Tuesday, February 2, 2010

"Buat apa saya nak tarik balik kenyataan yang betul?"

"Buat apa saya nak tarik balik kenyataan yang betul?"


Inikah yang membuat mereka yang merasa seperti Tuan Tanah Kedaung "Protected"?


"Uncle Lim, Memang macam tu kee didik anak-anak?"

Sebenarnya DAP tak kalis. Kalis itu "perasaan mereka saja". Mereka merasa potected" oleh sesetenganh kumpulan balaci yang kecanduan politik sehingga hanya menilai rasional politik sehingga khayal dan bermimpi "puterajaya". Adakah dalam mimpi itu ada episod mengkapankan Rakyat Malaysia dan memperdagangkan anak-anak Melayu dan Pribumi?

Semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai seorang yang "berat sebelah". Kenyataan ini menyokong penyataan Zaharin Hasyim bahawa KM Pulau Pinang Lim Guan Eng bersikap Diktator, chauvinist dan berfikiran komunis.

Zaharin sekali lagi mengulangi pendiriannya. "Buat apa saya nak tarik balik kenyataan yang betul......Saya cakap perkara yang berlaku, bukan yang direka... jadi tak perlu nak tarik balik, saya bukan hipokrit," katanya.

Nak tanya Rakyat Malaysia yang empunya kerajaan Malaysia ini, "orang berat sebelah, diktator, chauvinist dan bersikap komunis serta protektor Tuan Tanah Kedaung, layakkah menjadi penntadbir negara ini?
Read more...
Posted by Senjaliza at Tuesday, February 02, 2010 , Links to this post , 1 comments
Labels: DAP, politik malaysia

(sumber;http://senjaliza.blogspot.com/2010/02/buat-apa-saya-nak-tarik-balik-kenyataan.html)
.................................................................................


Selasa Februari 2, 2010
Zahrain: Lim Tetap Seorang Diktator

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim hari ini menegaskan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu tahu siapa lagi pemimpin negeri itu yang menyokong Zahrain membuktikan pemimpin DAP itu seorang diktator.

Zahrain mempersoalkan motif di sebalik kenyataan Lim hari ini yang ingin melihat siapa lagi pemimpin di negeri itu menyokongnya mengkritik Ketua Menteri berkenaan.

"Saya ingin persoalkan maksud (Lim) Guan Eng nak tengok siapa lagi pemimpin Pulau Pinang yang sokong saya?

"Apa maknanya? Beliau nak ugut orang lain? Inilah buktinya yang saya katakan beliau adalah seorang diktator," katanya kepada mStar Online di sini semalam.

Media hari ini melaporkan Lim berminat untuk mengetahui siapa lagi pemimpin Pulau Pinang yang akan tampil menyokong Zahrain.

Minggu lalu, Zahrain dengan lantang mengkritik kepimpinan Lim yang dilabelnya sebagai diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng juga tampil secara terbuka mengkritik kepimpinan Lim yang disifatkannya sebagai berat sebelah.

Tan juga mendakwa sikap ala diktator yang ditunjukkan Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan hubungan rakan pakatan pembangkang di Pulau Pinang hanya kelihatan baik secara luaran tetapi 'bergolak' di dalam.

Selain itu, mengulas mengenai tindakan Tan yang memilih untuk mengkritik secara terbuka sepertinya, Zahrain berkata: "Saya tak pernah pengaruh atau hasut siapa-siapa untuk ikut cara saya.

"Tan turut mengkritik (Lim) Guan Eng sebab mungkin dia juga faham apa yang saya kata, dia faham apa yang saya cuba sampaikan demi kebaikan parti."

Ditanya sama ada beliau akan menarik balik kenyataannya terhadap Lim ekoran gesaan banyak pihak termasuk pemimpin partinya sendiri, beliau bagaimanapun tetap mempertahankannya.

"Buat apa saya nak tarik balik kenyataan yang betul?

"Saya cakap perkara yang berlaku, bukan yang direka... jadi tak perlu nak tarik balik, saya bukan hipokrit," katanya.

(sumber;http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/2/mstar_berita/20100201171330&sec=mstar_berita)

1 comment:

matrengganu said...

Zahrain, kau cakap la apa yang kau suka. Kau pun sama jer macam LGE. Selam ni rumpun Melayu mana yang kau dah bela? Mulai hari ni baik kau pujuk Melayu2 Penang supay kembali ke pangkal jalan. Dulu kau la hero Melayu Penang yang tak sedaqr diri. Sekarang apa jadi ?