Sunday, April 12, 2009

Lawak; MIC pula nak buat hal


MIC pula nak buat hal…

Isu kabinet baru nampaknya tak habis lagi.Ibarat rumah siap pahat masih berbunyi.Setelah MCA senyap kerana rasa tak cukup wakil muncul pula kisah MIC nak buat hal.Ikut cerita yang makin bertiup kencang Datuk Seri Samy Vellu ‘tak seronok’ kerana MIC dapat portfolio Menteri Sumber Manusia yang diberikan kepada Datuk Dr S. Subramaniam.

Hajat dihati ialah Kementerian Kerjaraya yang lama dipegang oleh Presiden MIC itu.Selepas pilihanraya umum Mac 2008 jawatan itu diberi kepada UMNO menerusi Datuk Zin Mohamad dan terbaru kepada Datuk Shaziman Abu Mansor pula.

Samy Vellu juga dikatakan mempersoalkan kenapa beliau tidak dilantik Menteri sedangkan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon dapat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau dikatakan mahukan jawatan menteri sebagai talian hayat untuk menguatkan balik pengaruh politiknya.

Sebagai langkah nak tunjuk tak puashati parti itu dikatakan sedang timbang cadangan nak lepaskan satu jawatan menteri dan dua timbalan yang diperuntukkan dalam barisan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dua jawatan timbalan Menteri yakni Wilayah Persekutuan disandang oleh Datuk M. Saravanan manakala Datuk S. K. Devamany di Jabatan Perdana Menteri
.
Jadi ke tak jadi gertak MIC itu belum dapat dipastikan lagi.

Selain dari menjadi bahan bualan ,sebilangan laman blog politik telah mempersoalkan kewajaran Samy Vellu dan MIC nak buat hal.

Ini kerana pengaruh parti itu dikalangan masyarakat India yang merudum semasa pilihanraya Mac lalu belum ada tanda-tanda bangun balik setakat ini.

Parti itu dikatakan perlu membuktikan ia mampu menyengat terlebih dahulu.

Malah ada yang menilai Samy Vellu sudah melampau kalau nak buat tuntutan jawatan yang secara tidak langsung mempersoalkan perogratif Perdana Menteri dalam menentukan barisan kabinet.

Soal tidak puashati dalam pembahagian kerusi kabinet bukanlah satu hal yang asing setiap kali ada rombakan.

Ia bukan saja berbangkit dikalangan parti komponen tetapi dikalangan pimpinan UMNO sendiri seperti tiadanya wakil Perlis yang disuarakan Pengerusi Perhubungannya Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Shahidan UMNO Perlis menang besar masa pilihanraya lalu.Sekalipun kecewa beliau menerima baik penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang minta semua pihak hormati keputusan Perdana Menteri.

Rasa tidak puashati juga selalu berbangkit semasa pembahagian kerusi pilihanraya.

Contohnya ada kawasan-kawasan yang majoriti Melayu terpaksa diserahkan kepada calon MIC atas semangat Barisan Nasional.

Sebelum piliharaya kecil Bukit Selambau,di Kedah yang baru selesai ,UMNO Bahagian Merbok telah menuntut agar kerusi itu ditandingi oleh calon parti.

Tidak puashati satu hal tetapi untuk tunjuk protes terbuka seperti yang dikatakan hendak dibuat oleh MIC adalah satu hal lain.

Ramai kalangan pemerhati politik tidak nampak ‘ sandaran ’ MIC untuk membuat tuntutan itu berasaskan pada bilangan kerusi parlimen yang dimenanginya.

Ada juga yang nampak sekalipun Samy Vellu menang balik tanpa bertanding jawatan Presiden MIC tetapi dikaca mata ramai beliau tetap menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional.

Persepsi negetif ini timbul kerana dikala semua parti utama komponen itu sudah melalui peralihan kepimpinan, Samy Vellu terus nak bergayut pada jawatan yang disandangnya berpenggal lamanya.

Dalam pada itu walaupun Presiden MIC itu mendabik dada masih berpengaruh dalam partinya namun kehadirannya yang dikatakan menyakitkan mata sebahagian besar masyarakat India kerana mendawka beliau gagal perjuangkan nasib mereka.

“Cukup-cukuplah tu…” kata seorang pemerhati yang berharap pucuk pimpinan Barisan Nasional tegas berdepan dengan karenah MIC.-11/4/2009




Printable Version | Email to a Friend
(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

No comments: