi sehingga kini perkara itu masih tidak terlaksana.

“Di Selangor ini, pelbagai janji yang dibuat oleh pembangkang ketika pilihan raya dahulu, tetapi apabila dah dapat, apa yang dianjikan itu hanya tinggal janji sahaja, hanya pemberian air percuma sahaja yang mampu dilakukan oleh mereka, itu pun bukan semua yang dapat,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perancangan pakatan pembangkang yang mengemukakan tawaran Program 100 hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan jika memenangi PRU Ke-13.

Antara tawaran yang dicadangkan untuk program 100 hari adalah imbuhan khas perguruan sebanyak RM500 sebulan, penstrukturan subsidi minyak, subsidi gas memasak serta sistem tol di bawah pengurusan Plus.

Md Zin berkata, memang mudah untuk pembangkang membuat pelbagai janji tetapi apabila ingin melaksanakannya pelbagai helah dan alasan diberi untuk menutup kegagalan menunaikan janji yang dibuat.

“Itulah pembangkang, mereka akan buat pelbagai janji, itu semua adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama ketika menjelang pilihan raya, sama ada pilhan umum mah upun pelihan raya kecil.

“Rakyat kini sudah pandai menilai dan tidak akan terpedaya dengan apa yang mereka janjikan seperti pilihan raya umum lalu. Buktinya mereka gagal dalam melaksanakan apa yang diajanjikan walaupun mempunyai kuasa seperti di Selangor,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar dan tidak terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang sememangnya terkenal dengan membuat pelbagai janji hanya sekadar untuk menutup kelemahan mereka. -MediaUMNO.


(sumber;http://umno-online.com/?p=29091)

No comments: