Wednesday, July 1, 2009

Serang Karpal: Pemuda UMNO didenda...MP pembangkang dicela




Empat Ketua Pemuda UMNO di Selangor yang didakwa serang dan kepung Karpal Singh ekoran keluarkan kenyataan ‘Pemuda UMNO celaka’ didenda RM1,000 oleh Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat.

Dalam insiden membabitkan Pengerusi DAP itu di parlimen Februari lalu, lapan ahli parlimen pembangkang termasuk tiga ahli Jawatankuasa berkenaan dikenakan hukuman cela kerana enggan bekerjasama dan sertai jawatankuasa berkenaan.

Pemimpin Pemuda terbabit ialah Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdullah; Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din; Ketua Shah Alam, Azahari Datuk Shaari dan Ketua Pemuda Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal.

"Hukuman yang dikenakan ini adalah hukuman maksimum seperti yang diperuntukkan undang-undang mengikut Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keisitmewaan dan Kuasa) 1952,” menurut keputusan yang dikeluarkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia di parlimen, Selasa.

Mereka melakukan kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Manakala ahli parlimen yang dikenakan 'hukuman' pencelaan kerana enggan bekerjasama dan menyertai jawatankuasa itu ialah Karpal sendiri selain saksi kejaidan iaitu Fong Po Kuan (Batu Gajah), Lim Lip Eng (Segambut), N. Gobalakrishnan (Padang Serai), Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Ahli jawatankuasa yang tidak bekerjasama pula ialah Lim Kit Siang, Datuk Kamarudin Jaffar dan R. Sivarasa.- 30/6/2009

(http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2f856080-7f000010-96478e00-ccec0ed0)

No comments: