Wednesday, July 8, 2009

Sampai Bilakah Pegawai Kerajaan akan berubah sikap?

salam sejahtera..

Semenjak saya bertugas di Perak tempat saya dilahirkan, terlalu banyak perkara baru yang saya belajar..sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan juga agama. Saya berkesempatan menjelajah hampir ke seluruh negeri Perak untuk bertemu rakyat, sama ada orang Melayu, orang Cina mahu pun orang India..terus terang saya katakan, terlalu banyak perkara yang mengejutkan saya, antaranya dalam isu tanah..hampir semua daerah mempunyai masalah yang sama. Isu geran, isu teroka tanah secara haram dan pelbagai lagi masalah yang tidak sepatutnya berlaku, masih berlaku dalam tahun 2009 ini.

Ada penduduk yang telah berpuluh tahun tidak mendapat geran, ada yang telah tinggal puluhan tahun tapi akhirnya tanah tersebut menjadi milik pihak lain..kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Sedangkan sistem pemerintahan yang ada sudah cukup lengkap..ada Ketua Kampung, ada Penghulu, ada Pegawai Daerah, ada Wakil Rakyat, ada Pengarah Tanah, ada Exco dan ada Menteri Besar. Masalahnya semua pihak ini tidak menjadikan budi bicara sebagai amalan dalam menjalankan tugas, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan jika semua pihak menggunakan pendekatan mengutamakan budi bicara terlebih dahulu semasa menjalankan tugas.

Sebagai contoh yang pernah saya alami, ketika saya memohon permit pembantu rumah di salah sebuah Jabatan Kerajaan, saya terpaksa berulang-alik sebanyak 5 hari berturut-turut kerana masalah yang sangat kecil, pada hari ke-6, saya sudah mula merasa rimas kerana masalah yang tidak juga selesai, saya bertanya kepada kerani yang menjaga kaunter dengan nada yang agak tinggi, saya bertanya apakah tidak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah saya atau saya perlu menjerit sekuat hati di depan khalayak ramai..dan akhirnya kerani tersebut memberitahu saya yang ianya boleh diselesaikan dengan budi bicara pegawai atasan beliau..saya mendesak untuk berjumpa dengan pegawai tersebut dan akhirnya saya dapat berjumpa dengan pegawai atasan tersebut..amat mengejutkan saya apabila urusan kecil yang telah mengambil masa saya selama 6 hari telah dapat diselesaikan dalam masa tidak sampai 3 minit! Terlalu mudah jika mereka mahu membantu dan menggunakan budi bicara.

Begitu juga pandangan saya dalam banyak kes yang berlaku dalam kes tanah atau apa saja masalah rakyat..yang menjadi masalahnya apa juga masalah orang politik, Menteri Besar jugalah yang akan dipersalahkan..malahan ada pegawai kerajaan selalu menggunakan Menteri Besar sebagai tempat untuk dipersalahkan..sebagai contoh:- Jika berlaku kes kecurian pasir di satu tempat, apabila ada protes maka akan ada pihak yang mengatakan 'kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini adalah kuasa Menteri Besar', sedangkan pihak yang berkata begitu adalah pegawai penguatkuasa, kes kecurian pasir bukan masalah Menteri Besar! Itu adalah tanggungjawab pihak penguatkuasa, tetapi untuk mengelak dari dipersalahkan, maka Menteri Besar yang menjadi mangsa..

Saya amat berharap, jika semua pihak dapat mengubah etika cara bekerja, cara berfikir dan mengambil sikap bertanggungjawab bersama, jika mereka tahu bahawa Allah S.W.T. hidupkan kita untuk Mati, maka sudah tentu dunia ini akan aman makmur..Ingatlah! di sana ada yang menanti kita untuk ditanya dan disoal..

Dipetik dari Blog Hamdan Taha!
Posted by Parpu Kari at 12:30 PM
Labels: HAMDAN TAHA, pegawai kerajaan
25 comments:

Anonymous said...

Inilah sikap kakitangan kerajaan yang rakyat telah taggung sekian lama...tapi kita bangsa melayu dan berugama islam telah di didik untuk menghormati kakitangan2 tersebut dan kesempatan itu di gunakan sepenuhnya oleh kakitangan yang tidak bertanggung jawab tersebut..kes tersebut diatas adalah sebagai satu contoh kecil yang disuarakan..!!jika keadaan ini tidak berubah..dan pemimpin2 kita masih lena dan enak..!!!tak tau lah apa akan jadi pada PRU13..!!!
July 2, 2009 1:35 PM
Anonymous said...

Masaalah ini berlaku dimana-mana saja di jabatan kerajaan lebih-lebih lagi di peringkata daerah. Sikap kakitangan dan pegawai adalah punca utama. Mereka tidak mengutamakan kerja dan mengambil sikap sambil lewa mengenai sesuatu tugas atau perkhidmatan. Berborak sambil bekerja, bergayut dgn talipon, masa rehat yg terlalu lama, menghilangkan diri semasa waktu pejabat (missing in action) dan layanan burok pd masyarakat. Jadi tak heranlah masaalah ini akan berpanjangan. Satu tugas yg hanya memerlukan masa 1 hari utk menyelesaikannya mengambil masa sampai berminggu atau berbulan. Masaalah akan bertambah teruk lagi jika yg kakitangan yg mengendalikannya adalah dari penyokong/ahli parti pembangkang. Mereka ini bagaikan mahu sabotaj supaya masyarakat akan menyalahkan kerajaan dan parti memerintah apabila berlaku sesuatu perkara.
Masaalah menyalah gunakan harta kerajaan utk kegunaan peribadi juga menjengkelkan. Lihat sajalah selepas waktu pejabat atau masa cuti hujung minggu, kenderaan pejabat yg tertera dgn logo jabatan digunakan sewenang-wenangnya untuk kegunaan sendiri. Inilah sebenarnya masaalah dgn kakitangan kerajaan. Sikap dan perbuatan mereka ini telah menjejas dan merosakkan imej kerajaan dan parti pemerintah. Lantas ini digunakan sbg isu untuk memburukkan sistem pentadbiran kerajaan negeri dan pusat. Ini adalah salah satu punca mengapa kadang-kadang orang meluat, bosan dan menyampah bila berurusan dgn pejabat kerajaan. Lebih teruk lagi mereka akan kaitkan isu ini sbg contoh kepincangan dan keburukan kerajaan yg diterajui oleh BN.
July 2, 2009 2:07 PM
Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Jika BN mahu terus jadi pemerintah maka ubahlah cara dan perilaku serta perangai pegawai2 kerajaan yg memudaratkan itu.Tubuhkan satu sekolah mcm Henry Gurney utk mendisiplinkan mereka.Kalau tak mahu bertindak maka akan rebahlah BN pada PRU13 nanti.
July 2, 2009 2:41 PM
penyair dari gunung said...

Jelas le kepada kita siapa sebenarnya yang bermasalah!!! Bukan orang politik, sebaliknya sebahagian kakitangan kerajaan yang tak kira parti manapun yang memerintah masalah tetap sama.
Dalam dunia yang serba canggih, maslah kelewatan yang ketara masih berlaku di pejabat-pejabat kerajaan. Walaupun berjuta ringgit dibelanjakan untuk mempertingkatkan kemudahan dipejabat tapi kalau sikap masih ditakuk lama, takde maknanya perbelanjaan yang makan jutaan ringgit...bertugas le dengan ikhlas.Jangan kira nak minta naik gaji je, prestasi tak naik pun...
July 2, 2009 3:03 PM
asemsi said...

Masalah ini bukan masalah lagi tetap sudah jadi darah daging kakitangan kerajaan. tak perlu kita komen ....tetapi biar mereka yang menjadi kakitangan kerajaan ini menilai sendiri semasa mereka mengadap Allah diatas tikar sembahyang. Halalkah gaji dan pendapatan yang diterima selama ini ?
July 2, 2009 3:52 PM
najamarine said...

memang betul...

masalah pegawai kerajaan yg mengabaikan tugas hakiki mereka bukan di sebabkan oleh kerajaan atau pun sebab parti politik...

saya sendiri adalah kakitangan kerajaan,melihat di dpan mata kepala sendiri mereka2 yg tidak amanah dengan tugas masing2.malah mereka2 yg jujur selalu sahaja di ejek dan di perlekehkan..macam2 gelaran yg diberikan,bodek bos la,ade niat lain la,awal2 je rajin la..

mereka merase selesa kerana permasalahan yg di hadapi pengguna/masyarakat di atas kelalaian mereka di tanggung pihak pentadbir/kerajaan..jika mereka melakukan kerja sambil lewa gaji tetap di terima akhir bulan..

tidak semuanye,hanya segelintir tetapi yg segelintir itulah yg menjadi tokak dan nanah dalam sektor kerajaan..
July 2, 2009 4:36 PM
Anonymous said...

Hoi Najmarine!!!!, yang hang dok surf website ni masa waktu kejer ni apa cerita??...Apparaaaaa.......
July 2, 2009 4:51 PM
matdeboq said...

Saya dok kat Larut Tin Tambahan..Taiping !!
Masa ketua Kampong UMNO dulu...ketika nak bagi geran. Bukan main banyak songheh dia. Sampai oghang Kg. meluat. Last2 sekali kena bubuh nama saudara saya yg lain.

Saya terlepaih. Tapi tak pa lah..saudara sendiri.!

Ada seorang OKU dan oghang tua..pergi mintak bantuan kat Pejabat Kebajikan Masyarakat Taiping..!! Tu pun pasai ada oghang suruh. Depa kata layak terima..!!

Tunggu punya tunggu sampai dah lima tahun lebih.Tak dak apa berita pun.Konon nya rumah si peminta bantuan tu..ada pakai tikaq getah dan sebiji dua kusyen masa pegawai JKM mai melawat untuk temuduga ketika itu.

Tup-tup mai kerajaan PR/PAS yg.lepas..!! Depa suruh pi mintak lain. Alhamdullilah tak sampai sebulan kut teruih lulus.! Lega lah depa!!

Dan bermacam2 Birokrasi dok ada yg saja2 depa peghada!!Masa kerajaan BN dulu. Bukan main act lagi depa..!!

Saya pun laa2 ni bukan berapa pekenan kat PR tuu. Pasai DAP dan PKR campoq sekali dgn PAS.

Tapi bila dok kenangkan Peristiwa yg di sebut di ataih.Baguih jugak depa perintah sat kat PERAK tempoh hari. Ada jugak Hikmah dan jasa depa..oghang PAS ni..!!

Kalau dok dok harap kat UMNO..mungkin lah OKU dan Orang Tua tu tak merasa lagi kut duit JKM..!!

Masa tu depa oghang UMNO ni dok kira kereta Lebaq depa saja. Laa ni baru lah depa ada,akai. Nampak lah juga senyum kambin depa tuu.!!

Saya dok ataih pagaq... sana pun nampak, sini pun kita jenghoq tenghoq. Dok ataih pagaq pun tak selesa jugak. Pagaq ni tiruih nipih. Bergoyang sapa dok kat ataih...senang jatuh kat mana2 side..!!

Bukan ada apa2 ..cuma gheram saja..!!
July 2, 2009 4:56 PM
amirhamzah64 said...

salam bro,

kawan sokong artikel ini. BN banyak dibusukkan oleh kakitangan-kakitangan yang seumpama ini. Mereka perlaksana dasar, kerajaan pembuat dasar. Kedua-duanya perlu jalan seiring. Lebih malang ada antara mereka pro sebelah sana.
July 2, 2009 7:21 PM
Azhari said...

Assalamualaikum Saudara Hamdan Taha!.
Tahniah saya ucapkan kerana bertindak berani menegur akan sikap kakitangan kerajaan.

Sebenarnya saya telahpun kemukakan laporan penuh risikan dan siasatan saya ke peringkat tertinggi pimpinan Negara, termasuk juga satu naskah untuk YAB Menteri Besar Perak. Saya melakukan ini adalah dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas mahu Kerajaan Yang ada Sekarang dapat mengubahnya gelagat penjawat-penjawat awam yang telahpun saya laporkan. Ia amat penting untuk diterjemahkan dan di ambil tindakan segera, kerana ia menjadi impak paling besar terhadap kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sedia ada.

Sila halusi dan ambil tindakan segera. Memang tidak dinafikan bahawa Pejabat Daerah & Tanah lah yang paling banyak menjadi rungutan rakyat. Oleh itu, cara yang terbaik adalah mengenakan tindakan disiplin kepada pelaku-pelaku ini. Siasatan perlu dilakukan dan SPRM perlu meletakkan pegawainya untuk menyamar sebagai kakitangan Pejabat tanah, ini boleh dilakukan dengan kesepakatan Pimpinan Ketua2 Jabatan, melainkan Pemimpin ini juga terlibat sama dalam kegiatan rasuah. Kerana setiap pergerakan fail perlu ada imbalan duit suapan. SPRM perlu bertindak segera. IMEJ KERAJAAN SEKARANG AKAN TERUS TERCEMAR DISEBABKAN PELAKU-PELAKU INI. Tindakan berat perlu diambil bila sudah cukup bukti, biarlah kita hilang satu pegawai, tetapi rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Satu lagi punca yang jelas dapat dilihat adalah kakitangan itu sendiri adalah penyokong kuat pembangkang, so, mereka akan bertindak untuk membantutkan usaha-usaha kerajaan untuk menambaikkan mutu perkhidmatan, dengan itu, rakyat akan terhasut dan percaya akan hasutan ini. Oleh itu, saya juga menyarankan agar satu badan bebas bagi meneliti pergerakan mereka, jika didapati mereka telah menyalahgunakan perkhidmatan memboikot dan mengadu-domba dikalangan pegawai, maka tindakan tegas perlu di ambil segera. Kita sepatutnya mengawal "barah ini dari merebak membawa parah" agar usaha-usaha kerajaan dengan melaksanakan KPI tidak terbantut. Cegahlah ia sebelum parah.

Ikhlas dari
Azhari Hj Abu
July 2, 2009 9:08 PM
Kakitangan kerajaan yang taat kepada kerajaan BN said...

Tolong pi siasat, banyak kakitangan kerajaan di kalangan guru dan pekerja hospital terang-terangan menentang kerajaan. Mereka buat-buat tak tahu, bahawa kakitangan kerajaan mana boleh terlibat dengan politik. Mereka lupa, masa mula-mula kerja dulu, mereka telah angkat sumpah akan taat setia kepada kerajaan yang memerintah. Sekarang ini bukan setakat menentang, malah ada yang terang-terangan memburuk-burukkan kerajaan.. walhal mereka lupa gaji yang mereka peroleh adalah daripada kerajaan yang mereka hina dan keji. Saya memohon agar kakitangan kerajaan yang menentang kerajaan sendiri dikenakan tindakan tatatertib. Ketua-ketua jabatan harus melapurkan salah laku kakitangan di bawah mereka, terutama yang tak ada kerja lain, hanya mencerca kerajaan.
Yang hairannya, bila dapat BONUS, merekalah antara kakitangan yang TERamat gembiranya. Lupa bahawa bonus yang diperoleh juga daripada kerajaan.
Oleh itu, besarlah harapan saya, agar kakitangan kerajaan yang didapati menentang kerajaan DILUCUTKAN jawatan mereka, diisi dengan orang-orang yang setia kepada kerajaan.
Saya juga memohon, MB Perak yang baru, pi round hospital-hospital kat Perak, pi round sekolah-sekolah kat Perak,pi round jabatan-jabatan kerajaan di Perak.. dapatkan feedback tentang mereka-mereka yang didapati petualang dalam jentera kerajaan. Ambil tindakan segera sebelum parah.
JANGAN LUPA, KEBANYAKAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG RAJIN BERSEMBANG DAN CURI TULANG ADALAH DI KALANGAN MEREKA YANG ANTI KERAJAAN.
Tak caya, turun padang sendiri.
July 2, 2009 9:19 PM
Anonymous said...

Kami pun heran!! Anak2 yatim lagi, yang amat memerlukan bahagian hak mereka dari harta pusaka Awah bapanya, Mak tak sihat, adik2 semua masih sekolah.

Mahkamah nak tengok muka semua WARIS, ambik cuti Kolej/sekolah terhegeh pi, tunggu dari 8pagi sampai 2ptg, jauh pulak tu...

Nak surat itu ini serta merta bagi, segalanya telah dimajukan, naik turun Mahkamah dan nak masuk 5kali, SIJIL FARAID masih belum nampak bayan...

Sejak November 2008 hingga hari ini? Dah nak masuk 7bulan! Harta hasil pencarian bersama saya serta Arwah, tapi mereka nih buat macam kami macam pi nak MINTA SEDEKAH untuk dapatkan harta sendiri????

Entah apa masaalah mereka nih? Saya memang tidak akan halal dunia akhirat semua mereka yang berkaitan proses ini.

AnakYatim
July 2, 2009 9:35 PM
parpubasi said...

he he he he , amik ko samdol..... kakitangan kerajaan yg dok bg komen kat sini semuanya guna line internet pejabat MANAKALA kakitangan swasta yg komen kat sini semuanyer pernah temuduga kerja kerajaan tapi tak dapat sebab bahsa melayu SPM FAIL....... kuang kuang kuang kesimpulannyer... 2X5 5X2 la la la la la l ala la
July 2, 2009 10:10 PM
Anonymous said...

Kakitangan kerajaan ni sume mendapatkan arahan dari pegawai atasan mereka yang juga menjalankan tugas mengikut arahan kuasa dari pihak atasan yg mana seterusnya melibatkan pemimpin dari parti politik.

Mereka dah dididik dan dibiasakan oleh pemimpin atasan dengan selok-belok dan birokrasi ahli-ahli politik pemerintah. Kalo dah 51 tahun memerintah... makne dah liat nak adjust mereka ni... sape yg memerintah selama 51 tahun ni!embentuk mereke dgn
July 3, 2009 12:52 PM
Anonymous said...

PARPU & BLOGERS,

1. BAGUSLAH PARPU BANGKIT ISU KAKITANGAN KERAJAAN.KAKITANGAN KERAJAAN NI ADA 1 JUTA LEBIH..RAMAI WOOO...MACAM MANA NAK CONTROL..MACAM2X PERANGAI DAN TINGKAH LAKU NAIK YANG KAKI BODEK,AMPU, PEMBANGKANG,PENYOKONG KERAJAAN,PENGAMBIL KESEMPATAN,PENGUMPUL HARTA,PENCURI HARTA,MEMINTA RASUAH..HUIHHH..KALO NAK CARI SALAH SAMPAI KIAMAT PUN TAK HABIS..MALAIKAT DALAM KUBUR DAN DI PADANG MAHSYAR NANTI PUN TAK HABIS KIRA/BILANG...

2.AKU TAK NAMPAK ISTIMEWA PUN JADI KAKITANGAN KERAJAAN NII,,JADI PENCACAI POLITIK LAGI BAIK..BILA BUAT KERJA ORANG NAMPAK MACAM BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT TAPI SENYAP-SENYAP KEBAS PROJEK SANA SINI..TUP-TUUP KAYA DAH/SENANG DAH..SIAP RAMAI RAMAI PAKAT PI JILAT TANGAN BILA SALAM..

3.SEMUANYA SALAH PEMIMPIN ITU SENDIRI TAK KIRA LAH SAPA BAIK YANG DALAM UMNO DULU ATAU PEMBANGKANG SEKARANG..SAMA JE 2X5...SALAH PADA CORAK PENDIDIKAN KITA..

