Thursday, July 9, 2009

Rumah RM24 Juta, Separuh Untuk Ng Sue Lim


Monday, July 6, 2009
Rumah RM24 Juta, Separuh Untuk Ng Sue Lim
Tambahan (8 Julai 2009):
a. Saya bersedia menjual dengan harga RM 24 juta memandangkan ia anggaran kos tanah dan rumah oleh "penilai berwibawa" dari Sekinchan. Jadi tidak timbul soal saya mesti jual rumah tersebut dengan harga RM 7 atau 8 juta.

b. Butiran pembelian dan segalanya akan didedahkan dalam mahkamah nanti kerana peguam saya sedang menyediakan dokumen perundangan terhadap Adun Sekinchan, YB Ng Sue Lim.

Tulisan Asal

1. Pagi tadi ADUN Sekinchan (kami berjiran dari segi geografi kedudukan DUN) membawa pemberita melawat rumah saya di Shah Alam dan kemudiannya membuat kenyataan akhbar yang membawa maksud seolah-olah saya memperolehi pendapatan dari sumber yang tidak sah. Ini merupakan tindakan desparado untuk mengalih tumpuan daripada isu-isu dalaman pakatan mereka dan juga kegagalan beliau melaksanakan tugas wakil rakyat beliau dengan baik di Sekinchan.

2. Sungguhpun isu rumah ini telah beberapa kali timbul, saya mengambil sikap tidak menjawab atau memberi respon kerana berpendapat bahawa rumah saya adalah isu kehidupan peribadi saya. Ini kerana saya yakin saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau pun jenayah kerana semuanya ada rekod dan telah pun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (sekarang ini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

3. Namun tindakan Ng Sue Lim menjadikan isu rumah saya sebagai bahan berita memerlukan saya memberi penjelasan sedikit sebanyak mengenai isu ini.

4. Saya membeli rumah tersebut beserta tanahnya melalui pinjaman bank HSBC sebanyak RM 3.5 juta.

5. Jika Ng Sue Lim membuat penyelidikan dahulu beliau akan mengetahui bahawa pembelian tersebut termasuk rumah dan kolam renang. Saya hanya melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap bumbung yang ketika itu belum siap.

6. Untuk rekod juga pembelian tersebut telah pun disiasat oleh BPR ketika itu dan juga telah saya maklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu. Jadi tidak timbul saya menyembunyikan pemilikan rumah tersebut.

7. Berhubung dengan dakwaan bahawa rumah saya bernilai RM 24 juta, saya dengan ini mengemukakan tawaran terbuka kepada beliau untuk mencari pembeli dengan harga tersebut. Sekiranya ada, saya akan membayar komisyen sebanyak 50% atau RM 12 juta kepada beliau.

8. Ini semua adalah taktik politik yang dirancang menjelang Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menghalalkan usaha menggantung saya dan empat adun yang lain. Selain itu ia juga bertujuan untuk dijadikan modal dalam sidang DUN nanti sekaligus mengalih tumpuan daripada isu-isu pentadbiran dan pembangunan negeri sekarang ini.


9. Mereka mahu mengelirukan rakyat dan menarik simpati. Bagi mereka jika Khir Toyo yang ada rumah besar bernilai berjuta tidak didakwa, maka tidak sepatutnya Khalid Ibrahim terbabit dalam kes kecil seperti lembu korban, tinted kereta dan beberapa isu lain didakwa atau disiasat.

10. Dengan membuat dakwaan bombastik seperti ini, Pakatan DAP-PKR berharap ia memberi tekanan kepada SPRM agar tidak menyiasat dan mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim dalam beberapa isu salah laku pentadbiran.

11. Apakah mereka benar-benar memperjuangkan ketelusan dan anti korupsi atau sekadar menyanyikan untuk memburukkan pemimpin Barisan Nasional demi merebut kuasa?

12. Saya tahu bagi mereka yang telah tertutup mindanya tidak akan menerima apa-apa penjelasan pun. Saya hanya menjelaskan kepada mereka yang ingin mencari kebenaran.

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Monday, July 06, 2009 108 comments

(sumber:http://www.drkhir.com/2009/07/rm24-juta-separuh-untuk-ng-sue-lim.html)

zmsegamat kata; antara komen-komen yang menarik

nordika said...
Dear DSKT;

Ng Sue Lim tu sebenarnya marah kat DSKT sbb dulu pernah mtk tanah tapi kerajaan tak bagi.

P/S - Klu dapat jual tanah tu 24juta jgn lupa lak belanja kita org.
Monday, July 6, 2009 10:03:00 PM MYT
jiwakita said...
salam.......

Amalan saman-menyaman adalah lumrah dan salah
satu cara untuk mencari kebenaran dan keadilan
serta membersihkan nama dari tuduhan,fitnah dan
berita yg tidak benar dari mereka yg mencari isu
kesalahan,keburukan dan mengumpul kelompok supaya mempercayai tuduhan.

Asasnya untuk menjatuhkan kredibeliti orang,
pada masa yg sama mencari keuntungan politik
semata.

Jika ada ada asas untuk dibawa kemuka pengadilan
bila lagi DSKT kedepan dakwa mereka,
sbg penyebar fitnah dan pembohongan?
Monday, July 6, 2009 10:09:00 PM MYT
jiwakita said...
salam...

Menyebar berita SENSASI..tenggelamlah
kelemahan mentadbir negeri,tertutuplah
ketidak cekapan diri,terlindunglah
kerapuhan PR ini...

rakyat yg buta hati berpoco-poco dengan
mereka ini..bila sedar diri kurus melidi..
rupanya mereka kenyang suka hati...

Jika ditakdir perintah negeri takat penggal
ini..tak payah dicari mereka dah cabut lari
sikitpun mereka tak rugi...
fikir-fikir lah sendiri....
kembali ke akar, tempat berdiri..
...
Monday, July 6, 2009 11:44:00 PM MYT
gwynwelsh said...
Dato,

Nampak gaya rakyat mungkin tersalah hitung. Dato mengatakan bahawa rumah tersebut dibeli dengan pinjaman bank sebanyak RM3.5 juta. Keluasan rumah tersebut ialah 50,000 sekaki persegi dan ini bermakna tanah tersebut sekali dengan rumah yang sebegitu luas seperti mahligai hanya bernilai RM70 sekaki persegi. Mungkin pegawai penilaian negeri Selangor harus membuat penyelidikan yang lebih mendalam mengenai harga tanah di kawasan tersebut.
Tuesday, July 7, 2009 8:05:00 AM MYT
RICKY said...
Salam DS,
Kepada semua blogger yg ingin tau kiraan untuk tanah dan pembinaan rumah baru adalah seperti berikut;

1)Tanah--Perangkaan tanah di shah alam terutama di section 7 adalah boleh cecah dari RM80~RM140 sekaki persegi x(darab) keluasan tanah...kalau keluasan tanah adalah 50,000 kaki persegi x RM80(harga minima) = RM4 Juta(INI HANYA TANAH SAJA)

2)Pembinaan Rumah--Kos pembinaan rumah utk sekitar shah alam adalah RM100~RM150 kaki persegi dan sekiranya keluasan pembinaan rumah adalah 30,000 kaki persegi maka adalah seperti berikut;
30,000 kaki persegi x RM100(harga minima)=RM3 juta...
INI ADALAH RANGKA RUMAH SAHAJA TERMASUK DINDING DAN BUMBUNG....BELUM DIKIRA INTERIOR RUMAHNYA SENDIRI DGN KELENGKAPAN TILES DAN MOSAIC TERTENTU......

3)PERALATAN RUMAH--Peralatan rumah saya kira ramai org dah tau berapa harganya sebab masing2 ada pengalaman utk rumah sendiri...bayangkan kos utk sebuah rumah utk segala peralatan yg keluasannya 2,000 kaki persegi adalah dlm linkungan RM50,000~RM80,000(Mengikut citarasa individu)....

KALAU RUMAH DS DIBELI DGN HARGA RM3.5 JUTA DAN KELUASAN TANAH ADALAH 50,000 KAKI PERSEGI....SAYA UCAP TAHNIAH KEPADA DS KERANA DAPAT BELI RUMAH YANG BEGITU MURAH SEKALI.....SECARA SERIUS KALAU DS HENDAK MENJUAL RUMAH INI SILA MAKLUM KEPADA SAYA DAN SAYA BOLEH MEMBUKA HARGA LEBIH DARI RM10 JUTA KEATAS...SAYA SERIUS DAN HARAP DS DAPAT MEMPERTIMBANGKAN CADANGAN SAYA...!!!

Sekian.....!!!
Tuesday, July 7, 2009 8:30:00 AM MYT
Man Ysf said...
Saya bersimpati dengan Dato. Benda remeh camni pun nak dibuat isu. Nampak sangat takde benda yang bersifat 'prinsip' yang boleh diserang. Anything under RM10 mil for a person like u saya boleh terima given you use to be a Dr. and memegang pelbagai jawatan dlm UMNO/Kerajaan.
Tuesday, July 7, 2009 8:59:00 AM MYT
Mr.KETAM said...
Cuba minta di ishtiharkan harta semua DUN di Selangor..kita tgk siapa yg berani!!
Tuesday, July 7, 2009 9:41:00 AM MYT
Mr.KETAM said...
DSKT wajib saman Ng kerana pemilikan rumah adalah isu peribadi..ini telah melanggar etika dan privasi DSKT..seperti mana yg berlaku pada Elizabeth yg manis itu yg diperjuangkan isu privasi nampaknya Ng telah melanggar privasi DSKT..

Apa lagi saman la..
.
Tuesday, July 7, 2009 10:11:00 AM MYT
nordika said...
Kepada Faba :

Pemimpin masa sekrg harus ada duit. Mcm mana klu pemimpin pokai? tiap2 hari mereka ada program yang melibatkan masyarakat. Tak kurang yang meminta sumbangan sebagai contoh membina masjid, bantuan utk fakir miskin dan byk lg.

Kenapa tak tanya duit Anwar Ibrahim. Kaya jugak tu? dan byk lg pemimpin lain baik kerajaan mau pun pembangkang. Tanyalah mereka semua...

p/s - saya suka klu melayu kaya
Tuesday, July 7, 2009 1:59:00 PM MYT
wmu350 said...
saya sokong ds 100%.

blogger yang masih tak faham ni la punca berita rojak bawa balik dan sembang kedai kopi tambah2 jadi sedap sikit cerita..

ds dah kata dia akan jual jika ada yang nak beli 24 juta ..yang engko orang asyik tanya dia untuk jual 5 jutalah,20 juta lah apa hal...tak sekolah ke..atau buat tak faham...

saudara mad1....apa kamu cerita,kalau gaji dan elaun 50k...apa tak boleh bank bagi pinjam 3.5 juta ke?...inilah masalah melayu banyk yang tak tahu ..asyik kutuk orang sahaja ....bangsa lain dah nak kebulan kita masih terkejut biawak bila dengar orang buat pinjaman berjuta2..

kawan saya selekeh je...gaji rm 25ribu ...apahal boleh pinjam sampai 5juta...lu apa hal cerita....ini menteri besar ...elaun +gaji ada 50k tak boleh pinjam 3.5 juta ke....apa ini pun heran ke? atau tak tau...saya anggap selama ni ramai yang tak tau dan tak faham pun...main taram je kat sini dan kat kedai kopi...memang dari dulu orang kita ni ramai yang begini...tak tau bila nak berubah

patut la melayu banyak yang terkejut dan mula tanduk keluar dan segala sifat baik dah mula hilang...dan yang tinggal adalah perasaan dengki dan sakit hati ..syaitan dah mula ajak kita cakap yang bukan2 kalau boleh sampai dia tersungkur kut...

ingat dan percayalah selagi ada golongan yang berfikiran berbaik sangka dan sentisa menegur yang salah demi untuk kebaikan pemimpin dan rakyat jelata selagi itu ...pemimpin seperti ds khir akan terus berada ditempatnya dan akan dipertahankan...

saya tidak akan membenarkan kumpulan yang bertopengkan manusia dan berlagak seperti pejuang membongkar segala keburukan konon2nya cuba memerangi rasuah......piiirahh.
Tuesday, July 7, 2009 11:52:00 PM MYT
TheBendahara said...
Kepada Semua Bloger,
Mari kita semua buat kajian/reseacrh apakah nilai (RM) sebenar sekaki persegi 8 tahun dahulu..disamping mencari kebenaran kita boleh menimba ilmu, tanpa menuduh sesorang tanpa bukti..mari kita cari bukti/fakta dahulu..

