Wednesday, April 27, 2011

Konspirasi menaikkan rasa benci rakyat -di sebalik pengharaman nasi lemak Kenapa nasi lemak yang disalahkan?


Konspirasi menaikkan rasa benci rakyat -di sebalik pengharaman nasi lemak
Kenapa nasi lemak yang disalahkan?


Apakah mereka dah terlupa minyak masak yang digunakan dalam nasi lemak iaitu minyak kelapa dari santan kelapa adalah yang terbaik?

Kebaikan nasi lemak dari segi kesihatan

Tiada satu makanan yang mengandungi sebanyak mungkin khasiat bahan alami yangdapat dikumpulkan di satu tempat berbanding nasi lemak! Sila lihat komposisi nasi lemak yang dihuraikan melalui bahan yang digunakan!

Minyak kelapa (dan minyak kelapa sawit) yang lebih sihat berbanding minyak kacang soya telah menjadi mangsa kapitalis/pelobi minyak kacang soya dan isu itu telah saya kupas di pilihanraya-sarawak-dan-perang-minyak masak

Selain itu rahsia awet muda, kulit licin dan lembut, bentuk badan yang cantek serta anti kanser rahsia orang Melayu dulu dulu semuanya ada dalam komposisi nasi lemak.

Khasiat santan Kelapa/Minyak kelapa

Santan kelapa yang dimasak kering dengan lada hitam akan bertukar menjadi minyak kelapa. Minyak kelapa adalah sumber asli vitamin E dan ia mencegah kulit dari berkedut pramatang. Selain itu minyak kelapa yang mengandungi asid lauric adalah anto kolesterol dan penyebab badan menjadi kurus! Rujuk health-benefits-of-coconut-oil

Khasiat halba (fenugreek)

Di zaman dulu halba digunakan untuk merawat luka dalaman, sembelit dan masalah digestive tract serta masalah radang paru paru. Halba juga adalah baik untuk ibu yang maseh menyusukan bayi. Halba ini juga digunakan untuk menaikkan nafsu, mengurangkan kolesterol dan membentuk payudara dan bentuk badan yang menawan. Atas sebab ini halba dimasukkan dalam masakan dan air minuman secara rahsia di harem/ penempatan gundek di zaman dinastini Uthmaniyah Turki. Di Mesir Teh Halba dihadiahkan kepada pasangan suami isteri untuk mengeratkan perhubungan suami isteri! benefits-of-fenugreek

Rawatan Aromaterapi, pencegah penyakit bahan alami dari pandan, limau purut dan serai

Daun pandan adalah agen diuretic (menyahtoksin kumuhan dari badan melalui air kencing) yang alami. Selain itu daun pandan juga mempunyai bahan kimia yang boleh menenangkan perasaan many-uses-of -pandan-leaf-

Batang serai atau lemon grass adalah pencegah selsema dan jerawat. Selain itu batang serai yang ditumbuk lumat untuk dibuat teh adalah agen penenang yang baik untuk kesihatan. Rujuk health-benefits-of-lemon-grass

Daun limau purut atau dikenali sebagai Kaffir Lime adalah agen antioksida yang baik. Ia mengandungi vitamin C, Bi, B2, potassium, zat besi dan kalsium! Daun limau purut juga merendahkan tahap kolesterol, mengekal pemakannya awet muda dan meningkatkan daya ketahanan badan melawan penyakit (boost immune system). Rujuk kaffir-lime-leaf

Konspirasi dalam proses

Kepada Kementerian Kesihatan-cukuplah merosakkan makanan anak anak dengan kuehteow sup. Apakah kuehteow sup dibuat dari beras 100% ? Setahu saya adunan tepung yang refined carbohyderate digunakan! Baca artikel "Refined carbohydrates are to blame for skyrocketing chronic disease, not just obesity"
di health risk of refined carbohyderate

Apakah kuehteow yang bakal digunakan di kantin sekolah dijamin HALAL 100%. Minyak apakah yang digunakan bagi menyaluti kuehteow tersebut?? Rujuk cara buat kuehteow di kueh-teow-buat-sendiri/



Apakah kuehteow tiada additive yang merosakkan sistem limpa? Rujuk asid-borik dalam mee & kuehteow.


Konspirasi terhadap peniaga Melayu kecil kecilan?

Seruan saya kepada Datuk Seri Najib, keluarlah dari kelompok zon selesa. Rakyat mahukan Datuk Seri bersuara dan menyatakan pendirian dalam isu Nasi Lemak.

Jangan biarkan agen provocateur dalam Kementerian Kesihatan dan University Kebangsaan Malaysia yang membuat kajian ini menggubal dasar yang mana akan menjatuhkan populariti kerajaan yang dipimpin Datuk Seri!

Nasi lemak adalah satu satunya perusahaan perniagaan kecil kecilan yang maseh dimonopoli oleh orang Melayu. Dengan pengharaman nasi lemak maka banyak sumber pendapatan isi rumah terutama di kawasan bandar akan terjejas. Ini kerana suri rumah dan ibu tunggal mendapat pendapatan sampingan dan dari nasi lemak yang dijual waktu pagi dapat meyekolahkan anak .!

"A happy person is a person who has his/her tummy full".


Menidakkan keperluan asasi manusia untuk mendapat perndapatan lebih (bagi makcik nasi lemak) dan menidakkan kanak-kanak muslim dari mendapat sumber makanan HALAL 100% adalah satu punca membangkitkan suasana kebencian yang akhirnya menyahstabilkan negara pada masa panjang.


Oleh sebab itu saya akan memilih untuk makan nasi lemak dari makan kuehteow sup atau kuehteow goreng yang penghasilannya maseh boleh disangsikan 100% HALAL!

(sumber;http://anakbukitgantang.blogspot.com/2011/04/konspirasi-menaikkan-rasa-benci-rakyat.html)

1 comment:

Mohd said...

Inilah cata Menteri Kesihatan Cina dari MCA memainkan peranannya utk menaikkan rasa benci rakyat kpd Kerajaan.
Inilah salah satu cara di mana kaum Cina dari MCA menikam BN dari belakang.
Ini ada satu lagi contoh. Akhir2 ini harga Ulundu utk buat tosei telah dinaikkan oleh peniaga2 Cina tiga kali ganda. Harga kacang dhal, kacang hijau dan tepung atta juga telah naik. Inilah caranya peniaga2 Cina memainkan peranan mereka utk menaikkan rasa benci kaum India terhadap Kerajaan BN terutamanya UMNO utk menghadapi PRU13.
Orang Cina memang dah benci BN. Orang Melayu pun dah mula benci BN. Orang India pun dah benci BN.
Nampaknya Najib akan kalah teruk di PRU13.
Najib, silalah siasat perkara2 ini sebelum terlambat. Jangan dengar penasihat2 DS yg bodoh2 itu lagi. Sendiri mau fikirlah!
Melayu mudah lupa ????????????