Tuesday, November 17, 2009

Bila Anwar Tuduh UMNO/BN Guna Media...


Bila Anwar Tuduh UMNO/BN Guna Media...
PostDateIconSunday, 15 November 2009 23:43

mn

Oleh SHARIFAH ANAMARHAEN

Harakah Daily melaporkan yang Anwar Ibrahim menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan setiap ruang yang ada pada media dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencari kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat.Terbaru mereka cuba mengenakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu tajaan untuk menunaikan ibadat haji.

Katanya pemimpin Umno menggunakan setiap peluang untuk memperhodohkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.

Baik, mari kita lihat media sewaktu dibawah pengaruh Anwar pula. Semua orang tahu, sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, akhbar atau media bebas melaporkan atau menghentam apa sahaja atau sesiapa sahaja asalkan BUKAN DIRINYA.

Tanyalah orang seperti Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dan Datuk A Kadir Jasin apa erti kebebasan media jika Anwar berkuasa. Anwar secara jahat menggunakan wartawan dalam Utusan untuk menjatuhkan Zainuddin Maidin semasa beliau berada di luar negara.

Anwar tidak menyukai ZAM kerana Ketua Pengarang Utusan ini sering juga mengkritik tindak tanduk Anwar ketika itu. Selain itu ZAM juga dicop sebagai orang kuat Dr. Mahathir. Seseorang yang boleh merencatkan usahanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan cepat.

Mengambil kesempatan ZAM bercuti di luar negara, Anwar menggunakan rakan-rakan dalam Utusan untuk melaporkan berita palsu kononnya Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad menolak diwawancara di dalam bahasa Melayu oleh televisyen Indonesia semasa Persidangan NAM.

Ini mewujudkan polemik besar ketika itu sehingga meleret kepada isu iklan dalam bahasa Inggeris dan lain-lain isu bahasa. Dr. Mahathir sendiri menulis menjawab tuduhan Utusan tersebut.

Anwar menjadi gergaji mata dua. Selain mengenakan ZAM, beliau juga menggunakan kekuatan politiknya untuk memuji Dr. Mahathir dan mendesak Ketua Pengarang Utusan ditukar kerana gagal mengawal akhbarnya dengan baik dalam isu bahasa Melayu ketika itu. Dr. Mahathir percaya, akhirnya ZAM dsingkirkan melalui kenaikan pangkat. Anwar diberi peluang mencari Ketua Pengarang baru.

Jika Anwar percaya kepada kebebasan akhbar tentulah beliau melantik Timbalan Ketua Pengarang ketika itu untuk menjadi Ketua Pengarang. Sebaliknya ini tidak berlaku. Anwar membawa masuk rakan baiknya Johan Jaaffar yang tiada pengalaman dalam bidang kewartawan untuk menjadi Ketua Pengarang yang baru.

Johan pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu ditawarkan gaji dan keisttimewaan yang jauh lebih besar daripada mana-mana Ketua Pengarang Utusan sebelum ini.

Anwar juga tidak dapat menerima kebebasan yang dinikmati oleh Datuk A. Kadir Jasin di Kumpulan The New Straits Times Press. Sebagai Ketua Pengarang Kumpulan, Kadir sekali sekala melemparkan pandangan dan kritikan kepada Anwar. Ini menimbulkan kemarahan Anwar. Anwar kemudian merencanakan perubahan struktur NSTP sehingga mengasingkan akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu. Ini bertujuan mengurangkan kuasa dan pengaruh Kadir Jasin dalam akhbar tersebut.

Selepas pengasingan tersebut Anwar menempatkan penyokong kuatnya, Datuk Ahmad Nazri Abdullah sebagai Ketua Pengarang Berita Harian dan penerbitan berbahasa Melayu NSTP.

Kadir masih menulis dalam Berita Harian menggunakan nama Kunta Kinte dalam ruangan "Biar Putih Tulang." Namun apabila Kadir mengkritik satu polisi Anwar,ruangan beliau terus diarahkan tamat oleh Ahmad Nazri.

Banyak lagi contoh kebebasan media ala Anwar bin Ibrahim. Namun cukuplah untuk mengatakan bahawa sejak dahulu sehingga hari ini kebebasan media pada Anwar ialah Media bebas mengkritik sesiapa sahaja kecuali beliau

(sumber;http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=11297:bila-anwar-tuduh-umnobn-guna-media&catid=51:berita-utama&Itemid=29)

No comments: