Friday, November 13, 2009

ANAS ! PANAS ! ABROAD TECHNOLOGY TAJA NIK AZIZ DAN KELUARGA TUNAI HAJI Panas ! Panas ! Panas !


Thursday, November 12, 2009
PANAS ! PANAS ! ABROAD TECHNOLOGY TAJA NIK AZIZ DAN KELUARGA TUNAI HAJI
Panas ! Panas ! Panas !

Memang benar ulama pewaris Nabi, tapi ulama bukan Nabi.

Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, cakap,cakap,cakap , tak bikin-bikin. Itulah Parti Aslam Semalaysia (PAS)

Kalau Umno buat dia kata rasuah, kalau dia orang buat jadi sedekah jariah. Meludah ke langit kena muka sendiri.

Tahniah diucapkan kepada rakan saya Parpukari yang dari semalam berusaha mencari maklumat siapa penaja Nik Aziz dan keluarga ke Mekah. Terima kasih juga kepada saudara Hanafiah Man dari Agenda Daily kerana banyak membantu kami dalam mencari penaja misteri tersebut. Akhirnya jawapan yang dicari sejak semalam ditemui menjelang Maghrib tadi..

Syarikat yang menaja Nik Aziz dan keluarga adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd yang berpengkalan di Kota Bharu.

Syarikat ini diberi hak ekslusif untuk projek papan-papan tanda dan billboard seluruh Kelantan (mana dasar tender terbuka pak-katan rakyat oiiii....).

Salah satu papan tanda yang yang dipasang oleh syarikat terbabit ialah yang dalam gambar diatas. Semasa pulang ke kampung hari raya tempohari ,tergerak hati saya untuk merakam gambar berkenaan. Pada masa saya rakam gambar berkenaan saya berada di atas motosikal , sementara menunggu lampu isyarat yang masih merah di persimpangan jalan Kg.Sireh dan Jalan Hamzah di Kota Bharu.

Bagaikan saya sudah tahu apa yang akan berlaku kelak. Sedangkan saya tidak tahu apa-apa pada masa itu. Saya hanya merakam secara suka-suka sahaja. Tetapi saya terkejut, tanpa disangka-sangka gambar yang saya rakam tersebut mempunyai nilainya yang tersendiri sekarang.

Saya mendapat berita hari ini,gambar kanak-kanak yang sedang mengaji Quran dalam billboard berkenaan adalah cucu Aziz iaitu anak kepada menantu beliau yang menjadi hantu di PMBK,Ariffahmi. Hebat !

Sekarang sudah terang lagi bersuluh. Nik Aziz telah melakukan kesalahan kerana menerima tajaan daripada pihak yang berkepentingan. Pas jangan cakap banyak lagi,jangan lagi nak menghalalkan kesalahan Nik Aziz.

Nik Aziz harus berundur dengan segera...

Benar sangkaan ku sebelum ini yang Nik Aziz akan mengakhiri karier politik beliau dengan hina...

Ulasan dari Agenda Daily sila rujuk di sini

Lagi cerita bersama rakan saya sila rujuk di sini
Posted by ruang bicara faisal at 9:04 PM

(sumber;http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/11/nizar-kkk-nik-aziz-terima-rasuah-dari.html)

No comments: