Tuesday, October 25, 2011

Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan



KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula dari tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Januari lepas bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur. — BERNAMA

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

6 comments:

amnitpg said...

Kalau boleh selesai dalam 700 hari ok juga sebab selesai tetapi bagaimana pula bagi kes-kes yang terlepas pandang dan luput begitu sahaja ?

Tanya lah mana mana pengusana pengangkutan awam , siapa yang tidak diberikan perlindungan oleh penguatkuasa?

Anonymous said...

kene tengok siapa pengerusi LPKP 2008-2010,sibuk dok cari "ali baba" bas dan teksi utk cari duit lebih,kerja sendiri lupa nak buat...mungkin dia xdapat untung "tangkap dan dakwa",tue yang sampai 700 hari nak buat,756hari tue pun sbb ada masa nak belek2 bro..hahaha

Anonymous said...

pengerusi thn 2008 tue suke tgk org kencing jaa....bayar lepas laa,kalau xbayar,kencing pemandu dia simpan,jd bahan bukti time pendakwaan...tapi raya ramai laa dok sibuk bagi air kencing..sbb dia dah jamin xda excedent konon...peace no war...

Anonymous said...

Tak perlu tapis2.. tulis saja nama si Markiman Kobiran. Dah jelas zaman dia LPKP failed!

Sbb tu la DS Hishammuddin pun nampak lembik sekarang sbb dpt SETPOL tak boleh buat kerja.

Tapi sekarang dia syok sbb org lain kena cuci taik dia.

Anonymous said...

aku rasa halimah kene buat pc arr,LPKP xsalah,yang salah yang xbuat keje cam halimah tue...jangan dok bising pasal teksi cekik darah je tau,rm20 hinggit pon berkira dengan teksi,malu laa wei...dia pon join buat aduan...hanya publisiti murahan jaa...

Anonymous said...

aku rasa bro,si markiman nie lebih baik sikit dari si limah nie,sebab si limah lagi arr teruk...janji punya janji sampai skunk xsetel2 pasal operator bas...ngarut jaa byk...si limah nie janji buleh setel..tp apa pun tarak...aku mmg panas sbb aku or kawasan dia,turun pon kurang...tah laa..makan gaji buta je kot...si limah nie ckp ja pandai...mmg patut pon SPAD ambik alih,sbb limah nie yg xbuat keje..pemalas!!