Thursday, May 14, 2009

Wednesday, May 13, 2009 Kayveas seperti duri dalam daging kepada BN – Syed Ali


Wednesday, May 13, 2009

PARTI Progresif Penduduk (PPP) pimpinan Datuk M. Kayveas perlu ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) kerana sikapnya seperti duri dalam daging.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, selagi PPP berada dalam BN, selagi itulah ianya akan menjejaskan kredibiliti BN di mata rakyat.

“ Perangai Kayveas bukan sahaja menimbulkan kemarahanan sesama ahli parti, malah turut menyusahkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.

Katanya, Mesyuarat Tertinggi BN pada 18 Mei ini perlu mengambil ketetapan tegas menyingkirkan PPP kerana perlakuan presidennya yang mementingkan diri sendiri.

Syed Ali berkata, Presiden PPP itu sudah pun membuat ugutan untuk keluar daripada BN dan hasratnya tidak perlu dihalang.

“Dia dah ugut untuk keluar BN, maka saya desak Majlis Tertinggi BN supaya menyahut cabaran Kayveas,” tegasnya.

Semalam, Kayveas membuat ugutan secara terbuka untuk membawa PPP keluar daripada BN jika parti itu tidak diberikan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Malah beliau mendakwa kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Taiping disebabkan pemimpin BN mahu melihatnya kalah.

Syed Ali berkata, walaupun Kayveas tidak ada pengikut, tetapi tuduhan beliau itu amat berat dan perlu dipandang serius.

Beliau kesal kerana PPP sebagai rakan BN lebih gemar mencetuskan masalah dalaman menerusi media daripada berusaha menyatupadukan rakyat.

Katanya, dalam situasi sekarang sepatutnya PPP mendokong aspirasi Najib selaku Perdana Menteri untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Sebaliknya tegas beliau,PPP terus bersifat angkuh dan tidak ada semangat setiakawan sesama BN.

“PPP sudah hilang pedoman perjuangannya manakala Kayves pula sering bermimpi kononnya dia masih berkuasa dan berpengaruh,” katanya.

Posted by syed ali alhabshee at 12:17 PM 3 comments

(sumber;http://umnobahagiancheras.blogspot.com/)

1 comment:

Suara Siswa said...

yup! sy sokong!Kayveas seperti duri dalam daging kepada BN..Sy sendiri penduduk Taiping xpernah nampak Kayveas turun padang. Kalau adapun setahun sekali. Salah siapa dia kalah? xjaga parlimen sendiri! ala2 pemimpin hindraf.. Kayveas xdiperlukan lagi dlm BN, mindanya sudah dibeli pakatan. Bagi penyokong parti PPP,jika Kayveas keluar parti teruskan menyokong BN. Keputusan Kayveas bukan keputusan akar umbi parti.