Thursday, November 12, 2009

Orang kanan Husam vs menantu Nik Aziz : Ada yang bakal meletup….?

Orang kanan Husam vs menantu Nik Aziz : Ada yang bakal meletup….?

Syed Azidi Syed Abdul Aziz@ Kickdefella kelihatan ada bersama Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa semasa beliau datang ke bangunan Parlimen pagi Isnin lalu.Sebab itu ramai yang terkejut bila meletup kisah dia dipecat serta merta sebagai Pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) esoknya Selasa.

Kalangan bloggers tempatan semua tahu dia adalah orang kanan Husam dan banyak juga posting dalam laman blognya http://kickdefella.wordpress.com adalah mengenai aktiviti tokoh PAS itu.

Malah penghijrahan Syed Azidi balik berkerja di negeri asalnya Kelantan dari Kuala Lumpur dikatakan atas usaha Husam.

Apa yang menarik perhatian dalam isu Syed Azidi ialah dia dipecat oleh CEO PMBK Mohd Ariffahmi Abd Rahman iaitu menantu kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ini dikatakan gara-gara wujud dakwaan dia bocor maklumat ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) keatas PMBK.

Ia agak mengejutkan kerana semua orang tahu Husam ialah ‘ anak emas’ Nik Aziz.

Sebaliknya dalam isu siasatan SPRM,Menteri Besar Kelantan itu nampak macam backing menantu beliau.

Jika tidak macam mana beliau selaku Pengerusi PMBK boleh bagi lampu hijau keatas tindakan menantunya memecat Syed Azidi.

Apapun Nik Aziz telahpun menyatakan SPRM bebas menyiasat PMBK.

Namun beliau lebih banyak menyalahkan beberapa blogger yang dakwanya cuba membangkitkan tuduhan terhadap menantunya.

Makanya ramai juga yang keliru tentang congak politik dalam isu ini dan tertunggu-tunggu apa Husam nak kata tentang fiasco yang dihadapi oleh orang kanannya itu.

Syed Azizi telah menafikan samasekali dia pembocor maklumat pasal PMBK dan telah bersumpah depan Nik Aziz semasa pertemuan mereka Selasa.

Syed Azidi mula berkerja dengan PMBK secara kontrak mulai 2007.

PMBK, yang terletak di bawah bidang kuasa menteri besar terlibat dalam pelbagai aktiviti eknomi seperti infrastruktur, hartanah, utiliti, takaful, bioteknologi dan pendidikan.

Dalam posting di laman lognya Syed Azidi mengakui sudah berdepan masalah dengan Mohd Ariffahmi pada hari pertama dia masuk kerja lagi.


Dalam posting 11 November dia menulis:

Saya telah menulis lama dahulu di blog ini bahawa saya menipu diri saya jika saya mengatakan saya gembira di Kelantan. Masalah saya d bermula dari hari pertama saya menjejakkan kaki di Perbadanan Menteri Besar Kelantan lagi.

Perkara pertama yang dimaklumkan kepada saya oleh pengurusan PMBK pada pagi pertama saya di situ ialah usaha-usaha sedang dijalankan supaya saya mendapat ruang kerja di luar bangunan PMBK supaya saya tidak diganggu oleh menantu Tuan Guru.

Pada bulan March 2008, selepas pilihanraya umum, COO PMBK meminta saya mengosongkan pejabat saya di PMBK untuk memberi ruang bilik pejabat itu kepada seorang pegawai baru.

Setahun kemudian, saya tidak lagi dijemput menyertai mesyuarat pengurusan PMBK.

Pada 14 Oktober 2009, saya telah diusir daripada bangunan PMBK oleh 2 pegawai PMBK yang bertindak diatas arahan CEO, ketika saya menghadiri sessi dialog di situ.

Bila pihak media menanyakan samada saya sedia mendedahkan penyelewengan di dalam PMBK, jawapan saya ialah, “sekiranya pihak berkuasa memanggil saya, seperti penjawat jawatan awam, bekas penjawat jawatan awam dan juga warga negara Malaysia yang lain, adalah menjadi tanggungjawab memberi kerjasama.”

Saya juga berkata adalah satu amalan yang tidak sihat bila pihak perbadanan seolah mengambil langkah yang menekan kakitangan bila ada laporan SPRM dibuat (jika ada dan jika benar dibuat oleh kakitangan).

Namun apa yang turut ditunggu-tunggu sekarang ialah pengakuannya kepada wartawan di Kota Bharu Rabu hendak mendedahkan apa yang didakwanya apa yang sebenarnya telah berlaku di PMBK khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

“Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sini telah pun berlaku dan semua ini terpaksa disenyapkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada menteri besar,” katanya.

“Sebenarnya isu-isu PMBK ini bukan lagi satu rahsia tetapi dah jadi rahsia terbuka. Hanya tidak ada siapa yang lakukan sesuatu mengenainya,”tambahnya.

Dia mendakwa dalam genggamannya kini terdapat minit mesyuarat yang disifatkannya sebagai sensitif, dokumen kewangan dan lain-lain dokumen yang boleh disabitkan dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di PMBK.

Maklumat-maklumat itu katanya diperolehi daripada pihak-pihak luar yang pernah berurusan dengan PMBK.

Setakat ini Mohd Ariffahmi mengambil sikap cool saja terhadap isu Syed Azidi. "Saya tak lakukan apa-apa kesalahan,”katanya.

Menurutnya beliau telah berikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan mereka.

Beliau menjelaskan bahawa perkhidmatan Syed Azidi telah 'ditamatkan' dan bukannya diberhentikan.

"Syed Azidi telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dan perkhidmatannya telah ditamatkan kerana prestasinya tidak mencapai piawaian perbadanan.

"Tapi kami masih memberikan beliau RM20,000 sebagai pampasan, semua ini telah dilakukan dengan kelulusan jabatan undnag-undang," katanya.

Pegawai SPRM telah pergi ke pejabat PMBK pada 5 November lalu dan merampas beberapa dokumen kewangan PMBK termasuk menyoalsiasat pengurus kewangan perbadanan itu manakala 9 November telah menyoal Abdul Ariffahmi.-11/11/2009

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e61e1506-7f000010-111c3670-710ba110)

1 comment:

Anonymous said...

....huahahahahah...gelinya ketiak ku...melihat drama Tamil terbitan terbaru puak ardogan ni selepas tamat drama Arab bertajuk 'Dua Tok Guru Berlaga'...selepas tamat drama ini Kelantan akan dapat Menteri Besar baru....cuba teka, siapa dia ??? jeng jeng jeng...

Drama ini terpaksa dipentaskan kerana dah tak tahan menunggu TGNA turun dari kerusi MB...lambat sangat...dah macam2 'hint' diberi tapi TGNA buat dok je..ni le orang kata 'tembak satu peluru kena 2 ekar tupai' atau 'nampak tembak kancil tapi sebenarnya tembak rusa'...

waklong art of war