Friday, February 3, 2012

Syed Ali sokong saranan Rafidah supaya Shahrizat berundur


DATUK Wira Syed Ali Alhabsheebersetuju dengan pendapat Tan Sri Rafidah Aziz supaya pemimpin UMNO yang membawa masalah kepada parti dan kerajaan perlu segera meletakkan jawatan.


Katanya, saranan Rafidah itu jelas ditujukan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil yang sedang bercuti berikutan kontroversi isu NFC.


“Saya menyokong penuh pendapat Rafidah, yang antara lain mempersoalkan mengapa dia (Shahrizat) harus bercuti, itu bukan perkara pokok kepada isu tersebut,” katanya.

Perkara penting kata beliau, seperti dinyatakan oleh Rafidah ialah buat keputusan muktamad dan jangan tinggalkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan bagi pihak dirinya.

Rafidah kata Syed Ali, telah memberi teguran ikhlas demi kebaikan parti dan meyakinkan rakyat bahawa UMNO dan kerajaan tidak wajar diheret sama dalam isu NFC.

“Pemimpin harus bertanggungjawab terhadap apa jua isu dan tidak wajar melarikan diri dengan membiarkan kedudukannya terus menjadi persoalan umum,” tegasnya.


Beliau berpendapat, membebankan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu yang tiada kena mengena dengan UMNO merupakan satu tindakan kurang wajar sama sekali.

“Sebagai pemimpin berpengalaman, dia sudah boleh membuat keputusan terbaik tanpa membebankan Najib yang juga Presiden UMNO,” ujarnya.

Sebelum ini, Syed Ali pernah mendesak supaya Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana tidak mahu isu NFC menjadi beban kepada UMNO pada PRU ke-13 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mengulas kenyataan keras Rafidah dalam satu wawancara pendek dengan akhbar The Malay Mail hari ini (Khamis), yang antara lain mahu Shahrizat berundur jika membawa masalah kepada parti dan kerajaan.

Rafidah turut menegaskan, mana-mana pemimpin yang menjadi liabiliti kepada parti harus mengambil langkah betul termasuk melepas jawatan yang dipegang tanpa menyusahkan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut gesaan tersebut, Syed Ali menambah desakan supaya Shahrizat berundur bukan atas alasan ‘kebencian peribadi’ tetapi demi kebaikan parti dan kerajaan.

“Dalam isu ini, Shahrizat harus buktikan keikhlasan perjuangan beliau, sama ada untuk parti dan kerajaan atau pun lebih mengutamakan kepentingan keluarga,” tegasnya.

Beliau mengakui isu NFC sedikit-sebanyak telah memberi masalah kepada UMNO untuk berdepan dengan rakyat menjelang PRU akan datang.


“Di sesetengah tempat, saya diberitahu isu NFCkini menjadi bahan sindirian kononnya mana-mana kawasan yang terbiar ditumbuhi rumput dan lalang, tak perlu lagi guna mesin pemotong rumput, sebab UMNO dah ada lembu di Gemas,” katanya.

Walaupun sekadar sindrian kata beliau, tetapi cukup memberi kesan buruk kepada UMNO walhal parti tidak ada kepentingan dengan NFC yang diterajui oleh keluarga Shahrizat.

“Inilah yang ditegaskan oleh Rafidah, kalau pemimpin bawa masalah kepada parti, elok berundur dan saya bersetuju dengan pendapat beliau,” tegasnya lagi.

5 comments:

Anonymous said...

kedua2 orang nie agak keterlaluan dalam membodek PM...seharus sikap KAK IJAT tidak mengundurkan dirinya oleh tekanan mereka dan juak2 Pembangkang tu di puji kerana berdiri di atas Prinsip Kebenaran dan Menjaga serta Membuktikan bahawa UMNO/BN yidak lah sekorup yang di FITNAHKAN.

Something is wrong and Not right wiht these DUO..Berani kerana benar.. kenapa harus disembunyikan,Ingatkan Rafizi dan Mak Lampir je yang sasau rupanya masih ada lagi yang nampak ok ..sasau juga...bawalah bertenang dan fikir2kan lah.

Anonymous said...

rafidah tewas kepada sharizat...pertandingan jawatan ketua wanita...itu hari...ini hari rafidah pun terkinja2lah dok suruh sharizat berundur...yg si mat habsyi tu pulak...akai pendek...samada sharizat berundur atau tidak...situasinya tetap sama...isu NFC akan terus dimanipulasi dan di spin pihak lawan....akai ada ka

Anonymous said...

aku orang UMNO dan ahli UMNO meluat dengan kedegilan mami nie cakap banyak tak nak la kami ni ikan bilis bila nak minta bantuan atau pinjaman untuk kembangkan bisness 10k pun susah nak dapat tambah pulak nama dah disenarai hitam tapi lu orang senang-senang jer 250juta masuk ... poorahhhhhhh kalo lu ada maruah letak jawatan la mami ...bosan le menjahanamkan UMNO jer sepatutnya Presiden UMNO contohi Presiden PAS dalam soal ketegasan ... maaf cakap aku bukan sebelah pembangkang tapi kebanyakan rakyat yang macam aku nampak kerasukan keluarga menteri menjahankan wang kerajaan ... kami rasa terkilan ...

Anonymous said...

Shahrizat patut letak jawatan

Sokong Tan Sri Rafidah & Datuk Wira Syed Ali

Anonymous said...

Salam , Rafidahbila masa jadi ketua wanita umno tak letak jawatan pun masa isu AP ...cakap macam orang mabuk ...