Monday, December 20, 2010

Apamacam Soi Lek lwn Mazlan Alimin untuk Tenang?

Monday, December 20, 2010
Apamacam Soi Lek lwn Mazlan Alimin untuk Tenang?

Lu bising tara guna, MCA boleh menang atau kena tanam?

Semua sudah mengetahui bahawa kita akan berdepan dengan satu lagi PRK ekoran kematian Adun Tenang Dato Sulaiman Taha pada hari jumaat yang lalu. Bagi saya PRK yang ke-14 ini merupakan satu medan tempur buat MCA membuktikan bahawa sokongan kaum cina telah kembali kepada BN ataupun tidak.

Ini kerana Dun Tenang terletak di bawah Parlimen Labis di mana yang kita tahu parlimen tersebut merupakan kubu kuat Chua Soi Lek. Dalam PRU 11 pada tahun 2004 Chua Soi Lek yang bertanding di Parlimen tersebut menewaskan calon DAP dengan 10,729 undi.

Namun ekoran video skandal seksnya didedahkan, pada tahun 2008 kerusi parlimen Labis ditandingi oleh anak Chua Soi Lek, iaitu Chua Tee Yong walaubagaimana pun kerusi tersebut masih menjadi milik BN walaupun majoritinya agak menurun di mana Chua Tee Yong hanya menang dengan majoriti 4,094 undi.

Untuk kerusi Dun Tenang pula, pada tahun 2004 calon BN iaitu arwah Dato Sulaiman Taha menang dengan 5,517 undi. Akan tetapi majoriti tersebut dilihat menurun pada tahun 2008 sebanyak 3,025 undi. Kerana pada waktu tsunami politik melanda BN hanya menang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi.


Oleh sebab itu saya melihat kerusi Dun Tenang merupakan medan tempur buat MCA untuk memperlihatkan kepada parti kompenen BN bahawa MCA masih relevan di kalangan masyarakat cina walaupun peratusan pengundi cina di kawasan tersebut hanyalah 38% berbanding dengan melayu sebanyak 50% dan diikuti india dan lain-lain kaum.

Tatkala DAP dilihat sudah mempersiapkan jentera kempennya sebagaimana disiarkan oleh portal Malaysiakini hari ini, timbul satu persoalan adakah kerusi Dun tersebut akan ditandingi oleh DAP?

Mengikut rekod kerusi tersebut selalunya ditandingi oleh PAS. Adakah PAS akan memberi kerusi tersebut kepada parti yang ditatang oleh mereka ketika ini?

Persoalan lain yang bermain di fikiran saya adalah, adakah isu video skandal seks Chua Soi Lek akan dimainkan kembali di Dun Tenang untuk mempengaruhi masyarakat cina supaya tidak mengundi BN?

Nampaknya Dun Tenang adalah satu ujian besar buat Chua Soi Lek, namun saya yakin Chua Soi Lek mampu melakukan sesuatu yang drastik sebagaimana beliau bangkit kembali dalam arena politik ekoran isu video seksnya didedahkan.

Kalau PAS masih ingin bertanding untuk kerusi tersebut, saya cadangkan diletakkan Mazlan Aliman sebagai calon, itu pun jika PAS ada telur la...

So.. Dato Chua.. Are You Ready???

Blog Double Y

P/S Kalau Soi Lek atau BN tak boleh menang di Tenang, Soi Lek dan Wee Ka Siong boleh kasi tampal koyob pada mulut!

PAS pulak ... berani atau tidak letak Mazlan Alimin???

(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/2010/12/apamacam-soi-lek-lwn-mazlan-alimin.html)

4 comments:

Sham Segamat said...

Salam bang,

X perlulah bangi kat MCA kerusi tu sedangkan ia turun temurun milik UMNO.

Pastikan saja peti undi masyarakat Cina memilih BN. Jika kalah atau cukup2 makan, x payahlah CSL nak meraban tak tentu arah.

Yang nyata, peti undi Labis mahupun Segamat (Dr Subra, MIC), undi Melayu yang banyak membantu!

ISAC said...

Kawan sokong Sham Segamat December 20, 2010 11:49 AM

Semua nak bagi dia orang apa yang kita tinggal???

Kalau nak tukar dengan kerusi Dr. Subra boleh lah!!!

Tapi bila dah bagi... Adat Melayu X akan ambil balik... Takut buruk siku agaknya...

Melayu Pasir Gudang said...

Calon mesti dari UMNO, Pengarah Pilihanraya kasi kat Chua Soi Lek, kalau kasi MB tunggul kayu jadi Pengarah Pilihanraya mati tak tenang penduduk DUN Tenang.PRK Tenang menguji sejauh mana sokongan orang cina kepada BN kali ini biarkan Chua Soi lek bergolek-golek minta undi Cina. Kalau peratusan cina mengundi BN naik baru Soi Lek layak jadi Presiden MCA.Untuk UMNO pula tumpukan kepada Felda Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang, dengar kata Mazlan Aliman nak tubuhkan Universiti FELDA....Ahmad Mazlan kena tubuhkan Pulak Universiti Felda Chemplak, Universiti Felda Chemplak Barat dan Universiti Felda Tenang.Baru class....

Sham Segamat said...

Cuma kita harapkan orang-orang Labis akan lebih ber`tenang'...

Orang-orang politik ni datang time ni sahaja.. Habis PRK mereka semua akan balik dan `hilang' termasuklah si ANAK tu!

Hubungan sesama kampung, taman, jiran dan masyarakat Labis amnya, tanpa mengira bangsa dan agama perlu lah dipelihara!