Monday, July 20, 2009

UMNO TUNTUT KEADILAN UNTUK TEOH BENG HOCK


Monday, July 20, 2009

SPRM bukan alat UMNO dan seharusnya sokong siasatan diraja kematian Teoh...

Saya melihat isu kematian Teoh Beng Hock yang terbunuh dalam kawasan pejabat SPRM menjadi isu politik perkauman kerana pemimpin UMNO kurang bijak menangani isu tersebut. Sepatutnya UMNO sebagai entity parti politik mestilah melihat isu itu sebagai sebuah parti politik bukan sebagai entity kerajaan yang memerintah.

Jika UMNO terasa janggal menyokong parti DAP atau Pakatan Rakyat, barangkali tidak janggal jika pemimpin UMNO menyokong cadangan parti-parti komponen BN supaya diadakan siasatan diraja menyiasat punca kematian setiusaha politik DAP itu.

Sebaliknya, jika pemimpin UMNO mengambil sikap memihak kepada SPRM, seolah-olah tindakan seperti itu mengiyakan presepsi rakyat bahawa SPRM adalah bekerja untuk UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya dilihat lebih membela Teoh dan keluarganya daripada parti-parti politik lain termasuk DAP. Soal dia adalah anggota DAP adalah soal kedua. Soal dia bukan Melayu tidak timbul. Pokoknya, dia terbunuh dalam suasana yang boleh menjejaskan kredibilit kerajaan pimpinan Dato Seri Najib. Dan DS Najib adalah presiden UMNO.

Tak salah jika UMNO juga anjurkan tunjuk perasaan menuntut keadilan terhadap Teoh. Tidak salah jika UMNO menyokong karpal Singh yang mahu saman SPRM. Tidak salah jika pemimpin UMNO dilihat mempertahan kebenaran dan keadilan sejagat, menjadi champion kepada semua rakyat bukan membela pauk-puaknya sahaja.

Persepsi rakyat ialah SPRM hanya mengadakan siasatan terhadap YB dari kaum Cina dan hanya di negeri pembangkang. Kenapa tidak serentak siasatan diadakan di semua negeri? Kenapa YB Dato Khir Toyo tidak disiasat dan fail-fail atau laptopnya juga dirampas berikutan isu bungalow dan lain-lain? Kenapa YB-YB dari negeri-negeri lain tidak disiasat? Bukankah semua negeri ada SPRM?

Untuk menamatkan presepsi bahawa UMNO memihak kepada SPRM ialah dengan cara UMNO sendiri mendesak supaya polis mempercepatkan siasatan terhadap SPRM dan menyokong siasatan bebas. Fikir-fikirkanlah!

Posted by musli oli at 3:54 AM

(sumber;http://muslioli.blogspot.com/2009/07/umno-tuntut-keadilan-untuk-teoh-beng.html)

zmsegamat kata:
1.0 cuba kita buat "homework" berapa ramai ahli UMNO yang telah jadi mangsa DERA, sama ada deraan mental atau deraan fizikal semasa proses siasatan SPRM

2.0 semoga pihak POLIS menjalankan siasatan terperinci punca-punca kematian Teoh Beng Hock, dapatkan maklumat terperinci dari pengendali talian mudah alihnya dengan siapa mendiang telah berbual atau sms dan juga no. talian yang telah mendiang hubungi atau yang telah menghubungi mendiang sebelum kejadian malang ini berlaku. Mungkin ini akan mendedahkan segala-galanya...

3.0 cerita orang yang kentut hendak tutup malu, dengan dengan menyalahkan orang lain perlu di ambil iktibar...

No comments: