Wednesday, July 7, 2010

Perkasa buat laporan bidas kenyataan SU Pemuda MCA


07 July, 2010
Perkasa buat laporan bidas kenyataan SU Pemuda MCA

Timbalan Presiden Perkasa, Dato' Rahman Abu Bakar telah buat laporan polis berhubung kenyataan SU Pemuda MCA, Chai Kim Sen dalam Merdeka Review, yg seakan-akan mencabar kerajaan agar tidak berpeluk tubuh dan ambil tindakan tegas terhadap Perkasa.

Kenyataan berbaur hasutan dgn menyeru Pemuda MCA akn serang habis-habisan dgn sanggup lakukan apa sahaja utk pertahankan maruah MCA telah menimbulkan rasa tidak selamat ahli Perkasa dan orang Melayu yang menyokong perjuangan Perkasa.

"Kenyataan SU Pemuda MCA boleh timbulkan ketegangan antara kaum dan Perkasa bimbang ianya akan mengundang perbalahan kaum dan boleh akibatkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Jika sekiranya terdapat ahli-ahli Perkasa yang tercedera atau berlaku perkara yang tidak diingini akibat kenyataan berbaur hasutan tersebut, maka SU Pemuda MCA, Chai Kim Sen mesti bertanggungjawab dan kami berharap pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya."..... ujarnya ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Tun HS Lee.

Dalam masa yang sama, Perkasa turut bidas kenyataan "memang celaka betul" oleh Chai kim Sen merupakan satu kenyataan paling biadap dan kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh ahli parti kompenan BN kepada orang Melayu. Perkataan ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh sebuah badan politik dalam masyarakat sivil, yang membawa makna yang paling rendah darjat sifat kemanusiaannya....

"Sehubungan dengan itu, Perkasa ingin menasihatkan Pemuda MCA agar jangan bangkitkan perkataan-perkataan yang boleh membangkitkan sentimen kebencian orang melayu kepada rakan-rakannya dari etnik Cina. Saya juga mencadangkan agar MCA membekalkan ahli-ahlinya dengan buku kecil Perlembagaan Malaysia untuk dibaca dan difahami dalam kontek warga Malaysia sebagaimana Mao Tze Dong membekalkan buku Merah kepada setiap rakyatnya untuk memahami doktrin komunis".

Cetusan Sahabat-Gunung Pada 3:29 PM

(sumber;http://www.sahabat-gunung.com/2010/07/perkasa-buat-laporan-bidas-kenyataan-su.html)

No comments: