Tuesday, September 29, 2015

Kenapa kita perlu minum air alkali?


Oleh kerana tubuh badan kita mengandungi 60%-70% air, tahap pH mempunyai kesan yang mendalam kepada semua kimia badan, kesihatan, dan penyakit. Pernafasan, peredaran, pencernaan, dan pengeluaran hormon berkhidmat untuk tujuan mengimbangi pH dengan mengeluarkan sisa-sisa asid dari tisu badan tanpa merosakkan sel-sel hidup.
ph-balance-right
Jika pH menyimpang terlalu jauh ke sebelah asid atau terlalu jauh ke sebelah alkali, sel-sel  menjadi diracun oleh sisa toksik mereka sendiri dan mati. Sama seperti hujan asid boleh memusnahkan hutan dan sisa alkali boleh mencemarkan tasik. pH yang tidak seimbang boleh merosakkan semua tisu badan dan boleh merosakkan urat dan arteri. Jika dibiarkan, ketidakseimbangan pH akan menganggu semua aktiviti sel-sel dan fungsi tubuh badan dari degupan jantung hingga ke otak.
Dengan makanan moden, ia benar-benar tidak mudah untuk mendapatkan makanan beralkali. Tidak semua yang sanggup untuk menukarkan makanan mereka menjadi makanan beralkali. Jadi, konsep terbaru dalam air minuman hari ini adalah air alkali.
Senarai makanan alkali :
Sangat alkali,
Lemon, tembikai, limau, mangga, betik, asparagus, bawang, jus sayur, brokoli, bawang putih, bayam, minyak zaitun, teh herba.
Alkali,
Kurma, anggur, kiwi, blueberry, epal, oren, pisang, nenas, lobak, tomato, tauhu, kismis, kacang hijau, seleri, kentang, almond, susu ibu, teh hijau, madu asli.
capture2
terimakasih sumber:
http://www.kangenmalaysia.my/kenapa-kita-perlu-minum-air-alkali/

No comments: