Wednesday, April 22, 2009

Pencuri kasut ditambat


Tuesday, April 21, 2009
PENCURI KASUT DITAMBAT

Mencuri kasut di masjid. Perbuatan itu sering berlaku walaupun perlbagai usaha dilakukan. Meskipun ternyata hukuman perbuatan itu, namun masih ada lagi yang sanggup melakukannya.

Di masjid Jamek kampung Baru Kuala Lumpur siang tadi saya terserempak dengan pencuri kasut di bahagian belakang masjid itu. Tangannya diikat pada sebatang tiang. Tanda 'saya pencuri kasut' disangkutkan pada depan dan belakang badannya. Melihat pada tanda tulisan itu yang di 'leminate' kan, saya menjangka perbuatan itu sering berlaku di masjid berkenaan.

Persoalannya adakah wajar hukuman mengaibkan sipencuri itu dilakukan? Jika tidak wajar apakah hukuman yang sepatutnya dikenakan. Dan apakah langkah lain untuk menghindarkan kecurian itu?

(sumber;http://penaleklook.blogspot.com/2009/04/pencuri-kasut-di-masjid-diaibkan.html)

1 comment:

MPP said...

Hehehehe... baru padan dengan muka dia. Mau tambah kerengga sikit baru best.

Aku pun dah beberapa kali kasut kena curik masa Jumaat.

Nak ambik kasut orang lain tak sampai hati pulak, last2 aku "balun" naik moto tak pakai kasut.

Kesian kat aku.