Thursday, April 14, 2011

Pemimpin Pembangkang Bukan Saja Luput Tarikh Malah Amal Politik Anak Beranak


Pemimpin Pembangkang Bukan Saja Luput Tarikh Malah Amal Politik Anak Beranak
Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh


KUALA LUMPUR, 13 April – Ibarat kata bidalan “buah semangka berdaun sireh, pandai mengata, dia yang lebih”. Kata bidalan ini sesuai ditujukan kepada pemimpin pakatan pembangkang yang ketika ini begitu gila menyerang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Alasan serangan mereka ialah Tan Sri Taib sudah lama menerajui Sarawak. Serangan yang sama juga satu ketika dulu dikenakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka kata Dr Mahathir mahu berkuasa hingga menongkat langit, mereka tuduh Dr Mahathir amal kronisme dan nepotisme. Tapi kita yakin rakyat sekarang sedang mentertawakan mereka (pemimpin pembangkang) kerana apa yang mereka dakwa itu terpalit ke muka sendiri”, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa.

“Sekarang pada pilihanraya Sarawak, mereka serang Tan Sri Taib Mahmud pula dengan mendakwa sudah lama menerajui Sarawak selama 30 tahun tapi dia lupa pula nak bandingkan dengan diri sendiri. Kit Siang sudah 42 tahun. Karpal 37 tahun, Nik Aziz 44 tahun, Hadi Awang 29 tahun dan Anwar Ibrahim 30 tahun”, ujarnya.

Malah tegas beliau lagi lebih teruk mereka bukan saja sudah lama tapi kuasa yang ada pada mereka juga cuba diperturunkan kepada anak beranak mereka.

“Dalam DAP, Lim Kit Siang ada anak Lim Guang Eng yang kini jadi Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Presiden DAP pula, Karpal Sing ada Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong dan Jagdeep Singh Deo, ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang yang saling tak tumpah macam bapanya juga.

“Apa yang paling klasik ialah apa yang berlaku di dalam PKR. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim disokong kuat oleh isteri yang juga Presiden PKR dan anak sulungnya Nurul Izzah yang kini merupakan Naib Presiden PKR. Mereka bukan sahaja aktif berpolitik tetapi juga menerajui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat,” ujarnya.

Jelas beliau lagi pemimpin pembangkang ini bukan sahaja sudah luput tarikh dalam politik, malah kepimpinan dan politik anak-beranak dalam kepimpinan mereka seakan-akan mahu merubah makna dan pengertian definisi nepotisme dan pengertian kronisme bila mereka berkuasa.

“Ia juga membuktikan betapa ‘jijiknya’ pembinaan dinasti politik yang diatur pemimpin pembangkang hari ini.

“Inilah yang menariknya politik di Malaysia, kita ada barisan pembangkang ’Parti Anak Beranak Melayu, Cina Dan Benggali’. Sesuatu yang menyeronokkan kerana belum pernah terjadi di mana-mana negarapun. Apa yang dapat kita lihat ini, pakatan pembangkang boleh masuk ’Guiness Book Of World Record’”, katanya. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=35588)

1 comment:

Anonymous said...

Cuba tengok sejarah,dulu dulu siapa yg berani berjuang dalam parti pembangkang kerana takut di tangkap,tak boleh cari makan dsb. Sebab itulah hanya segelintir saja yg berani terutamanya anak beranak pemimpin parti tersebut.Sekarang apabila nampak ada perubahan seperti dapat memerintah negeri,menang dalam pilihanraya dan terus jadi Adun dan ahli Parlimen ramai pula yg bising bising.Bagi saya biarkanlah kerana kita nampak kesungguhan mereka berjuang tanpa mengira ranjau di sepanjang jalan.Lagipun kebanyakan anak menantu pemimpin parti pembangkang tersebut berkalibar kalau tidak masakan menang pilihanraya.Jadi kalau sesiapa tak setuju tubuhlah parti sendiri dan cuba bertanding dalam pilihanraya.Sebagai bonus boleh masuk Kemunting free sebagai tahanan ISA....