4. HANG PARPU KALO NAK PERKARA BEGINI DAPAT DIKURANGKAN PUN CUBA-CUBALAH MUHASABAH DIRI SENDIRI, MUHASABAHKAN PEMIMPIN YANG ADA DALAM UMNO..MEREKA NI JELAH TEMPAT BERGANTUNG HINGGA KIAMAT..KALO PERANGAI MASIH SAMA..TOK SAH CERITA..KIAMAT PUN MACAM NI JUGAK NANTI..TAKUT LAGI TERUK..

5. AKU DALAM KERAJAAN ANTARA ORANG YANG KECEWA TAPI MASIH SETIA MENYOKONG KERAJAAN..DENGAN HARAPAN DAPAT MEMBERI PERUBAHAN TAPI SAMPAI SEKARANG MAKIN HILANG SEMANGAT MENGENANGKAN PEMIMPIN YANG ADA BAIK PERINGKAT KETUA JBATAN,MB,MENTERI DAN SEMUALAH..SEBAB SEMUA SAMA JEE...2X..RASANYA BAIK AKU MASUK GOLONGAN YANG 2X5 JE KOT LAGI AMAN JIWA AKU..

5..YANG RAJIN TU NAK PANGKAT DAN ELAUN JEE..SIAP LOBI SANA,LOBI SINI..BILA DAPAT PANGKAT ANAK BUAH KAT BAWAH DIA TAK PANDANG DAH..PANDAI-PANDAI LAH NAK HIDUP..BELUM CERITA YANG ADA KUASA PI KUMPUL HARTA..KMPUL KRONI..HISHH..MUNTAH LAH NAK CERITA..

6. KALO NAK CERITA BAIK2X LAGI LAH NAK MUNTAH..SEBAB KERJA BAGUS PUN KENA ANIAYA,DITUDUH BODEK DAN AMPU..ADA YANG RAJIN GILA DAN SEMANGAT SERTA MACAM-MACAM IDEA (INOVASI DAN KRETIF)TAPI SEBALIKNYA SEMUA ADA AGENDA PERIBADI (KEUNTUNGAN DIBELAKANG).

7. KALO PANGKAT DAN BERKUASA LAGI LAH..SURUH ORANG BAWAHAN BUAT PENGUATKUASAAN ITU,UNDANG-UNDANG INI, PERATURAN ITU DAN INI DAN LAIN-LAIN...TAPI BELAKANG KITA DIA LAH YANG 'MAKAN' BANYAK..KADANG-KADANG DIA LAH YANG BAGI 'PELEPASAN' YANG KITA ORANG BAWAHAN TAK TAHU..SEMUANYA ATAS KEPENTINGAN PERIBADI..

8. SEMUA INI MEMANG TERJADI DIKALANGAN KAKITANGAN KERAJAAN..KALO NAK TAHU SIAPA PULAK YANG KUAT MEMPENGARUHI??????AKU RASA EN.PARPU MESTI TAHU PUNYA...JAWAPAN DIA...

9. PEMIMPIN KITA LAH TAK KIRA PARTI MANA TERUTAMA PARTI KERAJAAN LAHH..SEMUA NAK JAGA FAKTOR-FAKTOR POLITIK..MEREKA LAH YANG LEBIH KUAT MEMPENGARUHI KAKITANGAN KERAJAAN BUAT MASALAH..MEREKA TAK TUNJUK MUKA KADANG-KADANG TAPI CUKUP DENGAN HANTAR WAKILWAKIL BISNES MEREKA...MASUK BILIK...RAYU SANA..BINCANG SINI...KONTRA SANA...KONAR SINI...TEMBERANG SANA...BODEK BAGAI NAK RAKK...SPONSOR LEBIH SIKIT..SETTLE LAH...
July 3, 2009 3:55 PM
Anonymous said...

parpu & blogers

10. BOLEH KE PARPU???TAK DE SPONSOR SUSAH NAK HIDUP WOO TERUTAMA ORANG POLITIK..LEPAS TU KAKITANGAN PUN KENA ADJUST..TAK TAHAN DUGAAN..EMM..SAMA-SAMA HANYUT...

11. AKU TERUS TERANG SEMUA BAHANA NI ORANG POLITIK (PEMIMPIN PUNYA ANGKARA)...WARIS-WARIS AKAN DATANG AKAN IKUT JEEE APA JUGA CORAK YANG DAH ADA..KADANG-KADANG LEBIH KRETIF LAGI..SIAPA NAK DISALAHKAN???

12. KITA LAH SAMA-SAMA JANGAN TUNJUK ORANG LAIN JE SALAH..AKU NI PUN PUAS NAK AJAK ORANG BUAT BENDA BAIK,BAGUS CEMERLANG,GEMILANG TERBILANG DAN MCM2X LAH BENDA BAIK..TAPI BUKAN SENANG WOOO...KADANG-KADANG YANG TERBAIK PUN BOLEH KENA PECAT WOO KALO TAK GENA GAYA..

13. MACAM NASIHAT AKU NI..KALO MANA-MANA PEMIMPIN PANAS TELINGA..TAK TAU LAA APA JADI KAT AKU NI...SAMPAI BILA KITA NAK BERUBAH...HARAP PARPU PUN SEDAR PERKARA NI..JANGAN KO DELETE AKU PUNYA KOMEN NI DAHLAH..KALO TAK KO PUN SAMA JE PERANGAI MACAM MANUSIA LAIN..2X5...SAMPAI BILA..BILAA...

14. KALO BERUBAH PUN..HANYA BERUBAH UNTUK KEPETINGAN SENDIRI,KELUARGA DAN KRONI-KRONI..

15. SAMA-SAMALAH KITA RENUNGKAN..

16. KALO SIAPA PERTIKAIKAN KENAPA AKU KAKITANGAN KERAJAAN GUNA INTERNET MASA KERJA..APA NAK BUAT...INI JE YANG AKU MAMPU..NAK GUNA INTERNET SENDIRI TAK MAMPU LAGI..NAK SAMPAIKAN PENDAPAT SECARA RASMI NANTI KENA 'GAM',KENA BOIKOT,KENA PULAU...ISH..DAH BANYAK DAH MANUSIA JADI MACAM NIII..KAT INTERNET INI JELAH YANG SELSA SIKIT..ITUPUN KALO ORANG TAK PUAS HATI MASIH BOLEH KENA TANGKAP.

17. HARAP-HARAP KOMEN AKU INI HANYA SEBAGAI IKTIBAR JELAH YEE..BUKAN NAK MEMBURUKAAN SESIAPA..TAPI REALITI KALO DITUTUP SAMPAI KIAMAT PUN MACAM TU JEEE...2X5...

WASALAM..T.KASIH

'ANON TANPA NAMA'
July 3, 2009 3:56 PM
Anonymous said...

PARPU & BLOGERS,

1. AKU SUKA ARTIKEL PARPU KALI NI PASAL KAKITANGAN KERAJAAN..KALO SETAHU AKU LAH..KAKITANGAN KERAJAAN NI MERANGKUMI LAH DARI PM,PAK MENTERI,CEO GLC,YB2X..SAMPAILAH TAHAP PALING KECIL PRA..MUNGKIN ADA YANG LAGI KECIL KOT...SEMUANYA SAMA MAKAN GAJI MELALUI DUIT RAKYAT,CUKAI RAKYAT...DUIT TAMBAHAN DARI SPONSOR-SPONSOR DAN PARTIME-PARTIME..HEEE.HEEE..BOLEH PERCAYA KE PARPU????

2. BLOGERS DAN PARPU,,KENAPA DOKTOR SAKIT BOLEH BUKA KLINIK? CIKGU BOLEH BUAT TUISYEN?PENSYARAH BOLEH JADI PENYELIDIK ATAU PERUNDING, MENTERI BOLEH JADI PENGERUSI/PENASIHAT SANA SINI...DAN LAIN-LAIN..SEMUA TU ADA IMBUHAN NYE WOOO...

3. SEDANGKAN GAJI MEREKA PUN DAH BERIBANKAN???APA LAGI ALASAN KALO TAK CUKUP DUIT..KERETA BESAR-BESAR,RUMAH BESAR-BESAR,BINI BESAR2X DAN COMEL, ANAK-ANAK BELAJAR LUAR NEGARA...EMMM HARTA MERATA-RATA...MELANCONG SANA SINI, SHOPPING BAGAI ESOK NAK MATI...APA LAGI???PARPU BOLEH TOLONG LISTKAN TAK SIAPA YANG AKU MAKSUDKAN NI..HEEE..RAHSIA WOOO..

4. KALO ITULAH ORANG ATASAN PUNYA KERJA...TAK KAN ORANG BAWAHAN BIAR HIDUP MELARAT..PANDAI-PANDAI- LAH CARI MAKAN...IKUTLAH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN..TINGKATKAN PRESTASI...BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT,AGAMA DAN NEGARA...ITULAH SLOGANNYA...TAPI SLOGAN JEEE..REALITINYA MENYAKITKAN HATI..

5. CUBA PARPU DAN BLOGERS RENUNGKAN..ADE KE PEMIMPIN BAGI GAJI SERIBU DUA NAK JADI PEMIMPIN, ADE KE DOKTOR,PENSYARAH,JURUTERA DAN SEMUA LAH PANGKAT TINGGI NAK KERJA KALO BAGI GAJI SERIBU DUA DEMI RAKYAT,AGAMA DAN NEGARA???HAAA...HHAA..
July 3, 2009 4:51 PM
Anonymous said...

parpu lagi...


6. MAMPOS MATI HIDUP SEMULA PUN MEREKA TAK NAK...ZAMAN DULU BOLEH LAHHH..ZAMAN SEKARANG...MASYAALLAH...PENDIDIKAN DAN PEMIMPIN KITA DAHULU DAN KINI LAH YANG BERTANGGUNJAWAB KE ATAS KEADAAN INI..TU PASALLAH RAMAI YANG MAHIR LARI KELUAR NEGARA..GAJI KECIK BRO..KAT MALAYSIA NI MEREKA KATA???

