Tuesday, February 19, 2013

KABEL LIF PUTUS NYAWA TERCABUT



“Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini,” kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.
Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.

Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. “Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah ‘haus’ kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.

Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.

“Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.
“Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu,” katanya.

Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.
Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
(terimakasih sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/KABELPUTUSNYAWATERCABUT//Article)

2 comments:

Anonymous said...

Lif sekali pun kabelnya putus dia masih tergantung di atas kabel keselematannya.

Dalam hal ini kabel keselamatan itu tiada untuk lif itu tergantung bebas selepas kabelnya putus.

Ini dua kali malas.

1. Kabel penarik lif tidak di ganti mengikut tempuh waktu tidak kira samada ianya masih cantik lagi.

2. Kabel keselamatan yang akan membuatkan lif tergantung bebas apabila kabel penariknya putus tidak wujud.

Teruk betul ni. NI bukan kes kesal lagi.

Hukum kontraktor penyelenggara lif!

Anonymous said...

Selalu mcm ni lah. Bila terjadi sesuatu bencana, baru le mula nk buka mata smpi pengurusan atasan. Mula le ckp psl prosedur. Selepas setiap lif diselenggara, adakah kakitangan bhg penyelengaraan TLDM pergi mengesahkn, sblm pembayaran dibuat. Perkara mcm ni tidak hanya kpd TLDM, tapi mana2 kakitangan kerajaan atau swasta yg terlibat dlm penyelenggaraan. Jgn kontraktor ckp dh siap...pastu belanja kt kedai kopi...then siap bg cek tanda siap keje tanpa dibuat pemeriksaan kerja kontraktor terbabit. Satu persolan lagi dan paling malang sekali, semua sistem2 keselamatan lif tersebut gagal. Biasa lif mempunyai beberapa sistem keselamatan utk menghadapi kes mcm ni. Nmpknya...semua sistem2 itu gagal berfungsi....PELIK bila dikatakan ia telah diselenggarakan.