Saturday, September 11, 2010

Perkasa tidak perlukan mana-mana pihak


Perkasa tidak perlukan mana-mana pihak

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak memerlukan sokongan mana-mana parti politik untuk membolehkannya berjuang terutama bagi mempertahankan hak Islam dan Melayu seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa amat memerlukan sokongan rakyat negara ini khususnya mereka yang bersetuju dengan agenda perjuangan pertubuhan itu.

‘‘Sejak Perkasa ditubuhkan kami telah menetapkan beberapa agenda perjuangan dan paling utama adalah mempertahankan Perlembagaan daripada dicabul oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

‘‘Selain itu, Perkasa turut memperjuangkan kewujudan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa, mempunyai sistem penyampaian yang cekap serta mesra rakyat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa kerana dikhuatiri ia boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di Putrajaya semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO apabila mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada Perkasa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

Ibrahim berkata, dalam agenda perjuangan Perkasa, pertubuhan itu juga mahukan pemimpin atau wakil rakyat yang beriman, bertaqwa, menjaga solat, celik al-Quran, berakhlak mulia, amanah, mesra rakyat dan tidak sombong.

‘‘Pemimpin atau wakil rakyat juga tidak boleh sama sekali melakukan maksiat, mempunyai sifat tamak haloba dan melakukan perkara-perkara tidak bermoral,’’ katanya.

Mengenai pendirian 13 ahli komponen BN tersebut, Ibrahim berkata, beliau percaya jika Perkasa tidak wujud sekali pun sokongan bukan Melayu kepada BN tetap sama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

‘‘Ia kerana komponen BN terutama pemimpinnya mempunyai bermacam-macam rekod yang boleh menyebabkan rakyat menolak parti itu dan janji Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada mereka,’’ katanya.

Beliau berkata, Perkasa memberi kebebasan penuh kepada mana-mana ahli-ahlinya untuk membuat penentuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0910&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive)

2 comments:

Anonymous said...

Betul lah kata Kunan dan Nazri, UMNO tak perlu PERKASA sebab tu letak menteri orang-orang lembik seperti Hishamuddin tetapi ahli UM<NO perlu malah memerlukan PERKASA sebuah NGO yang mempertahankan hak melayu walau pun siKhaled Johor kata perlu jaga hati kompenan BN yang lain tapi mereka ini masih tak sedar kompenan lain terutamanya MCA sudah tidak memerlukan UMNO. Tak akan mereka ni tak faham , jadi Menetri pun tak faham laku tak letak jawatan .

Anonymous said...

PERKASA tak perlu mana mana parti menyokong nya sekadar sokongan padu dari setiap bangsa yang mengakui diri nya melayu di negara ini. Sudah cukup kerana badan ini hanya perlu sebagai wancana memperingatkan setiap jiwa melayu betapa penting mempertahan hak orang melayu sebagai rakyat raja dinegara ini. Badan ini juga nanti bertindak melindungi nama baik melayu supaya ia tidak dipijak sebagaimana ia nye diperlakukan oleh rasis cina.Syabas kepada Persiden Perkasa.