7. APA LAGI NAK CERITA PARPU..SAMPAI KIAMAT PUN TAK HABIS PERANGAI KAKITANGAN KERAJAAN NI..TEMBOLOK KENA JAGA..ANAK-ANAK HIDUP ZAMAN CANGGIH NI LAGI LAH MENCABAR BROO..SEMUA NAK GUNA HANDPHONE..TOPUP PUN KENA BAGI BROO..AKU TAK TAU LAH PARPU HANYA HIDUP SEKADAR APA YANG ADA DEMI RAKYAT,NEGARA DAN AGAMA???BOLEH PERCAYA KEE..

8.KALO PARPU DAN BLOGERS BEKERJA DEMI AGAMA, MAKA USAHAKANLAH MEMBENTUK SEMUA UMAT KITA PATUH PADA AGAMA DARI PERINGKAT BASIC DULU PUN JADILAH..SEPERTI NASIHAT PADA ISTERI PM KITA TU PAKAI TUDUNG PUN JADILAH...BARULAH BEKERJA DEMI AGAMA..PERINGKAT YANG BESAR-BESAR BAGI ULAMA LAH BUAT KERJA..TAPI ITU PUN ADA YANG TAK NAK IKUT/BANTAH..HEEE...HEEE.MANA AGAMANYA BRO????

9. KALO PARPU DAN BLOGERS SERTA KAKITANGAN KERAJAAN (TERMASUK YB,MB,PM,PAK MENTERI) BEKERJA UNTUK RAKYAT SELAMA 51 TAHUN MERDEKA ..AKU RASA DAH TAK ADA ORANG MISKIN KAT MALAYSIA NI..BUKAN SETAKAT MISKIN TAPI SEMUA HIDUP SELESA..PALING BEST PUN SEMUA RAKYAT ADA RUMAH SELESA...DAN ANAK-ANAK BOLEH SEKOLAH DENGAN BAIK...

10. KALO PARPU DAN BLOGERS SERTA KAKITANGAN KERAJAAN (TERMASUK YB,MB,PM,PAK MENTERI) BEKERJA UNTUK NEGARA AKU RASA TAK JADI ISU-ISU SEPERTI SINGAPURA, ISU INDONESIA,BAGLADESH,MYANMAR,VIETNAM DAN LAIN-LAIN...ITU BELUM LAGI PASAL SUKAN KITA DI MANA DUNIA, PASAL BISNESS-BISNESS ANTARABBANGSA...HISSHH.AKU RASA BANYALAHLAH LAGI...SELAMA 51 KITA MERDEKA NI BERUBAH MEMANG BERUBAH..TAPI LAGI CEPAT BERUBAH DIKALANGAN ORANG KERAJAALAH TERUTAMA ORANG POLITIK..HEE..HEE SIAPA YEK ORANG POLITIK YEKK???TAK KAN ANUWAR IBRAHIM JE KOTT...RAMAI KAN???

11. LAGI KERJA UNTUK APA YEEE...UNTUK PAHALA???MUNGKIN NIK AJIS BANYAK DAPAT PAHALA YEKK..HEEE...KALO DAPAT LAH BILA IKUT SUKA DIA JEEE...TAPI CONFIRM BUKAN SENANG NAK DAPAT PAHALA KALO BUAT BAIK KAT SINI PASTU BUAT PERANGAI KAT BELAKANG..PUSING-PUSING PAHALA KEMANA,,DOSA BERTAMBAH-TAMBAH...HUUU...HUUU..O.K KER PARPU..???AKU TAK PASTI PARPU DAN SEMUA BLOGERS BUAT KERJA UNTUK PAHALA????HANYA TUHAN JE YANG TAHU..HUUU...HUU..

12.KALO BUAT BAIK KAT BELAH SINI TAPI HENTAM BELAH SANA..KITA NI SAMA JEEE..2X5...PAHALA BELAH SINI..DOSA DAPAT BILA HENTAM BELAH SANA...APA ERTINYA PARPU????

13. KALO DIFIKIRKAN BUKAN SENANG NAK SENANG,BUKAN SENANG NAK MERUBAH ORANG,BUKAN SENANG UNTUK BERBAKTI PADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA..BUKAN SENANG SEGALA-GALANYA...SEMUANYA MENCABAR,TERCABAR DAN DICABAR..DUNIA OH DUNIA.ITULAH PANCAROBANYA.NILAILAH SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN ITU?????KITA SEMUA KOT.

WASALAM.T.KASIH

'ANON TANPA NAMA'
July 3, 2009 4:52 PM
Langsi said...

Alamak parFUCKari... Anon Tanpa Nama dah bagi cili api kat ko la!

Pedas ke... ko cari la TungakLangit, Jeffry, PakMie, R.A.M, Penyair Gunung dan jugak TYDP KAAMIP si Azhari tu buat penghilang kepedasan cili api tu!
Kwang...kwang...kwang....7X
July 3, 2009 7:55 PM
Azhari said...

Sahabat2 Pena bloggers!.

Diruangan yang penuh makna ini adalah untuk kita sama-sama memberikan idea atau cadangan dan juga sedikit teguran yang mana patut tanpa mengherdik dan mencaci sesiapa. Tulisan yang kita buat adalah untuk tontonan dan bacaan secara ilmiah yang boleh digunapakai. Minta lar kerjasama semua dan seeloknya berikan nama dan tulis dengan ikhlas. Menjadilah bangsa pendidik bukan mengherdik. Yang saya lihat yang kuat mengherdik dan mencaci ni bunyi tulisannya selalu menghentam kerajaan, maknanya, PAS/PKR. Adakah Ulama-Ulama PAS & PKR mengajar untuk menulis diruang ini untuk mengherdik dan mencarut ditambah lagi tidak mahu meletakkan name betul, Kenapa takut diketahui, maknanya penakut/bacol dan pondanlah. Oleh itu, gunakan name yang jelas dan berdiskusilah dengan cara yang berhemah. Kerana idea mahupun teguran ANDA boleh diguna pakai demi kebaikan. Jadilah bangs Melayu Islam yang berakhlak dan berilmu, jangan letak otak dan fikiran dilutut main sedap nak bercakap dah tu pulak macam pondan tak mau letak nama, berani buat berani lah tanggung!.

Sekian, teguran ikhlas dari saya .
Azhari Hj Abu
July 3, 2009 10:17 PM
najamarine said...

woi bangang....kul 4.30 dah abis keje....

aku gune laptop aku,pc pejabat dah tutup...lenkali nak melalak siasat la dulu...
July 4, 2009 11:26 AM
YB_ajak said...

Parpu,

ada yang terasa...kikikihihihih

Saudara Azahari penulisan yang menarik...keep on bro...

YB Ajak
July 4, 2009 11:36 PM
Anonymous said...

Azhari Hj.Abu,

1. terima kasih atas teguran anda..aku memang tak letak nama dan memang taktik aku tu..cara komen aku tu dah biasa dengan blogers SUKJ dulu dan sekarang nak menumpang di blog en.parpu ni..aku orang kerajaan memang kena join dengan blogers kerajaan jee..blogers pembangkang aku malas nak layan..kurang faedah kalo bagi idea pun..

2. tapi masalah nya aku cuba tengok profile ko pun tak boleh nampak..ingatkan tak rahsia..rupanya rahsia gak...nilah namanya 2x5..sama je macam aku...

3. kalo nak berbicara dengan hujah yang manis dan berbudi bahasa..emmm tak siapa nak layan..mungkin profesor bahasa boleh lah kot..ko masuk blog parpukari ni tak baca ke bahasa yang dia guna tuuu...manis dan lemah lembut ke bahasanya..heee...heee..ni yang susah kalo 2x5...

4. Azhari, ko tau tak disekeliling kita ramai yang 2x5...kata orang tapi diri sendiri tu haramnya sama jeee...aku bagi ko contoh sikit, kita masa kecik haram nakal tapi bila kita jadi bapak kita pulak nak mengajar anak jadi baik..perangai bapak masa kecik buat-buat lupa...kadang-kadang tu nasihat anak buat baik dan berhati mulia tapi bapak pulak belit perangai tak semengah dibelakang anak2x..spesis ni ramai kat sekeliling kita..ko tak kan tak biasa kot???

5. Terus terang aku bukan pelapis pembangkang parti PKR/PAS tu..tapi aku pembangkang pada sistem kerajaan sedia yang banyak cacatnya tapi pada masa yang sama boleh memberi pandangan/idea untuk kebaikan...lagi satu kalo memberi pandangan dengan sinis (macam che det)..nik ajis...memang orang akan ambil perhatian..ko tengok lah berapa famousnya parpukari kini dan SUKJ suatu ketika dulu..

6. Azhari, bagi add. blog ko aku nak berbicar secara ilmiah dalam blog ko kalo ada...

wasalam..t.kasih..

'anon tanpa nama'
July 5, 2009 12:01 AM
najamarine said...

Anonymous Anonymous said...

Hoi Najmarine!!!!, yang hang dok surf website ni masa waktu kejer ni apa cerita??...Apparaaaaa.......

July 2, 2009 4:51 PM

aku sound mamat kat atas ni je..bukan posting ni..

keep on bro..
July 5, 2009 12:02 PM
Anonymous said...

Bodoh gila lu ni Najmarine, nampak sangat nak cover. Lu mengaku aja lah guna komputer opis surfing. 4:30 konon, abis tu lu type 1 saat aja ke?. Lu mmg lawak la bai. Loser gila. Muka dah la skima nak mampus.
July 5, 2009 11:44 PM

(sumber;http://parpukari.blogspot.com/2009/07/bilakah-pegawai-kerajaan-akan-berubah.html)

zmsegamat kata: zmsegamat bersara awal atas pilihan sendiri pada Feb 2001

No comments: