Paparan skrin laman sosial Mohsin Yusoff.
Paparan skrin laman sosial Mohsin Yusoff.


















SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.

Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.

"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook.
Ketika dihubungi Sinar Harian beliau berkata, "sekarang nak rehat, dah penat dan tunggu masa nak hantar surat pada presiden."
Dalam kenyataan itu juga, beliau tidak menyatakan peletakkan jawatan-jawatan lain yang disandang antaranya Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Mat Isa Sabu.
Mohsin sebelum ini adalah seorang guru yang mengambil cuti tanpa gaji dan terus bergiat dalam politik.  
Beliau kemudiannya difahamkan meletakkan jawatan sebagai seorang pendidik bagi memberikan tumpuan dalam dunia politik.
Katanya, beliau enggan mengulas panjang dan tunggu surat perletakan jawatannya.
Sebelum ini, Umno Perlis dikejutkan dengan ura-ura dua ahli parlimennya yang juga bekas menteri akan meninggalkan parti berkenaan sekiranya tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Bagaimanapun laporan berkenaan dinafikan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid dan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.  Kedua-dua mereka menyatakan kesetiaan kepada parti walaupun siapa dipilih, termasuk pemimpin baru. 
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/ketua-pemuda-umno-perlis-letak-jawatan-1.104129)

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.