Friday, September 17, 2010

"Hantar Maklumat Ke Laman Facebook Saya Jika Takut Buat Laporan", - Khalid


"Hantar Maklumat Ke Laman Facebook Saya Jika Takut Buat Laporan", - Khalid

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyelewengan anggota polis di negeri itu tetapi tidak berani membuat laporan supaya menyalurkan maklumat berkenaan ke laman Facebook beliau.

Khalid berkata orang ramai mungkin takut diancam atau diugut jika laporan yang dibuat diketahui oleh anggota yang menyeleweng tetapi ini tidak akan berlaku jika ianya disalurkan terus kepada beliau.

"Orang ramai tidak perlu takut melaporkan sebarang penyelewengan anggota polis kepada pihak berkuasa...kalau tak berani, terus berhubung dengan saya.

"Bagaimana sesuatu penyelewengan itu hendak disiasat jika tiada sebarang laporan yang dibuat dan jika benar ada penyelewengan berlaku kenapa takut untuk membuat laporan?," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Jumaat.

Khalid diminta mengulas dakwaan terdapat anggota polis telah "dibeli" (dirasuah) oleh suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bagi menutup kegiatan jahatnya.

Pada Khamis, Khalid meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kegiatan itu supaya melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman, atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengulas lanjut beliau tidak menafikan terdapat anggota polis yang bergaji kecil tetapi hidup mewah dan berkata unit tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau perkara tersebut.

"Unit tatatertib sendiri yang ditugaskan untuk menyiasat jika seseorang pegawai itu hidup mewah dibandingkan dengan gaji mereka.

"Kita tidak akan melindungi mana-mana anggota mahupun pegawai yang menyeleweng," tegas beliau.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=528408)

4 comments:

Anonymous said...

Betul ker?

Dah buat laporan 11tahun pun takder apa tindakan?

Nah, nak tunggu jadi macam kes Arwah Dato baru nak sibuk2!

CONCON

Unknown said...

Anon 7:24 , ye ke 11 tahun ? cakap biar betul bro !

mana sumber awak dapat ni ? ke main cakap ikut mulut je ?

Anonymous said...

Tindakan tak semesti nya gi mahkamah.. tindakan tatatertib ada...banyak tohmahan tak mempunyai bukti.. paling sial jika dia sendiri buat hal atau anak dia atau keluarag dia buat hal tohmah itu ini.. oop lupa pulak silap anak saudara atau ipar duai dia pun keja polis...Taik lah...puak pembangkang selalu tak puas hati dgn polis jika apolis tak buat kerja anak bini kau telah di liwat kat tengah2 jalan..tak ada orang nak peduli.. jika orang rompak pas tu lari tu menunjukkan undang wujud.. meka takut di tangkap...Kalau jenayah banyak lihat anak sendiri bagaimana.. baik ke ?...naik motor pun tak ada lesen, helmet pun tak pakai..silap2 motosikal pun curi..

Anonymous said...

Polis dikata kan rasuah sebab tak memberi untung pada yang memberi.. pas beri pun sikit.. agensi lain pemeberi dan penerima sama-sama untung" win win situation" mana nak komplen.. mercun tu masuk kot .. mana..siapa yg benarkan? pendatang tu keja siapa...pusat urut/hiburan siapa yg beri lesen..pemberi lesen sepatutnya pantau ambil tindakan.. buka harap pada Polis.. rumah sendiri pun tak mampu jaga. ada anak isap dadah, ada anak lari ikut jantan, ada anak merempit, ada suami ikut bini orang, ada isteri ikut jantan lain.. itu pun polis nak jaga...abis tu anak, isteri, suami polis siapa nak jaga.. sebab itu anak2 polis ada yang jahat...mak bapa sekarang pandai buat anak.. cikgu cubit sikit pukul cikgu..saman cikgu.. bila anak jadi sampah Polis juga dipersalahkan.. sialan maka bapak sekarang ini...