Sunday, November 7, 2010

Mohd. Nor buat laporan polis terima ugutan


MOHD. Nor Deris menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Nilam Puri, Kota Bharu, semalam.



KOTA BHARU 6 Nov. - Bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan dalam laman sosial Facebook dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ekoran tersiarnya rakaman video pertengkaran beliau dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Internet baru-baru ini.

Mohd. Nor membuat laporan itu di Balai Polis Nilam Puri kira-kira pukul 3.30 petang kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat ugutan tersebut.

Beliau berkata, ancaman itu jelas menunjukkan Pas mengamalkan budaya samseng sedangkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ini (ugutan) menunjukkan budaya Pas ala samseng, Islam di mana? Perangai samseng, Nik Aziz sendiri pun pernah terjemah Allah pun samseng, ini contoh yang diberikan oleh pemimpin Pas kepada ahli-ahlinya.

"Saya tidak buat apa-apa pun pada Nik Aziz, saya cuma mahu dia jelaskan kenapa bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi kenapa ancam keselamatan saya," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' itu meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.

Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Sementara itu, Mohd. Nor yang juga bekas Ahli Dewan Ulama Pas berkata, perjuangan Pas telah berubah berbanding asas penubuhannya yang mencari keredaan Allah kepada perjuangan untuk kemenangan pada pilihan raya.

Perjuangan Pas sekarang hanya mengejar pangkat dan harta, bertopengkan Islam, berkubukan demokrasi supaya mencapai hasrat nafsunya dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan ajaran Islam," katanya.

Disebabkan itu, jelasnya, pakatan Pas dengan mana-mana parti tidak kekal lama kerana ia hanya mahu mencapai kemenangan dalam pilihan raya dan bukannya menegakkan Islam berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tunjang dan wujud perjanjian seperti Piagam Madinah.

"MCA dan MIC sudah buat perjanjian dengan UMNO iaitu menerusi kontrak sosial, malah UMNO menjadi pemimpin dalam pakatan itu dari dulu sehingga sekarang. Tidak seperti pakatan pembangkang yang tidak tahu siapa ketuanya tetapi Pas lebih banyak ikut cakap DAP," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)

4 comments:

Anonymous said...

ugutan dari samseng kg dusun sms dan pacebook..kah..kah...kah itu yg taiko 20 orang yg ikut tuk garu badan besar2 bagak apasal tak buat apa2 ...samseng taik kucing.hoi belah lah...

kingnek said...

Mohd Nor. aku respek sama lu! kamu adalah seorang pemimpin yang berani, memang Nik Aziz tak terjawab pertanyaan kamu! ALLAHUAKBAR!

Anonymous said...

pa sberanai sesama melayu se agama dgn dap peluk cium dgn pkr siap beri buntot untuk di liwat....

Unknown said...

Salam, ini gambaran pemerintah yg akan diberi kuasa kelak, buat aduan, buat teguran, maka akan sampai GANGSTER dipintu rumah kita..AWAS.