Thursday, July 21, 2011

CALONKAN ANJING PUN BOLEH MENANG? (isu akhbar cina)

(gambar haisan tq papagomo.com)


1.0 AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

2.0 Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang?’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

3.0 Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

4.0 Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.

5.0 Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu. Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

6.0 Dalam perkembangan lain, baru-baru ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Kim secara keras mengkritik akhbar Cina. Beliau menyifatkan pemberita dan akhbar Cina seperti sampah yang sudah tidak bernilai lagi.

7.0 Pada mulanya penulis tidak faham kenapa seorang ahli politik yang begitu kanan dan berketurunan Cina bersikap sedemikian. Sedangkan, beliau memerlukan akhbar Cina bagi menyampaikan maklumat kepada kaum itu.

8.0 Apakah hasilnya jika beliau mengkritik dan menghina akhbar Cina? Adakah beliau sudah menjadi malaikat, yang boleh menghumban jauh-jauh akhbar Cina?

9.0 Setelah membaca komen yang disiarkan dalam Facebook pemimpin bawahan DAP berkenaan, segala persoalan yang bermain dalam fikiran penulis berhubung tindakan Chang Kim akhirnya terjawab.

10.0 Beliau sudah tidak perlukan akhbar Cina untuk membuat sebaran propaganda parti itu, kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang itu tetap akan menang pada pilihan raya akan datang. Chang Kim 1,000 kali ganda lebih baik daripada seekor anjing, buat apa lagi perlukan akhbar Cina?

11.0 Kepada pemimpin DAP yang menganggap mereka disokong sepenuh oleh masyarakat Cina, mereka seharusnya memberi perhatian terhadap kata-kata seorang sasterawan Cina di Malaysia yang bernama, Chang Mu Chin.

12.0 Menurut beliau: “Ada orang yang menganggap alat yang mempunyai kuasa ghaib (seperti propaganda melalui Internet) sudah berada di tangan mereka. Oleh itu, akhbar dan media Cina boleh diketepikan dan dipijak-pijak.”

13.0 Sebenarnya, sehebat macam mana sekali pun kuasa dunia Internet, ia tidak semestinya dapat mempengaruhi keseluruhan jiwa masyarakat Cina. Walaupun pepatah Cina ada menyatakan ‘dapat tawan jiwa rakyat bermakna dapat menawan pemerintahan’. Tetapi, bagi orang yang hanya membuat tanggapan bahawa diri mereka telah dapat menawan jiwa rakyat, belum tentu dapat menguasai pemerintahan.

14.0 Untuk menawan jiwa rakyat, kita perlu lakukan perkara yang sebenar, iaitu turun padang untuk berkhidmat dan berjumpa dengan pengundi. Bukannya hanya dengan membuat dakyah dan berteriak untuk menawan jiwa rakyat.

15.0 Jika ini tidak dapat dilakukan oleh DAP, ia bermakna parti itu hanya memperkecil-kecilkan pengundi Cina dan terlalu meletakkan harapan tinggi akan disokong oleh kaum berkenaan.

terima kasih (sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(gambar hiasan)
Kenapa DAP Yakin Letak Anjing Sebagai Calon Pun Mereka Boleh Menang??


1.0 Kata seorang pemimpin DAP seperti dilaporkan dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina…. Kalau mereka letak anjing sebagai calonnya pada pilihanraya umum akan datang, mereka tetap boleh menang. Begitulah angkuh, sombong dan biadapnya DAP.

2.0 Nampaknya mereka betul-betul yakin dengan kemampuan mereka. Setelah berpuluh tahun selepas menayangkan simbol penyapu pada satu perarakan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada tahun 1969, kenyataan letak calon anjing pun boleh menang adalah kenyataan berani yang cukup biadap dinyatakan DAP.

Mengapa mereka begitu berani, angkuh dan biadap mengeluarkan kenyataan itu?

3.0 Jawapannya mudah… mereka yakin jika mereka letakkan anjing sebagai calon mereka, anjing itu akan menang kerana ada anjing-anjing peliharaan mereka yang akan membantu kemenangan anjing tersebut.

4.0 Ini kerana DAP yang diketahui sebuah parti yang cukup rasis cukup percaya mereka kini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 80 peratus dari pengundi Cina.

5.0 Apa yang perlu diusahakan adalah menarik sokongan pengundi bukan Cina khususnya orang Melayu pada pilihanraya umum akan datang.

6.0 Tugas DAP untuk memecah belahkan undi orang Melayu ini sekarang cukup mudah untuk dilakukan kerana DAP mempunyai keldai-keldai yang sanggup bermati-matian untuk menurut perintah mereka.

7.0 Sudah pasti tugas ini akan diserahkan ke bahu dan batu jemala PKR dan Pas.
(gambar hiasan)
8.0 Jadi kenyataan DAP bahawa mereka pasti menang dengan hanya meletakkan anjing sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang adalah cukup berasas.

9.0 Ini kerana ada anjing-anjing peliharaan DAP yang sanggup menggadai nyawa bagi memastikan calon anjing DAP itu mencapai kemenangan.

Tok Cindai

Berita Bertarikh 21 July 2011 Pada 11:24 AM
terima kasih (sumber:http://umno-online.com/?p=42048)

1 comment:

Rosniena said...

kesian hanjing..heheks