Wednesday, April 8, 2009

MUHASABAH sebelum MUSIBAH

MUHASABAH SEBELUM MUSIBAH


Saya sempat ke Bukit Gantang untuk melihat perkembangan pilihanraya kecil di kawasan tersebut bersama dengan kawan-kawan yang berminat. Secara rambang saya melihat perang poster yang berlaku adalah sama-sama hebat.

Perbedaan utama yang ketara seperti pilihanraya kecil yang lain adalah semangat pekerja PAS adalah tinggi. Ini kerana mereka mempunyai matlamat untuk menang yang jelas, Bersatu menumbangkan BN. Ternyata mereka berjaya.

PAS memang mempunyai pengikut setia dan jentera yang terkenal kemas. Ini mungkin kerana penyertaan generasi muda yang bergabung dengan pengikut lama yang berpengalaman.

Agak menarik apabila melihat PAS lebih sistematik dan kreatif dalam penyaluran matlamat perjuangannya. PAS dan PKR ternyata mempunyai aktivis yang berkerja kuat untuk menjayakan matlamat perjuangan.

Mereka menggunakan pelbagai pendekatan yang berkesan, sistem analisa teknologi maklumat, multi media untuk menyampaikan ceramah pemimpin walaupun penceramahnya tidak berada disitu, sms, payung bulan, pelbagai poster berwarna, slogan-slogan berkesan, simbol bulan lambaian tapak tangan, perayu undi yang bekerja siang dan malam dan sebagainya.

Satu-satunya kreativiti yang tinggi yang pernah saya lihat pada UMNO adalah semasa persidangan UMNO di PWTC yang lalu. Malangnya, kreativiti ini tidak terlihat semasa pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai. Ini Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor boleh jawab.

‘Flood Gate’ telah dibuka oleh Pak Lah bagi kebebasan rakyat dan penyuburan demokrasi yang sebebas-bebasnya. Terpulang kepada Najib bersama pasukan untuk mengharunginya. PAS banyak membuat pengorbanan prinsip untuk menang, Islam dan Melayu diletakkan di ‘back seat’ untuk mencapai kemenangan dalam kerencaman rakyat.

Lepas ini akan banyaklah permintaan dari kaum Cina dan India agar mereka diberikan hak samarata dalam bidang ekonomi, lesen, kuasa, tanah, penyebaran agama bukan Islam dalam bahasa Melayu, penghapusan hak istimewa, timbalan perdana menteri bukan Melayu dan sebagainya. MCA dan MIC akan memulakan permintaan-permintaan tersebut dari dalam.

Bagi PAS dan PKR tidak ada tanggungjawab untuk mempertahankan apa-apa prinsip untuk mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Janji dan buang apa pun boleh. Mungkin juga mereka mahukan kuasa dahulu dan yang lain cerita kemudian.

BN perlu melakukan muhasabah diri sebelum di musibatkan oleh rakyat pada pilihanraya yang ke 13 akan datang. Masih ada kurang 4 tahun lagi, tetapi sebenarnya hanya tinggal 2 tahun lagi untuk melihat isyarat perubahan rakyat ke arah BN khususnya daripada pengundi bukan Melayu.

Berdasarkan pilihanraya di Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang dan Selambau, BN masih mempunyai ‘base’ yang tidak kurang. Tetapi undi baru ke arah pihak pembangkang. Terpulanglah kepada pemikir-pemikir mereka untuk bekerja kuat memikirkan strategi yang terbaik untuk kesinambungan yang akan datang.

(sumber;http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/04/banjir-dari-dua-bukit.html)

No comments: