Tuesday, May 19, 2009

TPM minta Terengganu banyakkan ruang niaga


MUHYIDDIN dan Ahmad minum petang bersama pemimpin setempat di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada lawatan ke Pasar Besar Kedai Payang dan Hentian Bas Kuala Terengganu, semalam. (berita harian 17.05.20090





ARKIB UTUSAN : 17/05/2009
TPM minta Terengganu banyakkan ruang niaga

KUALA TERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Kerajaan Terengganu menyediakan lebih banyak ruang perniagaan di sekitar bandar raya ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga berniaga di tempat yang lebih selesa.

Beliau yang berusaha menyelami sendiri hati rakyat dengan melawat peniaga di Bazar Warisan, Pasar Besar Kedai Payang dan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dalam lawatan kerja pertamanya ke Terengganu hari ini berkata, ini penting bagi memastikan mereka dapat berniaga di tempat yang sesuai dan selesa.

Muhyiddin yang berjalan kaki sepanjang lawatan berkenaan turut mengambil peluang beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung ketiga-tiga premis yang dilawatinya itu.

"Saya perhatikan sendiri banyak ruang perniagaan di bandar raya ini sudah dipenuhi dan diharap lebih banyak ruang disediakan untuk golongan terbabit menjalankan perniagaan.

"Walaupun ada segelintir peniaga yang merungut tetapi ramai yang berpuas hati dan dengan perkembangan yang berlaku sememangnya kuasa beli di sini sudah semakin tinggi," katanya kepada pemberita selepas lawatan berkenaan.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, Exco kerajaan negeri, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.

Muhyiddin turut melahirkan perasaan kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakyat di negeri ini yang ternyata rajin serta berminat menjalankan perniagaan.

Katanya, dengan keupayaan yang ditunjukkan jelas membuktikan mereka boleh maju dalam bidang yang diceburi.

Beliau seterusnya meminta wakil rakyat supaya kerap turun padang untuk mengetahui sendiri masalah yang dihadapi golongan itu dan berusaha menyelesaikannya.

komen zmsegamat;

YAB Menteri Besar Terengganu bole buat lawatan sambil belajar ke Dataran Pahlawan, Banda Hilir Melaka. Belajar sikit-sikit dengan YAB Dato Seri Mohd Ali Rustam, camana boleh bina tempat berniaga seperti Dataran Pahlawan yang selesa, cantek, bersih dan ada nilai-nilai sejarah..

2 comments:

Anonymous said...

Di Kuala Terengganu, selain dari ditambah ruang niaga, kebersihan juga perlu di ambil perhatian terutamanya kebersihan tandas yang amat terabai..

YANG GAMBI said...

Pertama, kawan setuju amat dengan komen dari Anonymous tu.

Kedua, kawan risau sikit, bila ruang niaga ditambah macam cadangan TPM, kawan rasa ramai lah manusia tak malu (orang yang asyik kutuk UMNO/BN) datang terhegeh-hegeh, tersengeh-sengeh minta diberi peluang.

Lepas tu, bila dah senang, golongan ni mula lah tunjuk belang, sumbang kat PAS, hemtam pemimpin UMNO/BN di Trengganu. Manuasi jenis ni bukannya suka mengenang budi....... Kerajaan Trengganu perlu bijak mengenal Musang berbulu ayam......

yanggambi.blogspot.com