BTW..mari kita pkkan kemungkinan ini pinjaman 30 tahun, gaji DSKT masa tu 50K sebulan..tapi rasa kalau bayar setakat 40K sebulan selama 8 tahun itu baru nak cecah 3.8K(tak tolak/campur interest)..itu kalau bayar ansuran 40K sebulan..untk dpt interest rendah kebiasaan yer pinjaman kena lama(pinjaman 30 tp setlekan cepat)..tapi rasa DSKT tak habis bayar loan lagi kot..

Kepada Ikan Kekek,
Kalau tak salah gaji menteri selangor besar sekarang setahun hampir 600K, maknanya sebulan dalam 50K...jadi rasa yer gaji dulu dan sekarang tak jauh beza..jadi memang terliur..harap dengan gaji sebanyak tu menteri besar buat kerja sungguh2..

Kepada Pemikir,
Harap2 kata2 ini ditujukan kepada semua pemimpin tidak kira pembangkang dan pemerintah diMalaysia.

Kepada AnakPaya,
Soalan untuk anda, adakah anda mahu duduk dipondok buruk?atau berjalan kaki pergi kerja..kita sebagai org melayu perlu berusaha meningkatkan diri dan ekonomi..gaji 50K sebulan tapi duduk pondok..bro pk logikla sikit..50K sebulan selama lapan tahun...

Kepada DSKT,

soalan saya..berapa nilai sekaki persegi masa DSKT beli tanah itu? loan dah habis bayar ker?
Wednesday, July 8, 2009 8:06:00 AM MYT
nightcaller said...
Assalamualaikum

Saya bersimpati dengan saudara. TApi apa yang lebih menyedihkan ialah cara wakil rakyat DAP mengapi2kan keadaan.

Samada harga itu RM 24 J atau RM 3 J tidak penting. Itu adalah kemampuan saudara untuk membayar pinjaman bank.

DAP sedang menggunakan isu-isu ini dengan cara halus supaya Pak Mat, Rashid mula mempertikaikan ketulusan UMNO dalam menaikkan martabat bangsa. Silapnya terletak kepada barisan pemimpin yang telah diberi peluang untuk memperkasakan bangsa dan agama tetapi gagal melaksanakan amanah yang telah diberi.

Saya bimbang isu2 saperti ini akan melenyapkan terus UMNO dan pada masa itu bangsa dan agama akan diinjak oleh bangsa dan agama lain.

Semuga saudara mempunyai kekuatan budi dan agama untuk membalas tohmahan sedemikian. Bukan untuk saudara tapi kerana bangsa dan agama...
Wednesday, July 8, 2009 3:47:00 PM MYT
halim said...
Dr Khir

Geng-geng PR ni tutup mata dan pekak telinga kot. Mari kita semak pengisytiharan harta EXCO Selangor dalam web Kerajaan Negeri Selangor. MB nya gaji sebulan dengan semua jenis claim je dah RM 40K. EXCO lain pun ada yang berbelas ribu. Jadi, dimana salahnya kalau nak beli rumah harga camtu? Kalau sebulan bayar +- RM 15K pun, baki gaji banyak lagi apa

Mr Ng ni ada agenda sebenarnya,dia dah dapat rasa yang UMNO/BN dah semakin kuat mendapat kepercayaan,lebih-lebih lagi Pengerusi BN Selangor, Dato Seri Najib dan Dr Khir pulak sebagai Ketua Pemikir,diorang dah gabra lah..sebelum jadi lebih teruk baik Mr Ng ni bantai Dr Khir cukup-cukup..
Thursday, July 9, 2009 10:02:00 AM MYT
Salleh - Putrajaya said...
Salam DSKT..,

Saya sokong..., pedulikan pencacai yang tengah cuba 'spin' isu ini....,

Kepada pencacai tak bermaruah tu..., sila faham isu ringkas tahap budak sekolah rendah nie...

1. Ng Sue kata rumah DSKT RM24juta,
2. DSKT cabar Ng Sue jual dengan harga itu dan bagi komisyen 50%,

Erm..., x ade yang nak belilah tu..., tu yang menjajau cari idea nak spin...,

Ng Sue.., cari ajelah pembeli..., selamatkanlah maruah anda..., jumpa aje anwar ibrahim..., minta dia belikan..., untung ape dapat RM12 juta (50% komisen)...

Saya pun boleh spin jugak isu nie..., contohnya seperti kat bawah..., hehe

Hmm..., rumah anwar ibrahim ada berapa yer..., mmm...., berapa pulak harga dia...., hmm..., dia bayar dengan duit ape ye..., berapa gaji dia dulu dan kini yer..., hmm.., duduk dalam penjara pun mampu lagi bayar loan....,
Thursday, July 9, 2009 10:05:00 AM MYT
Parpu Kari said...
SALAM DATO SERI,

ELOK JUGAK DATO SERI MEMBERI PENJELASAN MENGENAI ISU INI...

SEBENARNYA, APA YANG BERLAKU KAT DATO SERI INI ADALAH SATAU HELAH PEMBANGKANG YANG NAK MENGALIH PERHATIAN RAKYAT MENGENAI ISU PULAU PINANG, SIMPLE JE....

PEMBANGKANG2 YANG BINGAI DAN BAHALOL NI PULAK TELAH DIBERI INFO OLEH ORANG DALAM JUGAK DATO SERI, INI DARI PENGAMATAN SAYA LA, MUNGKIN ADA ORANG YANG SAKIT HATI DENGAN DATO SERI DAN MEREKA TELAH MEREKASAYAKAN SATU CERITA DAN BERI KEPADA PEMBANGKANG YANG BEBAL NI...

PEMBANGKANG YANG BEBAL NI PULAK, BILA DAPAT CERITA INI, TANPA USUL PERIKSA, TERUS TERJAH, KENAPA? SEBAB LIM GUANG ENG SEDANG HADAPI MASALAH KAT PENANG, TAKDE MASA NAK REVIEW, ADA SIU KELUAR JE DULU, BETUL SALAH BELAKANG KIRA(DEPA MEMEANG SUKA BELAKANG PUN) HE HE HE

LAGI SATU DATO SERI, MACAMANA GAMBAR DARI UDARA BOLEH DI AMBIL YA? PEMBANKANG PAKAI CRANE KE? ATAU ADA ORG DALAM YANG NAK MENGENAKAN DATO SERI DAN MENGAMBIL GAMBAR INI DARI HELIKOPTER!

SAYA BANGGA DAN SERONOK APABILA MELIHAT SAUDARA MELAYU ISLAM SAYA KAYA, TETAPI SIFAT SEGELINTIR MELAYU DARI AZALI LAGI YANG PENUH DENGAN PHD NI MEMANG SUKAR DIBENDUNG...

BANGSA LAIN, MEREKA JADI KAYA SEBAB TAHAP PHD TAK KUAT MACAM BANGSA KITA NI HA...TAH LA DATO SERI, SAY SIMPATI DENGAN KEJADIAN YANG MENIMPA DATO SERI...

SAMAN JE DATO SERI, JANGAN BAGI PELUANG KAT PEMBANGKANG YANG BINGAI NI DAN PADA MASA YANG SAMA, MUSUH DALAM SELIMUT TU JUGA PERLU DI AJAR!

BAHAYA MANUSIA JENIS MACAM NI, DUDUK DALAM SATU PARTI TAPI KERJANYA ASYIK NAK MEMBUNUH ORANG JE SUPAYA DIA CEPAT NAIK! TAK BOLEH BIAR ORANG MACAM NI DATO SERI!

NANTI KITA SAMBUNG LAGI DATO SERI, KALAU ADA KELAPANGAN DATANGLAH KE BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA NI...

http://parpukari.blogspot.com

No comments: