Thursday, October 20, 2011

Mufti Perak, Tan Sri Harussani antara penceramah Himpunan Sejuta Umat



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang juga ulama berpengaruh yang mencadangkan undang-undang anti-murtad digubal adalah antara penceramah utama pada Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Pengerusi bersama acara itu, Yusri Mohamad berkata, selain Harussani, beliau dan pengerusi bersama Mohd Azmi Abdul Hamid, yang juga pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia, akan menyampaikan ucapan.

“Harussani adalah seorang daripada penceramah yang dijadual menyampaikan ucapan pada perhimpunan itu. Kami berharap dapat menarik lebih 100,000 orang dari seluruh negara untuk datang ke stadium Shah Alam,” kata Yusri.

“Selain wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sarjana agama Indonesia Yusuf Mansur juga akan menyampaikan ceramah. Bagaimanapun, senator Ezam Mohd Nor dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin bukan antara penceramah yang disenaraikan walaupun kami telah menjemput semua badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengambil bahagian,” katanya kepada Malaysiakini.

Harussani adalah orang yang mencadangkan pembentukan undang-undang anti-murtad untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab menyebabkan umat Islam yang meninggalkan agama mereka. Katanya, penggubalan undang-undang itu adalah penting kerana gejala murtad ibarat virus yang menyerang umat Islam ketika ini.

Idea mufti Perak itu disokong oleh pelbagai pihak termasuk mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Himpunan Sejuta Umat itu selama empat jam itu dijadualkan bermula pada jam 2 petang dengan tujuan “menyelamatkan akidah umat”.

Lebih daripada 29 NGO telah mengesahkan penyertaan dalam perhimpunan itu. Antara mereka Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, dan Persatuan Ulama Malaysia.

Yusri berkata perhimpunan tersebut untuk mendapatkan sokongan semua umat Islam terhadap mereka yang cuba memurtadkan mereka.

“Itu sebabnya kita juga menjemput Pemuda PAS, Pemuda Umno dan Wanita Umno untuk menyertai bersama. Kita juga mengalu-alukan umat Islam daripada semua lapisan hidup untuk hadir, “katanya.



Sumber : MalaysiaKini

(sumber;http://himpun.org/harussani-antara-penceramah-himpunan-sejuta-umat)

4 comments:

Anonymous said...

HIMPUN...

tapi mengapa utusan, blogger2 umno terlalu ghiarah.. memaksa orang lain hadir? berbanding perhimpunan rakyat bagi gerakan anti-fitnah liwat, gerakan anti-korupsi, gerakan anti ISA, gerakan anti-PPSMI, gerakan anti-kenaikan harga minyak, gerakan BERSIH dulu.. semua jentera & media kerajaan UMNO/BN memusuhi himpunan rakyat dgn pelbagai usaha ......... apa kerajaan umno/bn lakukan kpd penganjur & peserta perhimpunan aman rakyat sebelum ini? melayu sekular umno yang penuh double standard & hipocracy!

HIMPUN--Anti-Murtad---

perlu kaji elemen syirik & kesongsangan akidah dalam ideologi sekular umno itu sendiri selama ini yang mungkin punca menjurus kepada gejala murtad hari ini!

Tak payahlah belaci2 jahil umno menyumpah seranah kpd PAS, PKR, dll yg 'tawar hati' dengan ajakan "palsu" yg memungkinkan HIMPUN diperalatkan untuk menutup "kebatilan,kemungkaran,kezaliman & kemunafikan" umno selama ini?!

Biarlah kita makmurkan masjid2, rumah2 kita, tempat2 kerja kita dgn program2 Islamic, majlis2 ilmu, usrah, dakwah, tarbiyah bagi mengembalikan umat kepada Islam yang hakiki & syumul supaya gejala murtad dihapuskan!

Wahai ummat, ambillah pengajaran sirah -- "Allah melarang Rasul SAW & sahabat2nya hadir di majlis anjuran para munafikin madinah yg diadakan dalam Masjid Dhirar"

Apakah kita bersyubahat dgn umno -- sedangkan umno sendiri tidak mahu berubah & terang2an tidak berhajat kepada pelaksanaan hukum-hakam Allah dgn sebenar2nya, malah persendakan dgn hujjah yang dangkal ....

HIMPUNlah bersama umno.... tapi maksiat & murtad masih berleluasa.. ... BIJAK & berhikmahkah Anda? atau dicucuk hidung?

Anonymous said...

perghh..anon (1.32am) dah salah tafsir perhimpunan ni sebagai perhimpunan umno..

ini bukan phimpunan anjuran umno..ini NGO yg buat..untuk menyuarakan kebimbangan mengenai gerakan murtad dari pendakwah agama lain yg semakin secara terangan memurtadkan anak muda Islam.

Tak faham betul aku..semua benda nak dipolitik.. yg NGO bersih tu sah perhimpunan haram PAS/PKR leh join pulak..walhal terangan pemimpin NGO terbabit merupakan dalang kepada gerakan murtad di Malaysia.

Siapa yang balaci sebenarnya?

Anonymous said...

pamjang hujah anon yg 1 tu apa2 je lah ....apa saja utk tutup kelemahan sendiri... pekong yg semakin bebau semakin lama semakin busuk semakin hanyir...benanah berlendir... haru haru...haru biru huuh...

Anonymous said...

wahai, habih tu DAP mau berubah...?terang2 dah cakap mau negara Islam langkah mayat depa dulu...Tapi tak pe lak bersubahat semata2 kepentingan politik...
Sebenarnya politik Islam tu tak semesti perlu menang..kalau tak dapat kuasapun tetap boleh seru Islam...Parti Islam yg menang kat Mesir pun tak ghairah jadi ketua untuk perintah negara...yang penting apapun seruan islam dapt diteruskan...samada mereka ditekan suatu waktu dahulu hingga sekarang Allah memenangkan mereka...
TAPI bersekongkol dengan golongan yang anti Islam (spt DAP) sekali2 depa tak buat...kempen lak lak siap buat lawak2 mengutuk orang...ish ish ish...nauzubillah.