Sunday, November 22, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Beberapa peristiwa Hari ini dalam sejarah

Peristiwa 1

PUTRAJAYA, 16 Sept 08 (Harakah) - Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan kemenangan Dato’ Harun Taib daripada PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Manir setelah menolak dengan kos petisyen pilihan raya calon Barisan Nasional, Wan Sagar Wan Embong.alam pilihan raya 8 Mac lepas Harun menang dengan majoriti 406 undi. Harun Taib (PAS) diwakili peguam Mohd Ariff Yusof manakala Wan Sagar diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Peristiwa 2

KOTA BHARU, 4 Jan 06 (Harakah) PAS memohon Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat satu pengisytiharan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir yang diadakan 6 Disember lalu sebagai tidak sah dan terbatal berdasarkan kepada perlanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pempetisyen diwakili peguam terkenal, Haji Mohamad Ariff Yusof, Mohamed Hanipa Maidin, Haji Asmuni Awi, Aminuddin Zulkifli, Abdullah Abdul Karim, Zulqarnain Lukman, Zameri Mat Nawang, Hisham Fauzi, Nasrul Mohamed, M Reza Hassan dan Ahmad Najib Deris

Peristiwa 3

KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) -- Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menolak dengan kos petisyen yang difailkan calon PAS bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Mohamad Sabu supaya 1,089 undi pos bagi kawasan itu dikeluarkan daripada kiraan keputusan pilihan raya umum ke-12, Mac lepas

Mohamad Sabu (PAS) yang diwakili beberapa peguam, diketuai Mohd Arif Yusof telah menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mat Razali Kassim, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Razali sebagai responden-responden, yang diwakili barisan peguam diketuai oleh Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Peristiwa 4

KUALA LUMPUR (23 Feb 09): Ganti hakim baru lebih wajar.

Bagi pengamal undang-undang, itu lebih baik daripada membiarkan prasangka dan persepsi menyelubungi kedudukan Pesuruhjaya Kehakiman, .Mohamad Ariff Md. Yusof

Walaupun peguam yang mewakili pemohon, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menggangap tidak timbul ancaman berat sebelah sekiranya Mohamad Ariff terus mendengar kes itu.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, ini bagi memastikan kes permohonan Mohammad Nizar bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah berjalan tanpa menimbulkan sebarang prasangka.

''Itu sebaik-baiknya. Dalam kes ini, saya mengalu-alukan tindakan Mohamad Ariff mendedahkan penglibatannya dengan parti politik yang berkenaan.

Peristiwa 5

Mohamad Ariff kelmarin semasa sebutan kes berkenaan mendedahkan bahawa beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohamad Ariff yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 15 September tahun lalu juga pernah bertanding sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kota Damansara di Selangor.

Peristiwa 6

Keputusan penuh DUN Kota Damansara (2004)
MOHAMAD ARIFF MD YUSOF (PAS) 4,827
MOHD MOKHTAR AHMAD DAHALAN (BN) 12,928

Peristiwa 7

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam.

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang

.
**Blogger memang minat dengan mata pelajaran sejarah
AddThis

Posted by Anak Kuala Sunday, November 22, 2009 at 5:16 AM 0

(sumber;http://pemudapadangrengas.blogspot.com/2009/11/hari-ini-dalam-sejarah.html)

zmsegamat; ???

No comments: