Thursday, February 7, 2013

CEO syarikat herba tidak mengaku bersalah



Zubir Yahya (tengah) diiringi dua pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia masuk ke kamar Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 6 Feb. — Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat tumbuhan herba dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menawarkan saham syarikat kepada orang ramai melalui skim Rakan Niaga Kontrak Stevia tanpa kebenaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Zubir Yahya, 46, dari Megaherbs Bioextreme mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di premis syarikat terbabit di 36-3, Blok G, Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak di sini antara 1 April 2011 dan 13 April 2012.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menawarkan kepada orang ramai untuk membeli saham melalui skim Rakan Niaga Kontrak Stevia sedangkan ketika tawaran itu dibuat, syarikat terbabit tidak menjalankan perniagaan jual beli saham.
...


(terimakasih utusan online) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130207/ma_03/CEO-syarikat-herba-tidak-mengaku-bersalah#ixzz2KCGDbqEY
© Utusan Melayu (M) Bhd 



KUALA LUMPUR 6 Feb. — Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat tumbuhan herba dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menawarkan saham syarikat kepada orang ramai melalui skim Rakan Niaga Kontrak Stevia tanpa kebenaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Zubir Yahya, 46, dari Megaherbs Bioextreme mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di premis syarikat terbabit di 36-3, Blok G, Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak di sini antara 1 April 2011 dan 13 April 2012.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menawarkan kepada orang ramai untuk membeli saham melalui skim Rakan Niaga Kontrak Stevia sedangkan ketika tawaran itu dibuat, syarikat terbabit tidak menjalankan perniagaan jual beli saham.

Tawaran sedemikian dilarang di bawah Seksyen 363(3) Akta Syarikat 1965.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 363(5) Akta Syarikat 1965 dibaca bersama Seksyen 363(9) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM250,000.

Zubir juga didakwa menyebabkan syarikat Megaherbs Bioextreme menawarkan kepada orang ramai untuk membeli saham pelaburan melalui skim yang sama sedangkan ketika penawaran itu berlaku syarikat tersebut tidak mempunyai Surat Ikatan yang diluluskan oleh SSM.

Bagi pertuduhan kedua itu, dia didakwa mengikut Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 dibaca bersama Seksyen 84 akta tersebut yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa daripada SSM, Mohd. Zulkhairi Kamaruzaman yang mengendalikan pendakwaan, menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela pula memohon wang jaminan yang rendah kerana dia tidak mempunyai pendapatan sejak dua bulan lalu dan kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isterinya yang bekerja sebagai doktor gigi.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Mac ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130207/ma_03/CEO-syarikat--herba-tidak-mengaku-bersalah#ixzz2KHPE9z9M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: