Tuesday, March 2, 2010

Kerajaan Buat Kajian Untuk Bina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua

Kerajaan Buat Kajian Untuk Bina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua

SEREMBAN, 1 Mac (Bernama) -- Kerajaan kini membuat kajian terperinci bagi membina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua bagi menyediakan laluan opsyen kepada pengguna Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) untuk ke destinasi mereka.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kajian itu meliputi kadar trafik serta pekan yang boleh dilalui lebuh raya baru tersebut selain kesannya terhadap ekonomi dan pembangunan setempat.

Keperluan untuk membina lebuh raya ini sememangnya ada namun kita harus menelitinya dengan lebih mendalam, katanya selepas merasmikan persimpangan Setul dan Ampangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), di sini pada hari Isnin.

Untuk rekod, projek itu telah dirancang ketika kementerian tersebut dipegang Datuk Seri S. Samy Vellu dan dijangka dibina dalam dua fasa iaitu fasa pertama menghubungkan Banting dan Sabak Bernam sebelum dihubungkan dengan Taiping dalam fasa kedua.

Mengulas perkara itu, Shaziman bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lebuh raya tersebut hanya akan menghubungkan Sabak Bernam ke selatan tanah air jika kajian tersebut mendapati ianya kurang sesuai untuk dihubungkan ke utara.

Dalam satu isu berlainan, Shaziman berkata Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) telah memperkenalkan sistem mata bagi mengenal pasti kawasan kemalangan atau 'blackspot' di lebuh raya di negara ini.

"Kita bagi sistem mata, contohnya jajaran Senawang (PLUS), kita tengok pada jajaran 100 meter iaitu kalau ada kemalangan dalam jarak itu, kita bagi mata. Kalau maut kita bagi 6 mata, kecederaan parah 4 mata, ringan 2 mata dan sekadar rosak kita beri 1 mata," katanya.

Sekiranya kawasan itu melebihi 25 mata syarikat konsensi akan mengeluarkan kos sendiri untuk meningkatkan lagi aspek keselamatan di tempat 'blackspot' itu seperti melebarkan lagi kawasan selekoh tajam, kata beliau.

Kawasan 'blackspot' di PLUS yang sudah dikenalpasti ialah di KM102.8 (Sungai Petani-Sungai Petani Utara), KM257.0 dan KM256.4 (Kuala Kangsar-Jelapang), KM373.0 (Slim River-Behrang), KM399.4 (Behrang-Tanjung Malim), KM431.4 (Bukit Beruntung-Rawang), KM6.7 (Plaza Tol Sungai Rasau) dan KM17.2 (Persimpangan Damansara).

Di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pula dua kawasan 'blackspot' dikenalpasti iaitu di KM71.4 dan 71.5 (Bentong-Karak).

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/listgeneral.php?pg=3)

zmsegamat kata:

Mohon kerajaan juga buat kajian untuk membina lebuhraya penghubung dari plaza tol tangkak atau plaza tol pagoh menuju ke bandar segamat, johor dan bandar muadzam shah, pahang dan terus ke plaza tol gambang (lebuhraya pantai timur)

3 comments:

Anonymous said...

saya ada satu cdgn.

kalau nak buat highway baru kedua yg lebih kurang sama dgn PLUS, elok kalau lebuhraya baru itu dibuat menjadi lebuhraya satu hala yakni samada ke utara atau selatan sahaja. setelah siap lebuhraya itu, lebuhraya PLUS sedia ada pula diubahsuai menjadi satu hala juga. dengan ini, kita akan ada 2 lebuhraya yg lebih luas yg menpunyai 4/6 lorong yg akan menghubungkan Utara dan Selatan negara kita.

Terima kasih
- Hantu Siber -

anak muar said...

zm segamat, sebenarnya projek highway muar-segamat telah lama dirancang tapi tertangguh sampai sekarang..nama higway tu ada dlm wikipedia..org segamat dan muar patut push kerajaan bina segera highway tu..

dan 1 lagi, saya rasa cadangan hantu siber tu tak sesuai..

Anonymous said...

Salam..
Cadangan kerajaan itu amat baik. ada lebi baik jalan segamat ke tangkak itu segera di bina kerana amat menyukarkan???