Thursday, January 20, 2011

PRK Tenang: Pemilihan “Tok i” Tepat, Berkebolehan – Cikgu Rusdin


Pemilihan “Tok i” Tepat, Berkebolehan – Cikgu Rusdin

Oleh : Tg Azman Tg Abas.

LABIS 19 JAN – Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Hj Rusdin Mahamod menyifatkan pemilihan Mohd Azahar Ibrahim, 39 sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Labis sebagai pemilihan yang tepat.

Menurut beliau, kepimpinan bahagian amat mengalu-alukan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan akan berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk memastikan kemenangan BN dengan majoriti berganda.

“Beliau dikenali sebagai “Tok i”…dan kami yakin dan tidak ada syak serta ragu-ragu dengan kebolehan serta kewibawaan yang ada pada “Tok i” sebagai calon BN. Kami juga percaya, jika kepercayaan yang diberikan oleh pengundi kelak, beliau boleh melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Lagi pun beliau bukanlah asing bagi kami kerana sebelum ini beliau adalah bendahari kepada Pemuda UMNO bahagian yang pada waktu itu dipimpin oleh saya sendiri dan kerjasama dengan beliau telah lama terjalin.

“Saya sendiri cukup baik dengan keluarga beliau. Malah sebelum ini, arwah ayah beliau meninggal dipangkuan saya. Jadi tidak ada masalah bagi saya dengan keputusan pucuk pimpinan memilih beliau sebagai calon BN,” katanya.

Tambah beliau lagi, “Tok i” cukup dikenali oleh penduduk di sekitar DUN Tenang kerana khidmat bakti beliau sebagai kakitangan kerajaan yang telah banyak membantu penduduk setempat.

Justeru tegas beliau, UMNO bahagian akan bekerjsama rapat dengan parti-parti komponen memastikan “Tok i” akan menang pada hari pengundian nanti.

“”Tok i” adalah batang tubuh yang dipinjamkan kepada BN dan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk memenangkan parti. Yang kita perlu utamakan hari ini adalah parti sepertimana yang ditekankan oleh pucuk pimpinan,” katanya. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=29500)

No comments: